ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, June 4, 2010

Untuk Sang Lelaki (:


10 Rahsia Kunci Hati Si Dia

huhu, entri kali ni khas untuk jejaka jejaka di luar sana. nak tau bagaimana cara untuk mengunci hati pasangan anda? jum baca info dibawah (:

Rahsia 1-KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI. 
Kebanyakan gadis memang suka berterus terang. Dari memendam perasaan,baik si dia berkata apa yang terbuku di hati. Si dia sering berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walau pun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar. Jadi, apabila teman wanita kamu mahu berkata sesuatu, dengarlah dengan penuh teliti dan renunglah matanya. Pasti dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas apa yang dikatakannya itu.

Rahsia 2-MENGAMBIL BERAT TENTANG SI DIA. 
Sebagai seorng lelaki, ada masanya kamu perlu meyakinkan si dia yang kamu mengambil berat terhadapnya. Kata2 juga memainkan peranan penting. Jika kamu berterus terang, haruslah sejujur dan seikhlasnya. Bukan setakat mengambil berat tentang kesihatannya saja, malah kamu juga harus peka dengan perasaan dan emosinya.

Rahsia 3-HARGAILAH PERASAAN SI DIA. 
Bagi seorang gadis, 
perasaan sangat penting bagi dirinya. Jadi tidak hairanlah sekiranya si dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jangan sesekali kata yang si dia selalu sangat mengikut perasaan tanpa berfikir. Ia akan membuatkn si dia terluka oleh sikap kamu itu. Sebaliknya kamu harus membimbingnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dengan cara berfikir dahulu sebelum bertindak. Si dia akan berasa terharu kerana kamu dapat menerima perasan yang dialaminya. 

Rahsia 4-SI DIA INGIN DI HORMATI. 
Siapa kata gadis yang lemah lembut tidak wajar di hormati???
Kamu juga harus menghormati dirinya sebagaimana kamu mahu dihormati. Bagaimana mahu menghormati si dia? Kamu seharusnya mengakui kebolehan, kehebatan, dan keistimewaan yang terdapat dalam diri si dia. Kamu tidak harus sesekali memperkecilkan keupayaan, memandang rendah terhadap si dia. Sebaliknya, kamu memberi sokongan terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.

Rahsia 5-SUKA DIBELAI DAN DIMANJA. 
Sudah sikap semulajadi seorang gadis yang suka dimanja dan di belai. Jadi tidak salah seandainya kamu manjakan si dia, tanda sayang dan cinta kamu terhadapnya. Kamu juga boleh melakukan kejutan seperti menghantar SMS mangatakan kamu amat mencintainya, membelikan bunga, hadiah ataupun mengirimkan kad ucapan pada bila2 masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya di saat berjalan seiringan dengannya. Ops! jangan sampai terjadi perkara2 yang diluar batasan sudahlah.

Rahsia 6-PUJI-PUJIAN. 
Kebanyakan golongan gadis berasa risau andai penampilan mereka tidak kemas dan paras rupa mereka kurang menarik. Jika penampilan si dia menarik, lemparkan kata2 pujian agar si dia terasa dihargai. Tapi, jangan sesekali kamu memberikan kritikan yang boleh mengguris perasaannya.

Rahsia 7-UCAPKANLAH CINTA. 
Jika kamu gementar untuk mengucapkan kalimah cinta secara lisan, mungkin kamu boleh menggunakan cara lain. Misalnya, luahkan perasaan kamu melalui puisi ataupun lagu yang mengandungi kata2 indah penuh bermakna. Andai kamu benar2 mencintainya, kamu seharusnya tidak segan silu untuk melafazkannya kerana pasti ia amat menghargainya. Yakinkan diri kamu untuk berani berhadapan dengannya,meluahkan rasa cinta kamu yang utuh dengan sejujurnya.

Rahsia 8-TIDAK MERIMASKAN. 
Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mendapat seorang kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri. Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu. Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri. Jika kamu ingin mengetahui si dia rimas dengan sikap kamu atau tidak, perhatikan gerak gerinya.

Rahsia 9-FAHAMI EMOSI SI DIA. 
Perempuan memang kaya dengan emosi. Oleh sebab itu, kamu mesti memahami emosinya. Kaum perempuan juga mudah mengalirkan air mata, tanda sedih atau gembira. Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya kerana perkara kecil dan remeh temeh.

Rahsia 10-RASA SELAMAT. 
sebagai lelaki, kamu dianggap pelindung dan hero pada si dia, maka kamu harus bersikap sebegitu terutamanya apabila si dia amat memerlukan kamu.dia akan rasa lebih selamat andai kamu berada di sisinya. Terutamanya di saat getir, tetapi pastikan kamu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap kamu. Kamu perlulah bersikap lebih bertanggungjawab agar si dia mempercayai dan menghargai kamu sebagai perlindungnya.

credit to : 1001 Rahsia Diri (:

Like dan komen lah kalau suka :)

1 orang dah komen. Awak taknak ? :):

RyoKIRA said...

Info yg sgt berguna khasnya utk kaum lelaki mcm sy ni.Hm...Faham emosi perempuan?mcm mn eh?sila beri tunjuk ajar ^_^