ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, October 13, 2011

5 Perkara JANGAN dilakukan oleh aku, kau, dia, mereka & semua.


Salam :)

Its been 2 days aku tak update belog kan? Miss me o not? hehe~ Actually, aku baru je lepas balik dari UMP. Ada hal yang perlu diselesaikan :) Siapa yang belajar kat UMP angkat tangan cepat~

So, apakah 5 perkara JANGAN dilakukan oleh aku, kau, dia, mereka & semua? Jeng jeng jeng~ Korang rasa amenda? Perkara yang aku maksudkan diatas adalah perkara dalam kehidupan seharian kita. Jum tengok apa perkara JANGAN tersebut :)

1. Jadi batu api
Haa, batu api? Tahuu tak batu api tu ape? Batu api bukan batu yang berapi-api tu ye kawan kawan yang cerdik pandai sekalian :) hoho~ Batu api lebih kurang macam penghasut, peng-kedengki, pengadu-domba dan macam macam panggilan lagi laa. Batu api bahaya sebab kita tak tahuu dia tu batu api. Batu api ni nampak macam berniat 'baik' giteww~ So beware. JANGAN jadi batu api  ye. Nanti balasannya dapat laa batu berapi nanti :P

2. Bangga diri
Bangga diri ni adalah satu sikap yang mungkin kita tak sedar tapi orang lain sedar dan dah naik menyampah rasa nak baling sampah je kat muka kita. Haa, jangan sampai nanti orang menyumpah pulak :P Bangga diri ni pun tak bagus sebab kita ni sama je takda lebih takda kurang pun. Hujung hujung hidup nanti masuk 'dalam' pun tak bawak pape pun cuma amalan sajaa. Tu pon kalau ada amalan laa~ Jadi JANGAN nak bangga diri ke ape sebab semua tu sementara saja.

3. Sombong
JANGAN sombong dengan orang. Mak kan dah pesan. Haa, dengar tuu, mak dah pesan jangan menyombong dengan orang. Hidup biar bermasyarakat dan saling tolong menolong. Kalau nak menyombong pegi duduk dekat air terjun dalam hutan yang masih belum diteroka lagi. Memang takda manusia kat situ, binatang adalah. Kalau korang sombong pun dorang pedulik hape kan~

4. Tindas orang
Biasanya benda ni akan berlaku dalam situasi dimana kita baru lagi dalam sesuatu perkara tu dan orang yang dah biasa dengan benda tu pulak tindas kita dengan alasan, kita ni orang baru. So, dorang boleh laa nak buli buli dan pijak pijak kepala kita. Hamboi, sukati je nak pijak kepala orang kan. Lepastu, sikit sikit nak buruk-burukkan kita. Kita ni lah, kita tu lah. Keja nak menindas jee ! JANGAN buat okay !

5. Curang
Haa, tetiba lak termasuk topik ni. hihi~ Yelah termasuk dalam kehidupan seharian jugak laa kan :P Okay, kepada sesiapa yang pernah curang. Bertaubatlah. Err~cam over lak tapi betul laa. Berubah laa sebab curang ni tak membawak kemana pun. What u gives, u get back. So, belajarlah untuk setia :) Lagipun, korang pun mesti taknak ditipu atau dicurangi kan? JANGAN curang.

Thats all for today. Setakat ni aku cuma up 5 je dulu sebab nak bagi banyak banyak pun nanti macam mengantok plak korang nak baca. hehe~ Aku harap apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak dapat laa bagi korang refresh balik apa yang korang dah buat atau nak buat :)



Thankyouu sudi baca. Till then jumpa lagi next entri :D



Like dan komen lah kalau suka :)

1 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Ayien Ocaca said...

SETUJU !!!!!!!