ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, May 28, 2010

huiii~


salam
hai korang apa habaq? huhu
aku tetiba berasa bahagia dan eksaited 
nak tau kenapa tak? hehe. sebab . . sebab . . 
aku nak abes praktikal dah (:
yippi! hehe
so, lepas ni dah boleh rehat rehat kat rumah dah
dah boleh makan masakan mama dah
dah boleh tido kat tilam dalam bilik dah
dah boleh buat semua semua yay!
isnin ni staff kat opis dah plan nak buat farewell party
hehe atau dalam erti kata lain nya majlis perpisahan untuk 
budak budak praktikal~
staff kat ofis nak buat makan makan 
aku bab makan makan ni memang suka dan cepat je
bos cakap nak buat kat luar, means bukan kat ofis laa
maybee kat mcd kot? takpun kat pizza? hehe
aku ni berangan je lebih . . .
memang jangan harap laa kan =.=
makan kat restoran biasa je kot
takpe takpe, alhamdulillah ada jugak yang nak belanja kan?
so, lepas ni aku akan pulang semula ke johor untuk sambung balik kelas
dah rindu giler kot kat semua
kat myboyfiee, kat kawan kawan aku, kat lecturers. hehe
wait for me ye (:
and tak lupa jugak untuk semua staf MACOM Sdn Bhd
thankyouu for everything. *sedey tetibe ):
aku tau aku takkan dapat jumpa staff yang sporting giler macam korang
huhu, korang memang the best!!
kepada kak yati, akak memang sempoi! lebyuu (:
kepada lan, ko memang bongeks tapi ko best. hehe
thankyou la sebab ko la yang paling rajin bawak kitorang g makan
dan ko la yang paling selalu belanja kitorang makan
kepada sarah, huhu, thankyouu aja kitorang wat medal
kepada cik azam (bos), thankyouu sebab dah banyak bagi kitorang keje,
belanja kitorang makan aritu, bagi kitorang online ari ari kat ofis. hehe
kepada kak aiza, thankyouu tolong tolong kitorang kat ofis
kepada tuan aji (bos besar), thankyouu dah terima kitorang praktikal kat tmpt tuan aji. hehe

okay okay. nnt aku postkan gambar masa majlis tu nnt okay.
till then. buhbyeee. and goodnite (:



Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, May 27, 2010

Apa yang perempuan benci sangat dekat lelaki ni?



GRRR . . . .


salam semua. 
kali ni aku cuma nak post balik entry yang aku curik dari si emma nih. errr. agak agak dia nampak tak? huahaua. sorry ma, aku terpaksa sebab entri ni beshh (:
kau jangan nak berlagak lak emma. hee. so, aku telah menjadi copy cat. ohh, berdosanya aku. wuuwuw. takpe takpe. untuk korang jugak. lets cekidaut (:


Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
 * dah baca ni harap harap paham la yekk. . .


1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan. 

* aku pon benci jantan macam nihh. ingat ko dah kuat sangat?? huh! boleh jalan!

2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
* ini pon aku tak bekenan, PERLU KE? pehh, belum kawen dah kontrol kontrol segala, dah macam mak aku plak ehh? i mencikk!

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

* euww, jijik aku dengan laki pangai cmni. huh! sungguh menyakitkan ati okayy . . so, beware!

4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

* menjadi kepantangan bagi setiap pompuan bila laki ni suke sangat dok meliar mata tu tengok tah hape hape tah. kalau aku, nak je aku korek korek bijik mata tu pastu cuci dengan klorok. ade brann??

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
* wahh wah wah~ suka hati limpa jantung kau je eh nak duakan aku? kau ingat kau tu bagus sangat? bolehh blahh! aku tak kempunan la orang macam kau!! 

6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

* susah sangat ke?? pompuan ni kan sukakan perhatian. susah sangat ke nak alert dan peka dengan perasaan kitorang nihh? hurhhh!

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

* ha, yang ni aku taktau nak komen camne sebab kawan tu pun penting jugak tapi pandai pandai lahh bahagikan masa antara kawan dan kekasih. kalau dah pentingkan kawan sangat baik kau kapel dengan kawan kau jekk!!

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
* ni satu pangai yang aku tak paham, kenapa susa nak menghargai pompuan yang dah buat macam macam kat kau? dah sayang kau separuh mati? bukan kena bayar pon!!


9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
* ha, yang ni lagi satu aku benci gilak gilak! kadang kadang sebab marahkan benda lain, kita yang jadi mangsa! huh. ingat dah hebat sangat ke nak tinggikan suara tu??


10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

* yang suka menipu ni pulak, bak kata pepatah "What goes around, comes around" dan lagi satu, 
"Sepandai pandai tupai melompat, akhirnye jatuh ke tanah jua" tersembam sembam lagi tu jatuh


ha, tu jelahh. kang abes plak lappy ni aku hentak hentak kang. tetiba teremosional pulak. hehe
harap harap para lelaki kat luar sana dapat ubah sikap yang aku sebutkan ni, bagi sesiapa yang ada jelah. yang takda tu jangan gatal gatal nak buat pangai lak. hehee. okay okay. till then, see u next entry (:
Like dan komen lah kalau suka :)

tag dari emma (:



huihui, helo peeps (:
arini aku just nak sempurnakan tag dari kwn aku ni ha, si emma watson
hehe. 1st time tau aku dapat tag dari dia nihh
selalu aku je yang tag dia, ha kali ni baru dia nak balas jasa aku
huahaua~
so ape lagi, nahh amek aku dah jawab dah, puas ati tak?

1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?

hape?? kawan aku nak tikam belakang aku? OMG. dia punya pisau tajam tak? lau tak tajam meh sini aku tolong tajamkan. hehe
aku sebenarnya paling tak suka a.k.a benci dengan orang spesies macam ni
dasar kawan makan kawan. memang tak guna! tak hingin aku nak kawan dengan kau. wekk!
meh sini, biar aku robek robek kan isi perut kau tuhh! ha, ade sesiapa yang masih berani nak kawan dengan aku tak? garang nihh~

* amek kau, tajam tak pisau aku ni? jaga jaga cik salmah~

2) 6 orang dihati anda?

6 orang? jap jap aku nak bilang~
1. mama
2. abah
3. adek beradek aku
4. boyfiee dan besties aku
5. sedara mara aku
6. kau KOT?? err. huahua

3)Anda rasa anda comel?

mestilah aku comel gila babengg. sapa cakap aku tak comel memang dasar jeles. wekk
* biarlah orang nak cakap aku pasan ke muntah ijau ke, asalkan aku proud to be myself. (:

4) Single or Taken?

mestilahh aku ni single but not available. tapi untuk calon suami tu masih ada borang lagi lahh
huahua~ * jangan marah ai ye b. hukhuk (:

5)Blog yang anda suka?

belog yang aku suka? belog yang paling aku suka adalah belog cikzety. pehh, belog dia memang best kot. comel je dengan kaler pink tuhh. hihi. sila sila la jenguk belog dia (:
* sukati aku lahh nak pomot belog sendirik, nak harap kau? hampehh!
lagi belog yang aku salu bukak. ha tengok kat feedjit belog, kalau muka aku asek kua tu maknenya aku salu masuk belog dia lahh tu (:

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??

err. sejak aku dah blaja kat johor nih, bilik aku tu dah macam bilik tetamu kot
abah dah ubah kedudukan bilik tu ikut sukati dia jekk. wuwuw
takpelahh, asal kan kemas sudaaa. thankyou abah (:

7)Lagu terakhir yang anda dengar?

lagu bad romance. si sarah suka sangat pasang. aihh~

8)Last teks mesej?

hunny : b, ney ada keje sikit ni
b : ermm. okay, b tdo dulu.

* err. abaikan kemanjaan yang aku tonjolkan. aku tau korang jijik baca. =.=

9)Last phone call?

pagi tadi, myboyfiee tolong kejutkan bangun tdo. kalau tak mmg pukul 10 lahh aku datang ofis. hehe. thank youu sayang (:

10) Hari terakhir anda menangis?

hari masa bincang bincang dengan housemate pasal 'sesuatu'. sobsobs ):

11) List 5 kaler favorite anda?

merahjambu dan putih. kaler pelangi pun suke jugak (:

12) Orang terakhir anda ber-Ym?

ym dengan myboyfieee. cerita cerita pasal masalah semasa dengan dia (:

13) Game paling anda suka?

game ape? tah, suma pon aku layan je. takde yang utama. (:

14) Adakah anda peminat MCR?

boleh layan la lagu MCR ni daripada Linkin Park. hehe

15)Apa perasaan anda menjawab tag ini?

perasaan aku sangat bangga dan eksaited. * errk? apekah. =.=

16)Anda rasa tag ini best?

biasa je. takde lagi tag yang mampu membangkitkan rasa ghairah aku. haha
* jangan pikir kuning atau biru ye. hehe (:

17) Tag lagi kepada 10 orang sesapa

aku sebenarnya malas nak tag tag kat orang ni. kesian kat dorang nak taip taip panjang panjang sume. so, aku bagi kat sapa sapa yang rajin jelah ae?
* baik tak aku? hehe


yang benar,
 aku yang rajin Cik Zety (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, May 26, 2010

23 (:


hello peeps (:
heii heii. ada budak comot tag aku hokey
so aku terpaksa berbesar hati sangat nak buat tag ni (:
ahha. okay okay tag ni memerlukan kepakaran 'berfikir' dengan pantas okay
then, kena list kan 23 things about me
ye ye. about me NOT you lahh okay~

enjoy~

1. aku suka makan makanan yang sangat pedas pedas okay. selagi tak pedas aku 
pedaskan jugak sampai terkoyak la usus aku. err =.=
2. suka yang masin dan manis jugak. memang pakej lengkap penyakit (:
3. aku suka benda benda yang warna merahjambu. bak kata cik zati tu laa kan,
 sume benda mesti nak pepel so kalau aku plak sume nak merahjambu. ala ala comel gitu.
biarlahh orang nak cakap gedik ke hape. ( bak kata ema, " Ade aku kesahh??")
4. aku suka shopping walaupun aku tak kaya macam kau
5. aku sayang kawan kawan aku walaupun aku nampak macam tak sayang. sobsobs T.T
6. aku ni nampak je macam garang dan sombong tapi kalau sapa yang kenal aku,
 aku memang garang tapi TAK sombong okay.
7. aku ni sensitif jugak orangnye. *memalukan je kann. hukhuk
8. aku TAK suka ikan. tapi ade certain certain ikan aku makan. cth, ikan bawal (:
9. aku ni tinggi je lebih tapi TAK pandai main bola jaring. errr =.=
10. aku tak suka orang MOODY depan aku jugak. lalalala~
11. aku ni memilih kawan. lalalala. tak suka? tak payah kawan (:
* jap jap, ade ke orang nak kawan dengan pencuri? backstabber? lu pikir laa sendirik.
12. aku sayang family aku melebihi diri aku sendiri.
13. aku dah ada lesen keta full tapi aku takut bawak keta. camne ek? =.=
14. aku sayang boyfiee aku macam aku sayang besties aku. NO MORE NO LESS.
sedang sedang jekk. hehe
15. dah dekat lapan belas juta kali aku tuka henpon. 
* aku ni memang jenis tak reti jaga barang. so, jangan bagi aku barang. bagi aku makan takpe. hehe
16. aku memang suka bercakap so what??!
17. kalau aku majuk, aku diam je. huu. tade sape nak pujuk aku. lagi la aku majuk. ):
18. aku sangat suka bercuti dengan family aku. nak join tak? hehe
19. aku taktau apa yang aku nak tulis kat no 19 ni. korang tau tak?
20. aku ni jenis boleh tido kat mana mana je di mana mana saja. hehe
21. dah no 21? hehe, nk abes da kan. lagi ape ekk? ha, aku TAK suka susu. euwwww~
21. aku sangat suka menonton WAYANG. jum jum kita tengok wayang jum. hehe
22. aku ada sorang abang, 2 adek laki dan sorang adek pompuan (:
23. aku masih single okay. * i mean not married yet. hehe

huh, penat giler kot nak jawab tag ni
memang saja je budak zati ni kann. balik nnt tau la i kerja kan. huahua
okay okay, so nak pass tag ni kat dorang

> musya yang suka buat tag
> azura aris yang rajin komen belog
> kau yang tengah dok baca baca ni. dah, tak payah nak toleh toleh plak.

nota AMARAN : sapa yang aku suh buat tu tak buat memang siap arr...grr

apepon, thankyouu ayang zati, huahaua



Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, May 25, 2010

Shahir AF8 - Kebahagian Dalam Perpisahan


Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8




Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti


Chorus:


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Usah titis air mata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


(ulang chorus)

Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, May 24, 2010

Is this true?


pffft * cara sebutan peefff. KOT?
kenapa dengan aku ni? kenapa aku rasa macam kosong. kenapa aku rasa macam macam. aku pikir banyak benda. too many things surrounded in my head! aku tension tiba tiba. urghhh~
aku rasa macam nak berubah kot? tapi perubahan tu perlukan masa. am i rite? yeah. aku perlu berubah. demi masa depan aku sendiri jugak. tiba tiba rasa macam bersalah sangat sangat kat mama dengan abah. im just not a good daughter to them! foxxx! ye. bila dah jauh dari dorang yes, aku jadi a lil'bit bebas. huhu. biasalah kan remaja. jangan tipu diri sendiri la yang korang tak teringin nak buat macam macam! i admit it im just an ordinary teenage who used to be sosial while im not around my parents. huh! aku jahat kot. wuwuww ):
aku rasa macam annoying dengan diri sendiri. malam tadi sempat la buat sesi soal jawab dengan housemate. huhu. kelakar kan kita nih? adoiii~ jum jum sem depan kita berubah baik sikit nak? takmau nakal nakal dah. ehh, korang nakal tak? hehe. aku je kot. lagi satu, tahla, tetiba terpikir macam macam, especially soal ajal maut ni. yelah. ajal maut tu kan ditangan tuhan. bila bila masa je kita boleh pergi menghadap-NYA. Ya ALLAH! apa yang aku dah buat ni? cuba bayangkan kalau masa tu aku tengah sebok sebok dok beli beli barang, and im free hair, jalan pegang tangan dengan myboyfiee then suddenly, aku rebah. sempat tak aku nak bertaubat? oh MY. aku sangat takut memikirkan semua iini. berikan aku kekuatan.


okay, aku cuma nak cakap tentang satu perkara ni and i just want some opinion towards this.
mula mula, aku cuma nak kepastian tentang PERHUBUNGAN. ada orang kat ofis aku cakap "Kenapa la korang nak ikat diri korang dengan orang yang takda ikatan yang sah dengan korang dan halang diri korang dari jumpa orang yang lebih baik" maksudnya, kenapa kita nak couple dengan someone and ikat diri kita dengan dia. tak boleh berkawan dengan orang lain. keluar dengan orang lain. kita just dengan dia je. kadang kadang aku terpikir betul jugak apa yang dia cakapkan tu. i think selagi kita tak berkahwin, kita bebas berkawan dengan siapa saja. maybee ada orang lain pulak cakap, dari couple tu la kita boleh latih diri kita dari segi komitmen or kesetiaan semua tapi berbaloi ke? i mean, couple sampai bertahun tahun, then kahwin pulak dengan orang lain (macam Adamaya). can u see that?? kita dah bazirkan masa kita bertahun tahun setia dengan yang tersayang then kalau dah takdir jodoh kita dengan orang lain. kita berpisah jugak dan masalah lain pulak yang timbul. such as susah nak melupakan kekasih lama. aku nak TEGASKAN kat sini, this is just persoalan yang aku nak korang huraikan. bukan satu statement yang aku nak bentangkan okay. then, yang kedua ada akak ni pulak cakap, "Korang tak payah la nak bercouple couple ni, lelaki ni semua sama je, mula mula je mulut manis, dah lama lama barulah nampak belang dia, tunggu jelah jodoh" then aku terpikir pulak lagi ada betulnya apa yang akak ni cakap sebab aku TAK pernah lagi jumpa lelaki yang tak pernah tak pegang pompuan ni. macam boyfiee aku ni kurang kurang pon pegang tangan. nak jaga aku katanya. and baru baru ni kitorang gaduh pasal KEPERCAYAAN. but he is a good man enough for me. berbalik kepada tadi, so takkan kita tak boleh nak ada usaha untuk mencari jodoh ynag terbaik?? takkan nak tunggu jodoh datang depan mata? im just confused tentang hal hal macam ni. kadang kadang aku terpikir betul ke apa yang aku buat ni. pengalaman adalah guru terbaik. ada kawan terdekat aku pulak cakap "Korang tak payah la nak sayang sangat dekat boyfren korang tu, belum jadik laki pon" yes. yang ni aku setuju sangat. jangan sayang orang yang belum tentu milik kita terlalu sangat sebab pengakhirannya kita sendiri tak tahu. aku cuma nak tahu ape yang korang rasa tentang apa yang aku cakapkan pagi ni. sori pagi pagi ni dah serabutkan kepala otak korang. huhu. sampai sini je dulu. maybee ada lagi yang aku nak tanyakan. okay. TTFN.


aku suka lagu ni :


Doa Buat Kekasih 


Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, May 21, 2010

my NO.1

1. What is their name?
his name is Nur Hafiz Zakaria.

2. Does he or she have a boyfriend/girlfriend?

err. his girlfriend was me lahh okay.

3. Are they male or female?

dah terang lagi bersuluh he is male...-.-

4. How old is the person?

same with me.

5. Has he/she ever cooked for you?

hehe. yeap. masa BBQ kat batu layar. dia masakkan ayam. * goshh. imh ):

6. Is this person older than you?

yup yup. two month older (:

7. Do you change your number 1 person often?

err. i dont think soo. i love my no.1 (:

8. Do you know 1s birthday?

sangat tahu. hehe. cant wait to celebrate it (:

9. Are you related to this person?

yeap!

10. Are you really close to him/her?

sangat close. nk bg lagi close leh tak? hehe

11. What are 1s Nicknames?

encik melat * sebab die ade satu melat (lovebite) yang besar kat dada die. awhh seksi taw (:

12. Do you and 1 have any inside jokes?

err. i dont think sooo.

13. How many times do you talk to this person in a week?

infinity (:

14. When is the last time you talked to 1 in person?

err. aritu masa i pegi JB sebab nak pegi kenduri Ali. hehe

15. Could you live with this person?

yeap. INSYAALLAH. just pray for the best (:

16. Why is this person your number 1?

because he is my man!

17. What vehicle does 1 drive?

his lovely red LC. maybee a SATRIA NEO one day. who knows. . .

18. Is 1 a good kisser?

(:

19. Have you ever played softball with this person?

no. he played futsal. teringin nak main dgn dia tp i tak reti. huahua

20. Have you ever had a sleepover with this person?

(:

21. If you ever moved away would you miss this person?

of course I DO! i miss him sooo badly now! ):

22. Is your 1 on drugs?

no. and i hope he will never (:

23. Have you ever done something silly/stupid with this person?

secreto de amor (:

24. Do you know everything about this person?

i hope i do and always do (:

25. Would you date this persons siblings?

he is the only boy in his family (:

26. Have you ever went on a trip with this person?

yeap. sweet moment at cherating and genting. too many trip with him lahh (:

27. Have you ever made something with this person?

HAHA!! YES!

28. Do you and this person have a saying?

yes we do (:

29. Do you love your number 1?

i love him soo muchh from the bottom of my sincerely heart (:

30. Do you know this persons best friend?

yes i know and he know mines too (:

31. Does 1 know your parents?

yes he know and want to know more and more. huahua

32. Does this person cry a lot?

nahh~ NO KOMEN (:

33. Have you ever worn this persons clothes?

he gave me his shirts and i wore them. it makes us closer. hehe

34. Have you and your 1 person made up a hand shake?
for sure YES lahh (:


35. If it was freaky friday would you switch bodies with this person?
taknak laa sebab he doesnt have boobs. haha * im proud to be girl okay (:


36. Have you ever heard this person sing?
haha. sometimes bila dia jadi giler giler (:


37. Have you and this person gone clubbing?

no. and he wont bring me to the club i think -.-

38. Do you know how to make this person feel happy?

yes i know. and i know to make him sad too. huu. sorry b -.-

39. Do you and this person talk a lot?

yes. we talked a LOTs and i like to talked to him. he is my superman! (:

40. Do you like this person?

yes. like, love, miss, adore and everything lahh~

41. Has this person yelled at you?

i hate people yelled at me so do him. so we dont yelled on each other, easy huh?

42. Have you and this person got into a fist fight?

ha? ape ape? lupe lahh~ lalala

43. Do you want this person to be in your life forever?

YES. i really really want u to be myside forever and ever. would u married me? * pulak? haha

huhu. aku nak tag kawan kawan aku untuk jawab who are your NO.1 
nahh, jawab jangan tak jawab okayy (:

aku bagi kat 

zati wytepepel
ema si hijau
fia sajoo
sapa sapa yang rajin

*aku suka tag dorang sebab suka tengok jawapan dorangg. hehe



Like dan komen lah kalau suka :)