ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Wednesday, August 17, 2011

Tips Perhubungan Jarak Jauh.

Selamat malam semua :D


Malam ni nak bagi tips sikit tentang Percintaan / Perhubungan Jarak Jauh. Wee, plus, aku memang dalam kategori ni pun. Aku kat Selangor, beliau dekat Johor nun. Jauh tak ? Tapi tak boleh lawan orang yang bercinta dengan orang yang ada dekat overseas laa, macam La Dolce Izatie tu :) Jauhh tuuu. Respect sama dia ~

Okay, lets forward.

1. Percaya
Kepercayaan adalah sangat penting dalam stage ni. Bila kedua dua boleh bagi sepenuh kepercayaan to each other then hubungan tu akan jadi lancar. Tapi apa yang aku nak tekankan kat sini, DO NOT TRUST THEM 100% sebab tak semua manusia ni perfect kan ? And plus, aku taknak nanti kepercayaan yang korang bagi 100% dekat pasangan akan memudaratkan diri sendiri. Jangan mudah percayakan someone 100% even korang sayang gila babeng laa kan.
 
2. Tolak Ansur
Bila dah berjauhan ni, macam macam masalah akan datang, macam macam kita akan dengar, macam macam akan datang mencucuk kita dan dalam situasi macam ni, PLEASE, tolong bersikap tolak ansur antara satu sama lain. Jangan main terjah je, tanya betul betul, dan siasat tentang kebenaran tu. Yelah, masing masing ada komitmen kan, so sikap tolak ansur memainkan peranan yang penting kat situ.

3. Saling Berhubung
Yang ni adalah amat penting dalam mana mana hubungan pun. Kira macam akar dia laa. Always keep in touch. Kalau dah jauh apetah lagi kan. Macam yang aku selalu amalkan dengan my man, walau macam mana busy pon kitorang, still texting tanya khabar or wish morning and nite. Dengan cara macam tu kitorang akan tahu apa apa yang berlaku dan kalau ada masa terluang, we share stories :) Plus, kalau jarang berhubung tu ape tu ? Macam pelik je kan. Kalau rindu boleh je call, tapi makesure yang kita tak mengganggu yang tersayang laa. hehe~ (ni aku salu buat :P)


4. Ingat tarikh penting
Tarikh penting dalam hubungan korang. Ingat tak ? Ke tak pernah ada pun tarikh tarikh tu. Okay, tarikh tarikh penting ni macam birthday korang, birthday pasangan, ur anniversary or whatsoever. Sebab kadang kadang ada yang banyak tarikh penting ni contoh macam aku. hihi. Tarikh penting aku, birthday En.Boyfie, our anniversary, tarikh dia mula start keja, tarikh kitorang start PJJ. Tu jela kot. huhu~ Ingat tau, tarikh penting ni penting tau sebab dah nama pun tarikh penting. *bape banyak penting daa*

5. Restu
Haa, ni pun penting jugak ni. Restu mak abah, mama daddy, ibu ayah suma penting kot dalam hubungan. Lain laa kalau hubungan korang tu sekadar nak geli geli je kan -.- Penting bagi satu hubungan tu direstui. Kiranya macam biar family kita tahu dengan siapa kita berkawan. So, takda masalah di kemudian hari. Insyaallah.

6. Jujur
Ni nape paling last lak ni ? Haih, tak kesah laa. Yang penting dalam hubungan tak kira jauh ke dekat ke, kita kena jujur dengan pasangan kita. Bila pasangan kita dah buat perkara No.1 kat atas, kita kena apply sikap No.6 ni kat diri kita. Macam mana kita tak suka ditipu macam tu jugak la jangan menipu. Sebab apa ? What u give, u get back. Cewahh~ Ingat, kejujuran adalah penting dalam jatuh bangunnya satu hubungan tu. Keep honest and u will be happy :)

 


Like dan komen lah kalau suka :)

8 orang dah komen. Awak taknak ? :):

HUGODEXTER said...

oh.. aku tidak percaya... muahaha.. i've been kapel dgn one girl since sekolah.. aku dok jb.. dia dok kedah.. muahahaha... jumpa msa cuti sem ja.. tu pon law aku balik... tapi last2 dia dump aku utk laki len. ekekeke... alasannya.. dia perlukan seseorang yg boleh nmpak depan mata.. 6-7 yers kapel.. last2 cam tu lak.. ha.. cecite cecite.. canne lak uh/??

Cik Zety said...

means dia xjujur :) kalau xnak PJJ, sepatutnya dia da bgtau awal2 dia nak someone yg dekat. senang cite, sebelum bg komitmen, tgk dulu PJJ atau x :) @HUGODEXTER

Azah Skaliskala said...

sy memang kt kategori ni gak. so far dh 6 thun bercinta jarak jauh, never break up, never lost in touch. plg lame pon kami tak kontek cume 1hari je. kalau orang xpercaya cinta jarak jauh, sebab salah 1 dari mereka tkut nak bagi komitmen.

interesting entry:)

Cik Zety said...

thankyouu azah :) @Azah Skaliskala

alepridz said...

wah bagus tips tips ni... tapi aku takde awek... sob sob... sapa la nak kat aku yg huduh ni...

T.T

eQuRlz said...

saya pun bercinta jarak jauh juga :) sampai pernah setahun xberjumpa.. tp Alhamdulillah.. InsyaAllah dalam persediaan nak mendirikan rumah tangga dah tak lama lagi..

Cik Zety said...

wah. alhamdulillah :) semoga kekal smpai bila bila insyaallah :) @eQuRlz

Anith Hanisah said...

sy pn sm brcinta jrk jauh..tp sy msh ragu2 dgn dia sbb sy x tau dia buat ape kt sn dgn siapa..sy rase kn dia mcm maen2 kn sy aja.lg2 dia tue budak U lagi ramai kan perempuan kt sn.

slg brhubung??sy rase boring pulak bila nak ngadap dia aja.kdg2 naik menyampah pun ada.


tp kan sy syg dia sgt2.sy tkt dia tgglkan sy sbb prmpuan laen ;(