Dont blame me.



Salam dan selamat hari Khamis.


Tadi masa merayap rayap tengok news feed dekat Facebook. Tiba tiba ternampak, ada kawan post ayat ni kat status :


"Jadilah orang yang dibenci. Tapi jangan jadi orang yang membenci"Walau kita dihina, disisih, dibenci, dilukai, dipermainkan, dipergunakan, dan pelbagai 'di' lagi. Ingatlah yang kita masih punya Allah SWT. Tuhan yang sentiasa menemani dikala sunyi, sedih, sepi, pilu, kecil hati dan sebagainya.

Maksudnya kat sini, biarlah seberapa ramai orang yang nak membenci kita. Yang tak sukakan kita, tapi janganlah kita menjadi sama seperti mereka. Saling membenci sesama manusia. Janganlah kita membenci orang lain atas kesalahan yang mereka lakukan samada sengaja atau tidak sengaja.

Kadang-kadang aku terpikir, susah sungguh nak jadi baik and as for me, aku rasa memang tak ada orang yang baik pun dalam dunia ni. I mean, pada zaman sekarang laa. Kadang-kadang bila kita buat baik pun, orang balas tak baik pada kita. 

Pernah sorang kawan ceritakan kat aku, kisah dia nak tolong sorang pakcik. Tapi pengakhirannya, pakcik tu boleh pulak acukan pisau dekat kawan aku dan mintak duit. OHGOD. Korang boleh bayangkan tak ? Macam melepaskan anjing tersepit kan ? -.-

Tapi as long as kita ni manusia, naluri nak tolong orang tu mesti ada kan. But, Im thinking twice bila teringat cerita kawan tu tadi. Haihh. Pakcik pakcik tua sekarang pun bukan boleh percaya sangat. Kita mati mati lah ingat diorang tu tak larat, dah tua apa suma, but then gatal merenyam punya orang.
Akhirnya, aku akan punya fikiran sedikit negatif when meet people. Trust no one. Bad habit kan ? Tapi tak semuaa la aku akan fikir negatif. Dan sekarang, aku adalah orang yang sangat berhati hati. Dont blame me :)


Till then, bubye.


Comments

Anonymous said…
na penah p kursus di anjurkan oleh kaunselor.. memang kite digalakkan bfikiran positif tapi janganla sentiasa b'fikiran positif. sebab tak sume pikiran negatif itu adalah salah jika kena dengan caranya.
Cik Zety said…
yup yup, betol tu. sokong na hehe :) @0nenanina Vanilla
Amna Shark said…
dunia skng... nk wat baik pun jd takot. btol tu.. bkn laa nk bersangka buruk kt org lain, tp kalo bersangka baik, kte plak yg kena.

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces