ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Sunday, March 13, 2011

Macam - macam


Salam,

Kali ni aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam. MANUSIA. Nama pun manusia kan ? Mesti tak pernah lari daripada kesilapan. Tapi manusia ni kadang kadang menyakitkan hati jugak kan ? -.- Manusia jugak memang takkan pernah puas menyusahkan orang lain, melihat kesusahan orang lain tu ibarat satu kenikmatan, kepuasan bagi dorang. Manusia yang tak puas hati dengan kesenangan orang lain pon satu hal jugak. Apa yang jadi masalah kat dorang pon aku tak tahu. 

Kalau si polan ni disenangi orang ramai pon dah jadik satu hal yang besar bagi dia. Kalau si polan tu dapat apa yang dia tak dapat atau tak pernah dapat lagi lah menjadi jadi kebencian dia. Okay, aku tau mesti ada sapa sapa yang baca ni cakap macam lah aku ni baik sangat kan ? WELL, aku pon tak cakap aku ni perfect. Tak pernah buat salah. Tak pernah rasa cemburu tapi tengok cara lah. Jangan lah sampai melebih. 

Ada yang kata aku ni keras kepala. YE, memang aku keras kepala, mungkin aku jugak degil, tak boleh ditegur tapi tak semua benda aku degil. Kena teliti balik apa yang kau nak cakap tu. Dan sebelum kita cakap keburukan orang, kita cepat cepat pergi depan cermin lepastu tengok balik apa yang ada kat diri kita. Agak agak kita ni degil tak nak cakap orang lain degil ? Agak agak kita ni pemurah tak kalau kita nak cakap orang lain kedekut ? Dari situ kita boleh cermin diri kita sendiri sebelum kita cakap kat orang lain.

Lagi satu, ni memang benda yang paling TRUE dalam diri aku. Aku paling tak suka bergaduh dengan orang. SANGAT SANGAT BENCI. So, kalau ada apa apa yang tak puas hati just slowtalk boleh kan ? Kalau susah nakk cakap depan-depan, bagi mesej pon boleh~ HAHAHA


Dah larut malam. Selamat tidur semua (:


*Tiba tiba terasa hati -.-

Like dan komen lah kalau suka :)

0 orang dah komen. Awak taknak ? :):