ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, October 14, 2011

8 Perkara Yang Mampu Mencuit Hati Seorang PEREMPUAN :)


Salam semua pembaca setia Belog Cik Zety :P

Kita digalakkan berfikiran positif ye so bayangkan je yang kita ada pembaca setia even sorang dua je yang sudi jenguk belog usang ni. hehe~ 

8 perkara yang mencuit hati perempuan? Apakah itu? Korang rasa apa yang mampu mencuit hati kecil dan murni suci korang tu? Kepada lelaki entri ni khas untuk korang, tu pon kalau korang nak baca dan kalau korang setuju laa. Kalau tak setuju diam diam je ye :P Hehe, jadi lets cekidaud~

1. KEJUJURAN
Sikap ni amat penting bagi sesiapa pun tak kira laa lelaki ke pompuan ke. Biar jujur daripada hidup penuh dengan kepalsuan. Kalau dah kawen cakap je dah kawen pastu terpulang laa kat pompuan tu stil nak menggatal jugak dengan laki orang kan. Kalau yang couple jauh jauh ni kejujuran sangat dititikberatkan :)

2. AMBIL BERAT
Haa, cuba bagitau sapa yang tak suka lelaki yang caring? Mengambil berat ni bukan saja dekat diri kita yang gegurl ni tapi dekat family kita jugak serta orang yang rapat dengan kita sekali. Ni tak, nak caring dekat anak je, mak bapak tak pedulik langsung -.- Hampeh betuii~

3. PENYAYANG
Ada orang cakap, lelaki yang suka kucing ni penyayang orangnya. Hikhik~ Boleh laa try cari lelaki yang bela kucing berbelas belas ekor kompem dorang sangat penyayang dan berjiwa lembut. *bukan nyah okay* Plus, kucing ni kan binatang kesayangan nabi. Lelaki yang penyayang ni dah tentu tentu bukan kaki pukul, kaki baran. Tapi jangan pulak korang pijak kepala lelaki yang macam ni. 

# Aww~ Comel je lelaki dengan kucing :P

4. FUNNY-MAN
I like this :P Lelaki yang ala ala funny ni senang nak dibawak berborak atau ajak lepak. Sebab senang nak berkomunikasi laa pendek kata. Tapi jangan laa pulak sampai funny yang ke tahap loyar burok ape suma tu. Tu bukan mencuit ati tapi menjengkelkan okay. So, why so serious? Have fun je. Pompan tak suka sangat situasi yang tegang atau serius. Jadi belajarlah jadi seorang funny-man. Hehe~
# Takpayah laa pulak sampai kena jadi badut pulak kan -.-

5. MATANG
Yang ni pun perlu jugak. Jangan dah asyik nak berlawak je sampai time perlu serius dah tak reti nak serius pulak. Maksud aku, sometimes lelaki kena jadi matang untuk selesaikan something atau be matured dalam sesuatu situasi. So, korang boleh diharapkan if jadi something yang tak dijangka. Sebagai contoh : Tengah bincang pasal masa depan, takkan laa korang still nak jadi funny-man kan? Pikir logik laa~

# Amacam, serius tak muka wa?

6. BERDIKARI
Lelaki yang dilihat berdikari sangat sangat mempengaruhi pandangan seorang pompuan terhadap korang tau tak. Dalam erti kata lain, korang earn something tu dengan hasil titik peluh sendiri. Bukan harta mak bapak korang tapi berlagak macam harta sendiri. Hampeh punya laki. Korang memang jenis yang taknak bergantung dekat orang lain. Semuanya nak usaha sendiri. Well, thats a good behaviour dude :)

7. ALERT
Yang ni pun penting jugak. Be alert. Alert kat sini bermaksud korang peka terhadap benda benda sekeliling korang. Alert apa yang nak berlaku esok. Alert bila harijadi gf korang. Alert bila gf korang nak konvo dan semua benda yang perlu untuk alert. Time gf korang period tak perlu laa nak alert tetiap bulan pulak kan. Husband maybe perlu laa kot. Perempuan suka lelaki yang sentiasa alert ni :)

8. SIMPLE
Simple is perfect. Kata kata ni aku suka dan aku pegang. Bagi pompuan, lelaki yang simple ni ringkas dan sempoi. Simple bukan bermaksud selekeh okay. Kena paham kat situ. Simple dari segi pemikiran, simple dari segi pemakaian dan banyak benda lagi. Tapi jangan laa semua benda nak simple je. Macam ape pulak kan. As long as tak merumitkan. Being simple is sooo handsome for me laa :P
# Tengok ni simple je. Sedap mata memandang :P

Okay guys, 8 perkara ni atas ni adalah perkara yang aku letak secara rawak je. Tiada kaitan dengan sesiapa atau dengan mana mana blog. Pendapat dari hati penulis saja. No heart feeling okay ? :P


Jumpa lagi next entri :) *belog dah berubah wajah, makin matang sikit :P*



TATA :)







Like dan komen lah kalau suka :)

5 orang dah komen. Awak taknak ? :):

amierul hakim meo said...

saya rase sume ciri2 2 ade kat saya la.hahaha

Syahbinar Shuib said...

hehe..yaya, setuju dgn entry ni :)

YOUsoF said...

Like this entry this muchhhhhhhhh. ;D

Light Yagami said...

Hm...bagus entry2 ni tp mcm mn plak klu semua senarai kt atas tu masih ada dkt seseorg lelaki tetapi perempuan tu still xmenunjukkan respon yg positif kt lelaki tu?

eqa for short (: said...

cube tmbah satu lagi. SETIA.