ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, July 4, 2011

Abah.

Abah, I miss you.
Walaupun abah cuma menunaikan tugas dan tanggungjawab. Aku tetap rasa tak puas hati. Aku rasa BENCI. Kenapa perlu ada benda benda yang bodoh yang menyebabkan abah terpaksa bertugas. Kalau benda tu tak ada. Setiap petang mesti abah ada. Borak borak dengan mama dan dengan adek adek yang lain. Tapi sebab benda bodoh ni abah tak ada. Abah menjalankan tugas. 

Abah, kakak sayang abah :(
Kakak harap abah sihat je kat sana. Walaupun orang lain nak cakap kakak manja atau apapun. Kami memang rindukan abah. Semoga tak terjadi apa apa yang buruk dekat abah. Nurin pun rindukan abah. Mama pun rindukan abah. Setiap malam, abah mesti tengok tv sama sama satu family tapi dah 2 malam abah tak ada bersama kami.

Kakak benci orang yang sokong benda tu.
Benda tu tak bagi faedah apa apa pun. Benda tu menyusahkan. Benda tu menyebabkan banyak masalah. Huru hara. Tak ada apa yang korang boleh dapat dari join benda benda bodoh tu. Aku benci !

Sebab benda tu banyak rancangan kami sekeluarga tergendala. Sebab benda tu abah tak dapat pegi kenduri kawen anak sedara dia. Sebab benda tu, kami tak dapat nak kemana-mana. Kenapa manusia sekarang ni fikiran cetek sangat. Kenapa manusia sekarang ni tak tahu nak bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasa NAK LEBIH, NAK LEBIH dan NAK LEBIH. Bersyukur lah apa yang ada. Jangan mudah lupa.

Bagi yang muda, tak payah semangat nak berkobar sangat dengan benda macam ni. Konon konon semangat sangat nak keadilan. Semangat nak bela negara. Kenapa masa Maulidur Rasul, Maal Hijrah semangat tak berkobar macam ini ? KENAPA ? Kenapa semangat tak berkobar pertahankan agama? Tanya diri sendiri.

Bak kata pepatah, 'Diberi betis, nak paha". Aku tak pernah memihak sesiapa. Aku bersyukur dengan apa yang ada. Aku bersyukur masih dapat hidup sampai sekarang. Aku berterima kasih kepada mereka mereka terdahulu yang berusaha untuk kesenangan manusia sampai sekarang. Tapi, sedih sebab manusia zaman sekarang mudah lupa.

Aku cuma rindukan abah . . .

Like dan komen lah kalau suka :)

0 orang dah komen. Awak taknak ? :):