ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, September 15, 2011

Adakah anda seorang yang matang ? Cekitoutt~


Salam tengahari :)

Entri kali ni cuma nak share something yang pada aku, agak menarik jugak untuk dikongsikan bersama. So korang renungkan lah ye :)
Artikel ni diambil dari iluvislam.com

ANDA SEORANG YANG MATANG JIKA . . . .  .


  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
So, macam mana ? Korang dah matang ke belum ? Sesungguhnya, aku masih belum matang lagi dalam hidup ni :)



*This is me when Im at home. Macam budak budak. Pfft~




Jumpa lagi next entri.



Like dan komen lah kalau suka :)

5 orang dah komen. Awak taknak ? :):

0nenanina Vanilla said...

na rase baru 65%. huhu. so kategori pra matang ke?

Cik Zety said...

hoho, bolehh la. dekat2 nak matang dah tu

ieYzA AzmiEy said...

Cik Zety, nak mintak kopi teh o kan sikit fakta matang ni dalam belog sekaligus nak buat review belog kamo0 boleh?? i lyke ur belog la dear... wink wink wink...
muleh la muleh la... (joget2 sinchan)

Cik Zety said...

ameklaa dear :) huhuu @ieYzA AzmiEy

IeYzA azmIEy said...

tenkiu tenkiu... muah muah!!