Jerawat ? -,-


Hi,


Kali ni aku cuma nak tanya dan bagitau je~ tanya dan bagitau ? macam mana tu ? -,- HAHA, okay okay macam ni, mule mule aku nak tanya, betul ke macam yang orang orang selalu dan suke cakap.


KALAU KITA TEGUR JERAWAT ORANG NANTI TUMBUH KAT MUKA KITA


OH NO~ betul ke ha ? hukhuk, tapi setakat yang aku tau la, benda tu memang macam betul je kan sebab kadang kadang aku TERtegur pon tup tup, tak lama tu naik la jerawat sebijik kat tempat kawan yang aku tegur aritu -,- haih haih. tu kira naseb la sape suh tegur kan ? tapi yang tak boleh jadik ni bile TERpandang pon naik jugak ! ni nak ngamuk ni -.- bistu cane ? kalau ade kawan kawan yang muke ade pimple takkan tak leh pandang kot ? citt~








gambar curik kat google~

Tapi buat masa sekarang ni muka aku tak da la banyak sangat masalah jerawat ni. ALHAMDULILLAH. sebab dulu mase zaman zaman sekolah menengah dulu, memang tak payah cakap la kan, memang penternak jerawat yang berjaya -.- pffft~ sampai pakcik aku boleh cakap kat aku, "Suburnye muke kakak". ade rasa macam nak sepak sepak je. tapi nak buat macam mana, time tu hormon tengah tak seimbang kan. biasalaa tu. nasib baik semakin da naik dewasa ni muka makin okay. korang nak tau ke aku gune pencuci muka ape ? aku guna pencuci muka SAFI biasa je, SAFI gamat yang wane biru tu je (: sangat best dan muka aku jarang ade masalah. 

Jangan biasakan tangan picit jerawat PAHAM ? 
*padahal kadang kadang tangan aku pon gatal jugak~

Haa, ni muka kat kelas bajet rajen hukhuk~
(bila muka kurang masalah, nak mekap pon cantik je *perah santan jap)
Time ni masa muda muda sikit :P


Ni gambar the very latest 2011. huhuu, 
sekarang kalau nak keluar tak payah nak 
tepek bedak, cream banyak bagai. Cuma mekap tang mata je :)

Dan lagi, untuk mengelakkan kulit bermasalah ni, macam biasala dah banyak kali kot orang akan cakap benda yang sama jugak iaitu BANYAKKAN MINUM AIR MASAK. Bukan air milo atau air sirap, tapi AIR MASAK~ huu, itu jela nak tanya dan bagitau. 


Jumpa next entri okay (:

Comments

shahrul said…
saya banyak jerawat :( :( :(
Cik Zety said…
shahrul : alaa, awk kena amalkan penjagaan muka yg betul okay ? (:

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

Me & Braces

6 Kelebihan 'Single Mingle'