ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, January 13, 2011

):


"Absence makes the heart grow fonder"

Lately ni, cik bf da keje dan jarang nak dapat jumpa. kadang kadang rasa rindu sangat sangat tapi apa nak buat. orang tu bekerja, bukan dok pi buang masa. huhuu, sabar ajelaa ): harini aku taktahu kenapa nak emosional sangat. haihh, mungkin sebab emosi aku tak berapa stabil sgt kot, biasala 'masalah perempuan' ~ dari pagi dok nak sentap jea manjang. lepastu mula la nak menangis plak -.- da macam ape da. hati ni cepat sangat nak kecik je kejenye. huhu, tadi buat keje pon nasib baik mud tengah okay sikit. lepas tu masa nak pegi kelas datang balik moody nye. huhu. naseblaa ye sape yang dapat muke moody aku tu ~

Tadi masa balik rumah lepas habis kelas, cik bf datang rumah. YA ALLAH, rindunya aku kat dia ): tibe tibe jea air mata ni terkeluar T.T apalagi muke cik bf kelam kabut die risau sebab tibe tibe jea aku nanges depan die kan. kesian pulak aku tengok die. padahal aku cuma rasa sunyi dan rindu je. kenapa la dengan aku ni. tak penah penah aku macam ni okay ? -.- lepastu cik bf bagi aku makanan die bawak dari Kulai. huhu, ingat die dekat aku kan ? huhu~ malam ni pulak, baru kejap tadi. aku rasa haus sangat nak minum air. ingat nak mintak tolong kawan kawan la tolong belikan. tapi entah kenapa susah sangat bagi dorang nak tolong. bukan nak kata semua la tapi ade sesetengah tu la. aku tak tujukan kat sape sape tapi kalau kau dah terasa aku takleh nak watpe. aku cuma luahkan ape yg aku rasa jea. aku taktaulaa, apa yang aku rasa, kalau kawan nak mintak tolong kat aku, kalau benda tu aku boleh tolong, aku akan tolong. tapi kenapa kawan kawan susah sangat nak tolong aku bila aku perlukan pertolongan korang ? selalu ke aku mntak tolong weh ?

aku ni bukan jenis suka nak menyusahkan orang. kalau benda tu aku leh buat sendiri, dah lama aku buat. sebab tu aku lebih suka berkawan dengan LELAKI sebab lelaki ni tak berkira soal berkawan ni. dorang akan sedaya upaya juga tolong. beza sangat dengan kawan perempuan ni. entahla, aku ni pon perempuan. mungkin aku pon sama tapi aku sendiri tak sedar. tapi apa yg aku pasti, kalau aku boleh tolong, aku tolong. benda ni dah lama aku perhatikan. mungkin kau nampak aku ni macam jenis yg tak kisah. nampak macam okay je. tapi semua apa benda yg kau kau dan kau buat, aku ingat. dan aku simpan. mungkin hari ni hari aku, esok lusa sampai hari dan giliran kau, aku nak kau rasa sendiri apa yang aku rasa. bila benda tu jadi kat kau, kau tak suka, marah, moody tapi bile benda tu kau buat ? ada kau fikir apa yang orang lain rasa ? 

aku bukan jenis yang suka tunjukkan kemarahan aku depan orang walaupun orang selalu cakap muka aku garang, cara aku bercakap macam nak marah, tapi kalau kau dah kenal aku lama, kau akan tahu cara aku. aku takkan moody dengan orang kalau ade masalah. aku takkan campur adukkan masalah aku dengan kawan kawan.*sighh

walaupun hari ni aku cakap macam ni, esok aku akan lupa dan layan kau mcm biasa aku layan kau. itulah aku. entahla, mungkin aku terlalu emosi sgt harini. tapi kawan yg baik memang sgt sgt sgt susah nak cari. dan aku pon bukan dalam kategori kawan yg baik tapi aku sentiasa akan berusaha buat kawan aku tersenyum bila bersama aku. enaf, aku taknak emo lagi.



*sori kalau entri kali ni ada mengecilkan hati mana mana pihak.


Like dan komen lah kalau suka :)

0 orang dah komen. Awak taknak ? :):