6 Kelebihan 'Single Mingle'




Salam 1 Malaysia !


Single lagi best ke couple lagi syiok? Haaa, semua tu ada kat tangan korang sebab korang je yang tahu, yang rasa kan? Jadi kat sini aku nak bagi 6 kelebihan dan kemanisan orang yang 'single mingle' ni :P Jangan lepas baca ni terus nak single plak, payah tuu~ Aku lak yang bersalah nanti hehe




1. Bebas dan berdikari


Kalau tetiba terasa nak membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, korang boleh buat apa je yang korang suka, sama ada nak tengok wayang romantik sorang sorang atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk membuat perkara yang diinginkan, korang jugak dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu. hehehehe *gelak jahat :P*


2. Jadi rakan yang baik


Sememangnya tanpa kekasih di sisi, korang mempunyai lebih banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Korang boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik. *kalau kawan korang pun single laa kan hoho*


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah


Mak dengan ayah korang mesti selalu rasa sunyi bila anak gadis dah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak dah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua mak ayah korang. Bukan tu je, korang jugak boleh tolong mak mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


# Trueeeeee >.<


4. Kaut keuntungan dengan part-time


Dengan banyak masa terluang, korang boleh buat part-time job. Bukan  je dapat duit lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. Mungkin korang bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama. Who knows kan? :P


5. Jimat kos


Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Korang boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, korang takpayah keluarkan bajet untuk hari hari spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.


6. Kurang beban tanggungjawab


Korang takpayah risau sama ada kawan kawan boyfriend sukakan korang ke tak. Korang jugak takpayah risau sama ada ibu bapa die mempunyai impresi positif terhadap korang. Dengan menjadi single, korang hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan korang dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend korang. Yeahh! Im freeee :3


# Are you single ?


Hehe, tu jela. Tapi lain orang lain pendapat kan? Ada sesetengah yang cakap single ni sunyi, macam forever alone gitewww. Tapi tu bukan masalah besar pun. Selagi kau ada family yang support yang sentiasa ada disisi, yeah, its not a big problem bro? Setakat takda bf takda gf tu alah sementara je pun. Tak matinya lahh kan? Korang yang aku kenal ni semuanya kuat kuat kan? hehe :)




Till then babe, thankyouu for reading. Jumpa lagi :)




*Nak tengok wayang, nak shoping, nak tu nak ni <-- typical woman -.-*

Comments

Unknown said…
Setuju sangat dengan point2 yang di-mentionkan! hehe. Single mmg best tapi bila dah lama sangat single, boring jugak. haha. But as for me, bila rasa dah ready nak kahwin, baru nak carik proper boyfriend! It's better that way kot kan? hehe.
hamzah ian said…
single dan tak single.. dua dua ada kelebihan kekurangan.. hehe
Cik Zety said…
e'eh abg hamzah ian komen kite hikhik. ye ye masing2 ada kekurangan dan kelebihan :) @hamzah ian
Cik Zety said…
setuju jugak dgn pendapat ain :) @Ain SSB
Cik Zety said…
yg mana yg betul tu ? hehe @farah
||aLeaSaRa|| said…
sewtuju!akak rasa pelik tgk budak zaman la ni baru je putus cinta..eh 'eh cepat lak jumpa pengganti.asalan : sebab bosan dan sunyi (uwekkk).

masa single tu lah blh memperbaiki diri,mendekatkan lagi diri dgn Allah ye tak ?
magnett said…
suke quote yg last skali tuh.HAHA.bangga. :P
safuraasali said…
I am single and I'm proud of it! :D
Unknown said…
single is better because allah jauh kan diri kite drpd maksiat

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

Me & Braces