Apa yang perempuan benci sangat dekat lelaki ni?



GRRR . . . .


salam semua. 
kali ni aku cuma nak post balik entry yang aku curik dari si emma nih. errr. agak agak dia nampak tak? huahaua. sorry ma, aku terpaksa sebab entri ni beshh (:
kau jangan nak berlagak lak emma. hee. so, aku telah menjadi copy cat. ohh, berdosanya aku. wuuwuw. takpe takpe. untuk korang jugak. lets cekidaut (:


Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
 * dah baca ni harap harap paham la yekk. . .


1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan. 

* aku pon benci jantan macam nihh. ingat ko dah kuat sangat?? huh! boleh jalan!

2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
* ini pon aku tak bekenan, PERLU KE? pehh, belum kawen dah kontrol kontrol segala, dah macam mak aku plak ehh? i mencikk!

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

* euww, jijik aku dengan laki pangai cmni. huh! sungguh menyakitkan ati okayy . . so, beware!

4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

* menjadi kepantangan bagi setiap pompuan bila laki ni suke sangat dok meliar mata tu tengok tah hape hape tah. kalau aku, nak je aku korek korek bijik mata tu pastu cuci dengan klorok. ade brann??

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
* wahh wah wah~ suka hati limpa jantung kau je eh nak duakan aku? kau ingat kau tu bagus sangat? bolehh blahh! aku tak kempunan la orang macam kau!! 

6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

* susah sangat ke?? pompuan ni kan sukakan perhatian. susah sangat ke nak alert dan peka dengan perasaan kitorang nihh? hurhhh!

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

* ha, yang ni aku taktau nak komen camne sebab kawan tu pun penting jugak tapi pandai pandai lahh bahagikan masa antara kawan dan kekasih. kalau dah pentingkan kawan sangat baik kau kapel dengan kawan kau jekk!!

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
* ni satu pangai yang aku tak paham, kenapa susa nak menghargai pompuan yang dah buat macam macam kat kau? dah sayang kau separuh mati? bukan kena bayar pon!!


9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
* ha, yang ni lagi satu aku benci gilak gilak! kadang kadang sebab marahkan benda lain, kita yang jadi mangsa! huh. ingat dah hebat sangat ke nak tinggikan suara tu??


10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

* yang suka menipu ni pulak, bak kata pepatah "What goes around, comes around" dan lagi satu, 
"Sepandai pandai tupai melompat, akhirnye jatuh ke tanah jua" tersembam sembam lagi tu jatuh


ha, tu jelahh. kang abes plak lappy ni aku hentak hentak kang. tetiba teremosional pulak. hehe
harap harap para lelaki kat luar sana dapat ubah sikap yang aku sebutkan ni, bagi sesiapa yang ada jelah. yang takda tu jangan gatal gatal nak buat pangai lak. hehee. okay okay. till then, see u next entry (:

Comments

Lucy S. said…
setuju sgt entri ni! benci yg suka tggikan suara, curang and semua yg kat atas tu la sng cerita !
Cik Zety said…
ye ye! thankyouu ~
Bukan Eciz said…
ye! setuju setuju!
magnett said…
alip cm ade je slah satu kt dlm tuh.tp yg mane 1 rahsia.agagaga.:D
Cik Zety said…
eciz : hehe.. setuju jugak (:

sara : wahh, yg mana tu? hehe. biasalahh laki..(:
Unknown said…
dl sy pnh brcinta dgn laki yg mata keranjang,main kayu tiga,penipu..dia nampak mcm caring,kuat agama tp sbnrnya haprak punya laki..dia putus dgn sy dgn alasan yg amat amat menyakitkan sy,dia bgtau sy yg dia da pnh terlanjur dgn perempuan laen..moral of the story jgn percaya sgt dgn laki skrg.

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

Me & Braces

6 Kelebihan 'Single Mingle'