ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Wednesday, December 1, 2010

Panjang . . .


Panjang . . . ha ape yang korang dok pikir kan tu ? jangan nak macam macam eh -.- aku bukan nak bincangkan pasal isu kelucahan kat sini. belog aku ni suci dan masih perawan lagi. err. ape lak aku merepek ni -.-"" oke oke, apa yang panjang ? hari ini adalah hari yang panjang bagi aku sebab macam yang aku bagitau kat entri sebelum ni, arini merupakan hari pendaftaran bagi Politeknik Premier Johor Bahru (nak jugak sebut Premier tu).

aku dikehendaki menghadirkan diri pada jam 8.30 pagi tapi aku sampai sana kul 9.30 pagi. hebat tak aku ? -.- aku memang hebat bab datang kelas lambat atau apa apa yang lambat. tapi aku kua uma yang paling awal, jadi ada yang lebih lewat daripada aku lah. YEAH ! aku sampai sampai jea lect da duk bebel bebel pasal borang daftar. aku amek borang terus laa pi daftar. dalam ketenangan aku duk menulis mengisi borang tuu, tetibe lect bagi satu kertas berwarna merah (bukan aku sorang je dapat tapi semua orang oke). kat kertas tu tulis :

SEKIRANYA ANDA DIDAPATI MELANGGAR MANA MANA KESALAHAN
YANG TERKANDUNG DALAM AKTA 174 (KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II)
ANDA AKAN DIDENDA SEBANYAK RM 50.00 TERUS TANPA SEBARANG KOMPROMI

peh, amenda lak ni, ingatkan poli da upgrade jadik premier, jadik pra-universiti peraturan boleh kasi longgar sikit laa, ini tidak, makin ketat dan sendat pulak -.- amenda tah. kalau nak diikutkan peraturan sebelum ni pun da cukup sempit dah. huh. apa laaa pengurusan poli ni, aku tak paham betul la. nak pakai seluar kena longgar longgar, ada shape sikit memang kena surat saman, baju kena tutup punggung kalau tak kena surat saman, kasut kena bertutup. tak boleh pakai heel heel ni. dan segala macam benda yang macam budak sekolah punya peraturan.

DENDA TERUS. ye bagus. memang best -.-

-TIDAK DIBENARKAN-

tak semua peraturan yang diarahkan tu tak bagus, ada certain yang bagus. macam pakaian jarang dan singkat, ketat, sendat, melekat tu sume memang tak patut pakai pon. nak pegi belajar bukan nak pegi clubbing kan. tapi ada yang macam tak masuk akal, macam nak pakai lens tak boleh yang ada colour, tak boleh pakai cantik cantik over dari lect, senang cakap, tak boleh nak melawa sikit laa. hello, dekat U tu lagi lah havoc budak budak dia, ada yang free hair, mekap mekap lagi. takkan la korang nak budak poli pakai selebet selebet jea kot. tak mekap, tak apa, datang poli muka pucat, kuyu. halahh, open la sikit. ni dah macam sekolah agama pulak aku tengok -.- bukan nak protes atau nak apa, tapi please laa, cuba layan kitorang ni sama macam student U. sama jee. IPTA jugak ! aku pon amek dip jugak macam korang budak U.

haih, kan aku da angin da. nanti laa aku sambung, next entri coming soon. just wait yah ~
tata. SELAMAT TENGAHARI.

*aku masih tertanya tanya kenapa aku letak tajuk entri ni PANJANG ? -.-""



Like dan komen lah kalau suka :)

0 orang dah komen. Awak taknak ? :):