Posts

Showing posts from January, 2011

Nak buat contest tapi . . . (:

Huhui~ harini, malam ni tibe tibe aku terpikir sesuatu. korang rasa ape ek ? hihi~ dah terang terang aku tulis kat title tu yang aku nak buat contest. yeay~ aku nak buat contest tapi aku sendiri bingung nak buat contest ape ek ? sape sape ade idea ? hihi~ kat bawah ni aku list kan idea tentang contest apa yang bakal aku nak buat, then korang tolong pilihkan boleh ? kalau korang nak  bagi idea korang pon boleh jugak (: Contest 'Saya Suka MerahJambu' hehe~ Contest 'Header Paling Comel'  Contest 'Couple Paling Bergaya' Contest 'Serasi Bersama' Contest 'Apa yang anda tahu tentang Cik Zety' Contest 'Kesayangan Anda' Contest 'Siapa Paling Comel' hehe, aku dah blur da taktau nak buat contest tentang ape. so, kawan kawan, tolong bagi idea boleh kan ? bila dah dapat tajuk contest tu nantu baru boleh bagi detail yang full punya. jadi, berikan pendapat anda sekarang (:

Korang tau tak ?

Ada sesiapa yang boleh tolong aku bagitau macam mana cara nak lebatkan rambut ? nak bagi cepat panjang dan rambut jadi banyak. huu, rambut aku sedang bermasalah ni ): tolong~ huwaaaaaa

I miss Him more and more ):

AKU RINDU KAU WEH ): Padahal aku baru berpisah dengan dia tak sampai bape hari tapi aku da rindu die~ haihh, macam mana la kalau da habes belaja nanti. mama selalu cakap, sekarang depan mata aku ada dia je memang la dia je yang aku rindu, nanti kalau da sambung belaja tempat lain, adakah aku akan still rindu dia jugak. orang yang sama ? haih. SUMPAH, aku tak boleh dan tak tahu nak jawab apa kepada soalan mama tu. bukan mama tak suka dia cuma mama taknak aku terlalu berharap. plus dia kat selatan dan aku ni plak kat tengah tengah. siyesly bila pikir pasal benda ni buat aku jadi sedih dan tension sikit. aku kalau boleh nak bersama dia je dan da malas nak cari atau mengenali hati budi orang lain pulak sebab benda ni sume bukan sekejap macam nak pilih baju.  *Iklan jap~ (bunyi nada dering nset aku) Tibe tibe encik bf kol, macam tahu tahu je aku rindu die (: Encik bf : hello, b baru sampai Kulai.. Cik gf : hello, yeke ? baguslaa, balik tak bagitau.. Encik bf : saja nak buat surprise. he

Im home guys~ *with big grin*

Image
Hello semua (: haha, bajet macam ramai je 'sume' tu kan ? ngee~ aku sekarang da pon berada kat rumah tercinta. im happy sebab dapat lepas rindu jumpa mama and babah. jumpa si kecik becok nuyin~ i just love to be home. bila ada kat rumah rasa tenang jea~*wink wink~ Semalam gerak dari Pasir Gudang jam 9 pagi. hujan memang tak berhenti since malam lagi then membawak sampai ke pagi. haihh, tido memang sedap tapi aku punya tiket bus pukul 9 daa. kena bangun awal dan cek apa yang patut. lepastu pagi tu bila hujan baru aku macam terpikir la kan, err, sapa yang nak tolong anta ? -.- last last mintak tolong si Ayong antakan. hee, sori Ayong kejut kau pagi pagi buta (: btw, thanks a lot k ? Lepastu pulak, terus naik bus dan bermula perjalanan yang panjang~ (aku tak suka naik bus sorang sorang T.T) korang boleh bayangkan tak ? bape lame perjalananan dari Johor ke KL since aku gerak kul 9, 9.15 camtu bus jalan and sampai KL kul 5 cmtu -.- gila vavi tak weh ? wahh, tak macam lama gi

Si Comel yang ke 100 (:

Image
Pagi pagi buta saja saja je update belog, tibe tibe ternampak dan tertancap kat widget followers tuu~ wee Hati rasa senang ewahh~ happy sebab belog ni da pon mempunyai 100 orang followers. (orang lain da beribu riban tak kecah pon halahh -.-) tak kesahlaa samada korang yang jadik followers ni yang betul betul follow belog comot ni atau pun tak. hihi. BANYAK TERIMA KASIH OKAY (: (nak senyum sampai telinga lahh~ ngee).  THANKS TO TYRA FOR BECOMING MY 100th FOLLOWERS   tapi kan tapi kan, aku tak boleh nak jejak dan follow si tyra ni balek. huwaaaa~ kalau kamu baca ni tyra, bagi link kamu kat saya eh ? dekat shoutbox tu pon takde backlink~ macam mana saya nak memfollow kamu balik~ hihi. ape apepun, thanks everyone and keep following my entri okay ? tata and nite~ (eh, tapi kan da pagi ni ? ape ape jelaa -.-)

Berapa berat belog korang ? huhu~

Image
Tadikan masa aku BW kan, aku terjumpa satu belog ni, pastu aku godek punya godek punya godek, aku terjumpa pasal WEBSITE SPEED TEST ni. macam menarik je aku tengok kan sebab website ni leh bagitau berapa berat dan kelajuan untuk loading blog korang ni. so, kalau belog korang ni agak lem~ korang boleh la tukar tukar apa yang patut. macam belog aku ni, aku da try da takda laa lembab mana pon, boleh laa tahan. huhu~ So, kalau ada sesiapa yang nak check berat dan seberapa pantas belog korang tu, boleh la click kat  CHECK BERAT BLOG ANDA (:

29012011 (:

Image
motif gambar ni ? saje je~ Harini hari ape ? harini adala hari Sabtu. tu pon taktau ke ? haihh -.- saje je wat suspen~ huhu. harini aku pegi dating dengan encik bf, kan aku da gitau kat entri sebelum ni. so, aku dan encik bf mula mula bercadang nak pegi KSL City tapi macam jauh je plus chan chan cakap mall tu baru bukak so kedai tak banyak lagi, kitorang pon amek keputusan nak pegi Giant Plentong jela. hihi. name je Giant tapi banyak barang best ouhh kat situ~ i loikee (: Sampai je kat sana, barang yang aku memang da listkan nak beli adalah : Liquid eyelinerr Moisturizer Perfume Anak tudung syria dengan selendang Eyebrow pencil Barang yang mata aku nak beli *maknanya barang barang yang tak perlu tapi still nak beli -.- Dan banyak lagi sebenarnya tapi kalau sume benda nak beli sekaligus memang RABAK la aku  kan -.- ni pon encik bf da membebel bebel dan memujuk mujuk aku supaya berjimat. hehe. awk ni macam tak paham lak saya ni kan SHOPAHOLIC ~ duhh Lepastu, encik bf cakap di

Steamboat here i come~ EPISODE II

Image
Ha, kan semalam aku cakap nak update pasal plan gi makan makan steamboat kan ? hihi, okay meh aku cite kat hangpa~  Plan dalam kul 8, tapi kul 8 lebih baru gerak, biasalaaa, JANJI MELAYU~ wee ^^ Yang pegi, aku dan encikk bf, Hana dan bf beliau (encik Apai), oma zu, papa syaza, aima, nurul, ema, abang amal and friends~  Sume skali 3 kerete yuuu~ Masa nak pegi tu jadik lambat sikit sebab si Ema memula cakap tanak pegi sebab lutut die kan injured masa sukan politeknik aritu tapi dak2 ni pujuk jugak die pegi sebab die yang beria sangat sangat nak pegi last last pegi jugak tapi BERTONGKAT~ Tempat yang kitorang nak pegi ni dekat dengan area dataran JB, ape ek name tempat tu, D'Terrace tak silap aku laa~ Kedai tu terletak dekat tepi jalan je~ Satu kepala Rm 19.90 *kire Rm 20 jelaa kan. dan korang boleh bantai makan sebanyak mana yang korang nak sampai lebam atau muntah ye~ Kitorang sume 12 orang sampai sampai terus port tempat dan hihi~ aksi membolot makanan pon bermula. Macam

Steamboat here i come~

Image
Yeay~ malam ni aku dan budak budak kelas plan nak pegi makan steamboat dekat JB. hihi~ ada sape sape nak join tak ? tapi aku taktau la pulak dorang nak pegi makan kat mana sebab aku just follow je. ni baru 1st time nak pegi tau. mesti best sebab dapat hang out ramai ramai sebelum masing masing balik ke kampung sempena CNY ni~  heeee, sedapnyeeee ^^ hihi, sekarang jam da menunjukkan pukul 6, so kitorang plan nak gerak kul 8. jadi, aku kena siap siap, yela, da ikut orang kenala siap awal takut nanti orang tertunggu  pulak. Kepada korang sume, nantikan entri terbaru aku untuk latest update tentang STEAMBOAT malam ni (: Tataa, lots of love ZETY.

Tentang Zety & Apis ♥

Image
~The Love~ Okay kawan kawan, kali aku cuma nak cerita tentang KAMI. hihi~ siapa kami ? kami tu adalah aku dan encik bf aku (: aku tak pernah cerita lagi pasal dia dan aku dengan lebih detail lagi kan (: korang nak tau ke tak ? kalau taknak takpeeee~ aku nak cite jugak ! huhu. tapi mula mula bialaa aku ceritakan tentang aku dulu okay ? okay okay, baca ni diam diam~ ini adalah aku (: Aku merupakan anak kedua daripada lima beradik (: Seorang pelajar jurusan Diploma Rekabentuk Grafik di sebuah IPTA di selatan (: Amat meminati segala benda yang berwarna atau berkait rapat dengan MerahJambu  ♥~ Amat menggemari masakan yang pedas pedas *sangat sukeeeeeee okay sampai perut da koyak pon still nak makan pedas lagi -.- Seorang yang keras kepala kot ? hihi~ *encik bf sgt penyabar orangnya (: Dilahirkan di Perak tapi menetap di Selangor~ Berketinggian 165 cm dengan berat badan 52 kg~ *slim tak slim tak hihi~ SILA MUNTAH Mula berblogging sejak tahun 2009 (: okay, tentang encik bf pula

Damping Malam ~

Image
Hi peeps, harini mood nak update tak banyak tapi boleh la sekadar nak update. tadi lepas balik je kelas terus aku mandi mandi dan bajet nak tido lah konon. tup tup, budak bilik sebelah pasang muviee~ hihi. terus hilang mood nak tido aku. terus join dorang tengok muvie DAMPING MALAM. okay, mula mula tengok quite boring tapi lama lama aku paham jalan cerita dia. boleh tahan laa. bagi aku muvi muvi tempatan sekarang bagi genre seram laa da makin better dari sebelum ni. da ada perubahan la jugak. tak samaa je macam dulu. cerita ni mengisahkan pasal seorang isteri yang terlalu nak menjaga family die sampai ke tahap nak amek pendamping sampai mengorbankan anak dia sendiri~ cerita ni ada pengajarannya tersendiri. kalau sesiapa yang belum tengok, cubala tengok (: Lepas tengok cite Damping Malam tu, dak dak ni pasang pulak cerita I Spit On Your Grave. Cerita yang menarik jugak. cerita ni dalam kategori cerita horror laa sebab ada aksi aksi sikit. nak tau aksi ape ? kenalaa tengok (: cerita

Saya tak pemarah . EH ?? PERAMAH laa T.T

Image
Apa yang dimaksudkan dengan title diatas ? huwaaa~ aku nak cakap, yang aku ni sangat laa tak peramah ouhh ): maksudnye ? maksudnye bukan la aku ni tak peramah langsung. cuma cuma . .  aku ni tak pandai tegur orang ouhh~ huhu. contoh la kan, contoh je kalau la aku terserempak dengan bloggers yang aku kenal kat belog. memang 100% aku takkan tegur punya laa~ PERCAYALAH. sebab apa ? sebab aku ni tak peramah. penakut. pemalu. lagi pe ape lagi -.- sume tu aku la. haih haihh. kadang kadang aku terpikir macam mana nak tegur orang ni padahal dalam hati meronta ronta nak bertegur sapa, yelah, alang alang da jumpa kan takkan nak buat dek je. tapi persoalannya MACAM MANA ! aku pemalu~ awhh -.- Tapi bagi sesiapa yang dah kenal aku lama, sorry la. takda istilah malu dalam diri aku. cewahh~ memang takda kemaluan laa malu sgt. rilek rilek je. cuma bagi yang baru nak kenal ni jea. aduhh. memang biggie problemo la kan~ so, ape ape pon just chill je laa. kalau korang ade penyelesaian cane nak bagi ak

Tutorial make-up yang pertama (: hihi~

Maaf kerana kandungan dalam entri ini telah dibuang kerana mengandungi gambar gambar penulis yang dahulu. Semua perubahan merupakan hak penulis.  Maaf jika mengundang rasa tidak senang kepada pembaca.

K h u r a f a t ~

Image
Hi~ sebuk tengok orang asek cakap pasal Khurafat Khurafat Khurafat, aku pon nak Khurafat jugak wehh~ hehe. So, pagi tadi masa tengah dok sebuk sebuk online, tibe tibe rumet (si Zati) ajak kua dengan si budak berdua Apend & Ajish. Aku pulak tengah dok bosan bosan tu pon layan kan jelaa, dah lama jugak tak tengok wayang kan. Tup tup, dorang pon tak tengok lagi cite nih, so kami berempat pon straight je ke City Square sebab nak tengok wayang punya pasal. malas nak tengok wayang kat JJ sebab dorang cakap wayang kat situ tak best + mahal. So, other choices samada CS or KSL City tapi KSL kan baru lagi, maybee Khurafat takda *KOT ? hihi, kami pon sampai sampai jea CS terus je ke kaunter tiket dan order 4 tiket Khurafat. da beli tiket ape lagi round round CS tu sementara nak tunggu 3.15 nak tengok wayang uh. sempat jugaklaa snap snap gambar. hihi~  So, apa yang aku nak komen tentang cite ni, NOT BAD laaa, tapi dok dengar orang cakap Khurafat best la, seram giler weh, takut doe~ aku maca

Quote for tonight (:

When you are in love you can't fall asleep because reality is better than your dreams.

Blogger Johor (:

Image
Selamat malam sume. aku belum nak tido lagi okay. ni ha meh aku nak cite sket, apa yang aku perasan la, kenapa eh banyak blogger-blogger dari negeri JOHOR ? atau perasaan aku je ? huhu. bukan saja nak buat cerita, tapi mostly kebanyakkan yang aku BW atau aku godek godek belognya sume mesti ada kaitan dengan Johor. tak kira laa, orang Johor ke atau belajar kat Johor ke, kampung kat Johor ke tapi memang ramai laa. haihh, tapi aku tak pernah berkesempatan nak jumpa dengan blogger-blogger ni sume -,-  Aku bukan orang Johor okay, tapi aku belajar kat Johor. yang penting bukan kat Uitm Segamat macam Hanis Zalikha  dan aku belum bekerja lagi macam  Ailyl Rozanna ,  Totin Jamain , dengan Nurain Hasan  dan ramai lagi (tak larat nak sebut nama)~ Yang penting, tu apa yang aku nampak laa, and just sekadar pandangan jea. hihi. takda niat lain pon~ apa apa pon, update tetap update. chills (: * Orang Johor memang kaki blog. JB rawkk yeahh~

Request dari Mexidi ~

Image
Haa, masa aku jalan jalan kat belog sendiri *apekah -,-  aku ternampak permintaan si Mexidi ni kat ruang chat aku tu. dia nak tau macam mana nak buat cursor dengan text bergerak (dulu aku buat tapi sekarang da tuka hihi). So, aku ni pulak tak pandai nak buat tutorial ni tapi aku bagi link jela dari mana aku dapat tutorial ni okay (: Aku mula follow belog ni stat 2 3 hari lepas dan aku tengok belog dia best & banyak tutorial, kalau nak try jum click ramai ramai kat sini Moy's Sam Blogspot (:   *Selamat Mencuba (:

Aku da boleh kawen ke weh ? -.-''

Image
Tajuk nak gatal jea~ ngeee ^^ hahhaa, bila bab kawen je mesti orang cakap,  'da gatal la tu'  'da banyak sangat ke duet nak kawen tu'  kalau yang laki pulak,   'kau nak bagi anak dara orang makan ape ha, PASIR ?' 'keje pon takde, ada ati nak kawen, sape yang nakkan kau ha?' ahhaha, sume tu sangat sangat lah biasa kan kat pendengaran telinga kite kan ? ke kat telinga aku jea -.- hee, ape ape pon alaa, standard la tu sume orang nak kawen dan akan berkawen. hee. kenapa ek aku tibe tibe nak cakap sal kawen plak ni ? sebab, raya cina nanti kezen aku nak bertunang da, lepas bertunang, kan ke kawen~ huu, bila semakin ramai kezen aku yang nak menamatkan zaman bujang/dara aku rasa macam 'Wah, sume orang da dewasa laa' dengan muka ala ala blur gituu~ aku rasa macam tak percaya jea aku sekarang ni dah 21 wehh! 21 okay -.- pffttt~masa sangatlah cepat berlalu, rasa macam semalam je aku baru lepas amek PMR -.- curik kat Google lagik ~ hii, lagi aku nak

Tangan gatal ~

Ini lah jadinya bila tangan da gatal pada jam 5.35 PAGI okay (kenapa aku masih tak tido ? huwaaaaaaaaaa). belog dah bertukar WAJAH ~ ngee. harap ada perubahan yang baik (: itu saja, jum tido (:

Bila beliau takda . . .

Ha, mesti korang sume ternanti nanti pasal entri yang * babyqueue yang aku ade cakap aritu kan ? ke korang tak baca pon ): okay, paham~ sapelahh aku ni kan. hukk. pasal entri tu mungkin lambat sket aku update sebab nak tunggu gambar dari membe aku sebab mase malam tu gune kamera die & die pulak takda sekarang sebab ade photoshoot dekat N9 (: so gambar tu maybe nak kena tunggu die balik dulu la kan. die pulak balik Ahad ni so u guys just wait jelah okay ? hihi~ Berbalik kepada title di atas~ huwaaaaaaaaaaaaaaa T.T nanges dulu jap. bila beliau takda iaitu encik bf aku, aku akan mula menjadi tidak keruan. kenapa ? KENAPA ?   MENGAPA ? sebab sebab . . . . sebab dia jela yang selalu teman aku bila aku sunyi, bila aku lapar, bila aku ada masalah, bila aku rasa nak nangis, bila aku rasa memerlukan dan banyak lagi. TAPI~ jeng jeng jeng . . . . . beliau takda selama 3 hari (halamak, baru takda 3 hari da bising bising kan? hikk) dan aku dah pun rasa sunyi. huu~ beliau telah pergi me

Ku Membisu .

Cerita hidupmu Yang penuh berliku Menginsafkan diriku Debu tinggal debu Terkulai layu tanpa doa restu Mengidam kasih merawat rindu Mungkin kau perasan Ku hanya terdiam Sepanjang luahan Jujurmu oh sayang Suka ku di sini berterus-terang Sungguhnya dalam ku sedang berperang Rasa nak ku dakap kau dalam pelukan Tiada kekuatan Takut ku pula yang tidak sanggup Bercerai badan Sehingga membebankan ooo... Meronta-ronta batinku Mahu memiliki jiwa Setulus jiwamu Tapi mengenangkan siapa aku Ku membisu Ku Membisu by Kristal (: Hihi, aku suka lagu ni~ sebab apa aku suka ? sebab encik bf suka nyanyi lagu ni time karoke (: dan aku cukup suka bila tengok dia nyanyi. hihihi. bila die karok je, aku akan tatap dan senyum je tengok die nyanyi. SANGAT COMEL OKAY ~ lepastu nanti die bersemangat sangat nyanyi lagu tu sampai tekua kua urat sume kat leher die. ahhaa, tapi aku tak nyanyi sekali sebab suara aku tak comel dan mendayu dayu macam suara Taylor Swift -.- dan encik bf pon ma