Kalau tak sempat nak mintak maaf macam mana ?


Selamat pagi sumeee !
Harini nak cakap banyak jugak tak kira la wordless ke atau apa sahaja. Tiada apa yang dapat menghalang aku untuk berkata kata menggunakan jari jemari ku ini. cewahh~ gelii makk -.-'' HAHA

Okay, aku cuma nak kongsikan apa yang tengok semalam kat TV2. Korang tengok tak drama semalam ?

Tajuk Drama : Tiada Lagi
Siaran : TV2
Tarikh Siaran : 26 Julai 2011
Waktu Siaran : 10:00 - 12:00 Malam
Pelakon Drama Tiada Lagi Di TV2
Fahrin Ahmad, Misha Omar, Normala Omar, Ropie Cecupak, Kismah Johar dan Aman Graseka
Sinopsis Drama Tiada Lagi Di TV2
Mengisahkan seorang pemuda, Azim yang tidak pandai bergaya dan dia sering dijadikan bahan ejekan rakan-rakannya. Sikap Azim yang ‘bodoh-bodoh alang’ dan lurus bendul membuatkan teman sekeliling dan rakan pejabatnya suka mengambil kesempatan.
Bagaimanapun, Azim tidak pernah ambil hati apatah lagi bengang dengan sikap kawan-kawannya itu.
Azim, seorang eksekutif muda yang bekerja selama dua tahun di sebuah syarikat. Semua baik-baik saja, tetapi dia bermasalah pada penampilan. Sikap lurus bendul Azim selalu disalahertikan dan diambil kesempatan oleh rakan-rakan sepejabatnya. Azim seorang yang berbudi bahasa dan sentiasa menolong rakan-rakan dan juga jiran-jirannya. Namun tiada siapa yang menghormati perasaannya.
Biarpun, sering menjadi bahan sendaan dan gurauan, Azim tidak mempedulikannya. Baginya, apa yang penting dia bekerja dengan ikhlas mencari rezeki untuk keluarga. Biarlah apa yang orang lakukan padanya namun Azim takkan sesekali membalas.
Haaa, cuba la korang bayangkan betapa baiknya si Azim tuu. Lagi satu Azim ni salu la chating dekat YM dengan sorang gurl ni, Misha Omar sebagai Liza. Dorang chating dekat setaun la jugak tapi lepas jumpa je face to face si Liza ni terus dah tanak kawan dengan si Azim ni sebab nerd sangat. Yelah, gi ofis pun pakai beg sekolah pastu bawak bekal mak masak. *Tak salah pun*
Cuma biasalah manusia ni bila dah dapat yang baik, nak yang lagi superduper baik. Memilih dan tak pernah puas. Last last, si Azim ni hilang masa nak jumpa Liza konon konon nak bagi bunga la dekat si Liza ni buat kali terakhir. Dia  nak bagi mak die sekali bunga sebab nak buat mak die tersenyum tapi die kemalangan :(
Sedih woo~ Aku tengok nak kuar air mata tau tak ? Yelah, kawan ofis die yang salu buli die tu pun insaf lepas dia hilang sebab kemalangan tu. Dorang siap mintak peluang kedua daripada Tuhan sebab nak mintak maaf dulu kat Azim tapi tak sempat . . . . sebab Azim dah pun dijemput Tuhan. Kemalangan yang menyebabkan kereta die masuk ke dalam sungai dan die lemas.
Point aku kat sini adalah : Macam mana dan apa yang korang nak buat kalau korang tak sempat nak mintak maaf dengan orang yang korang pernah sakitkan ati atau buat salah ? Macam mana kalau korang tak sempat nak mintak maaf dengan mak ayah korang sendiri ? Lu pikirlaa sendiri :)

Comments

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces