ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Sunday, October 2, 2011

Aku benci lelaki murahan.


Happy Sunday peoples :)

Aku tengah geram sebenarnya ni. Tapi tu bukan bermakna aku tak boleh senyum kan? Okay, as usual, hari Ahad pun aku kerja sebab aku bukan keja gabemen. Tadi ontheway nak pergi keja. Masa tu aku tengah merempit bawak skuter ego aku yang tak berapa nak speed sangat laa.

Time tu kat traffic lite, warna hijau. Aku berusaha nak lepas tapi aku tak berjaya *padahal time tu oren still boleh lagi kan tapi orang berhemah camnilahh :P* Jadi, aku pun berhenti laa. Okay, dan lagi aku pakai baju kurung ye harini sebab ada kenduri kawen, senang nak pegi takpayah tukar baju.

# Apelah nasib kita Dol, bila nak ada awek ni ~

Tunggu punya tunggu punya tunggu kat traffic lite tu. Datang laa pulak beberapa ekor babun laut yang tak penah tengok pompuan kat traffic lite *pada firasat aku laa kan -.-* Dorang pun tergedik gedik la konon nak ngorat laa kan. Halamak, aku tak kesah pon laa kalau korang tak ngorat. Takda nya aku balik balik rumah nangis pastu post kat fb korang tanak ngorat aku. *geram*

# Hai, boleh ngorat? hukhuk~

Aku memang panas betol laa. Dahlaa tengah tunggu kat bawah panas matahari. Memang menggelegak jela kan. Mamat mamat tu pulak memang dekat betol dengan aku. Aku boleh nampak laa melalui cermin sisi kan. Haihh, lampu merah ni lama pulak memang buat aku tak sabar.

Aku diam je bila mamat mamat tu duk tegur tegur. Bila aku diam, di katanya sombong. Apelah masalah diorang sebenarnya. Diorang expect aku akan balas teguran diorang pastu tukar tukar nombor tepon ke hape ?? Pastu masa dah hijau, aku jalan laa, boleh plak diorang jalan seiring dengan aku. Aku dah mula risau dah. Tapi nasib baik jalan kitorang tak sama sebab aku belok cepat cepat. Lepas tu mamat mamat babun tu tergelak gelak macam orang tercekik kapur barus -.-

Point kat sini. Tolonglaa jangan jadi murah sangat. Okay fine, mungkin niat nak berkawan, nak kenal tapi itu bukan caranya. Mamat mamat yang suka guna khidmat cencorot pun aku tak berapa gemar. So, please ubah laa cara mengayat korang tu okay ? Semoga kita tak berjumpa lagi di jalanan ~


I geramm yuu ~ Tata.





Like dan komen lah kalau suka :)

3 orang dah komen. Awak taknak ? :):

ZACK ENTRY said...

kalau dieorang ikut lagi, langgar je dieorang tu..=P

Terbang Bersamaku said...

bahaya kn kalau ade org follow..nasib baik diaorg tak ape2 kn awk..take care ye..

anamizu said...

cik ana pon x suke yg jns suke suitt-suiitt bunyi cencorot gitu..nk ngorat pon biar la gentel kan?


luv,
cik ana.