ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, September 16, 2011

Tips Buat Tak Tahu :P


Salam 1 Malaysia. Merdeka !

Wah, bukan main semangat ko jah. Haha. Okay okay, hari ni cuma nak kongsikan sikit tips untuk korang. Wee~ Mesti korang tak pernah dengar tips ni kan :)

Haa, ni adalah Tips Buat Tak Tahu. Nak tau tak amenda tips ni ? Tips ni adalah ditujukan khas kepada mereka mereka yang terlalu memikirkan something sampai nak pecah kepala otak tu. Pikir pikir dan pikir je kejenya. Salah seorangnya aku lah :P Apa yang aku pikirkan ? Macam macam~

Pertama : Elakkan bersendirian

Haa, elakkan lah diri korang tu daripada bersendirian. Nanti bila korang sorang sorang, nanti benda tu akan datang dalam otak korang dan korang pun akan berpikir lagi sampai tension. So, digalakkan lah join je orang orang lain ramai ramai tengah buat apa apa time korang berseorangan tu. Tengok tv pun jangan sorang, kang mula laa terpengaruh benda dalam tv tu pastu pikir lagi ~

Kedua : Sibukkan diri

Kepada yang bekerja tu, mesti kurang sikit daripada dorang nak pikir benda benda yang tak perlu ni. Dorang akan pikir sal kerja, sal duit itu, duit ini *ni pun masalah jugak -.-" Tapi apa yang dorang pikir tu berguna, yang korang pikir tu tak kemana pun. Jadi, kalau sesiapa yang takda buat apa tu. Korang pegi lah carik keje, takpun buatlah apa apa asalkan korang sibuk dengan sesuatu sampai terlupa nak pikir. Huhu ~

Ketiga : Jangan terlalu berharap

Yang ni maksudnya, jangan terlalu berharap kat sesuatu sampai korang pikir benda tu sampai lebam. Haa, paham tak ? Sebagai contoh, korang nak beli kereta tapi tak kerja lagi. Agak agak boleh ke ? Pastu korang pikir punya pikir punya pikir, kenapa korang takda kereta lagi, bila nak ada kereta lah segala macam jadah sume korang pikir tapi bontot duk tang tu jugak tak bergerak ke mana, memang korang pikir la sampai tua -.-''

Keempat : Anggap hari ini adalah hari terakhir

Yang ni cam serius sikit. Huhuu, korang anggaplah hari ini adalah hari terakhir korang, so korang tentu takkan pikir banyak punya. Korang akan buat yang terbaik je sepanjang hari ini. Tak sempat nak pikir sal esok lusa tulat bulat ~

Kelima : Buat tak tahuu jelaa

Yang paling last dan simple, daripada korang berpikir cam orang gila. Tak tidur malam, tak makan pikir pasal apa nak jadi esok lusa, bila korang nak kawen laa, bila nak dapat anak la, siapa isteri/laki korang la baik korang buat tak tahuu je kepada semua persoalan persoalan yang datang dalam kepala otak korang tu. Senang cerita !


Haa, aku ni sebenarnya cakap kat diri sendiri laa. Suka sangat berpikir. Haihh, time exam taknak pikir pulak :P


# Pikir lagi nak tick yang mana -.-''



Kbai.


Like dan komen lah kalau suka :)

13 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Ekin oh Aren said...

tips yg bergune ;) nnti bleh try..

si penggemar COKELAT said...

lg 1 set dlm minda ikut je takdir hidu, hehehe

Shawn Razaleigh said...

oh tips ni sgt perlu utk gua.hahaha

anamizu said...

mari kite buat tak tahu..hehe

rozeeta rashid said...

let's go crazy! hehe. tak payah pikir benda yang menyesakkan otak. =)

Cik Zety said...

try jgn tak try hoho @Ekin oh Aren

Cik Zety said...

apekah ? huhuu
@si penggemar COKELAT

Cik Zety said...

hahhah, shawn trylaa :P
@Shawn Razaleigh

Cik Zety said...

jum jum ramai ramai :D@anamizu

Cik Zety said...

takmo laa jadik gilerrr ngee
@rozeeta rashid

Anonymous said...

hahahaha...
bleh ke wat cmtu/....

Anonymous said...

hahahaha..leh ke wat cmtu

Anonymous said...

hahahaha..leh ke wat cmtu