ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Saturday, July 16, 2011

Apa motif kita berblog ?


Hello guys :)


Okay, malam ni tiba tiba rasa nak berfalsampah pulak. huu, tiba tiba terpikir, apa motif aku berbelog ni ye ? Kadang kadang tengok belog orang lain, best je, apa yang best ? Banyak follower ? Banyak follower pun kalau dorang tak jenguk belog baik tak payah follow derr. . Banyak komen ? Komen yang membina takpelah. Ni kalau lebih nak mengutuk je, err buang karan aje.

So, apa motif aku berbelog? Pada awalnya, aku berbelog sekadar sukasuka, nak tulis pasal apa yang berlaku kat aku, yang aku tak cerita tak orang, tapi aku cerita kat belog. Pasal aku pegi sini, aku pegi sinun, aku jalan sini, aku kua pi tengok wayang, aku balik kampung, gi kenduri kawen sume tulah. Termasuklah, cerita pasal boipren aku duk bawak pi dating sana sini. 

TAPI, sekarang ?

Biasa lah, mesti ikut trend kan ? Sekarang dah macam macam dah, ade VLOG la, tutorial mekap, tutorial shawl, segmen belog, Wordless Wednesday dan banyak lagi lah. 


Courtesy from Google

Kadang tengok belog entri best, tapi kurang follower sebab apa ek ? Apa kurangnya belog tu ? Bukan nak paksa suruh follow cuma kadang kadang terfikir saja. Macam aku, aku cuma follow belog yang aku akan salu bukak. Yang ada banyak info yang aku perlukan. Kadang-kadang blogwalking aku bantai je bukak belog mana pun, kadang kadang belog budak sekolah pun aku bukak, belog mak mak pun aku terjah. Sekadar baca tentang entri mereka. Tak salah pun. Dari situ aku perhatikan macam-macam.

Dan dari situ lah aku dapat pengalaman berbelog. Tak kisah la apa yang blogger cari kat sesebuah belog tu asalkan kita saling support bloggers baru. Tak jatuhkan orang yang baru nak naik. Aku pun followers taklah beriban, tapi TERIMA KASIH sebab aku tahu, masih ada yang sudi follow belog walaupun tak nampak dekat JUMLAH FOLLOWERS. 



Aku seorang silent readers, so I am aware of silent readers out there. Apa yang penting, terima kasih la kepada semua yang sudi jenguk belog usang aku ni. Daripada aku terus merepek malammalam ni, lebih baik aku beredar. 

Jumpa next entri, kbai. Salam :)



Like dan komen lah kalau suka :)

4 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Irshadim said...

saya blog sebab saya banyak sangat idea pelik. boleh tak?

Cik Zety said...

haha, boleh kot sebab karang jadik lain pulak kalau tak diluahkan :D huhu

Encik JI said...

ntahla. knape ek sy berblog?

Cik Zety said...

haaa, ni yg bahaya ni. hehehe