Bukan senang nak senang :D


Salam dan hai kepada semua pembaca Belog Cik Zety :)

Korang mesti tahu kan aku kerja kat mana sekarang sebab aku ada update dalam entri ni so malam ni aku nak bagitau korang serba sedikit tugas tugas atau kerja yang aku buat kat sana.

Mula mula masuk haritu tak banyak kerja sangat pun cuma duduk duduk. Tunggu customer dan kemas kemas itu ini. Bila dah lama lama, aku belajar cara buat 'formal'. Haa, korang nak tahu tak apa itu formal?

Kalau korang nak tahu, sebelum buat cermin mata tu kena buat formal dulu yang ukuran nya sebijik sejibik dengan cermin asal. Agak agak korang paham tak? 

# Gambar hari pertama menunggu customer dengan pasrah -.-

# Haa ni lah formal ye adik adik. Yang warna biru tu :)

Okay, macam gambar kat atas tu yang warna biru tu adalah formal. Formal ni asalnya bentuk segi empat lepastu korang tekap ikut saiz dia serta ukuran yang tepat, then gunting ikut balik bentuk cermin yang asal. Cermin yang asal macam yang warna putih tu. Kenapa kena ikut balik yang asal? Sebab nak letak buat cermin yang ikut power mata korang laa kan. Macam yang putih kat atas tu kan takda power, just for display aje~ TAPI, bukan leh gunting macam gunting kertas je puan puan, formal tu keras lepas tu kena kikis bagi die smooth macam cermin asal tu :) *ingat senang ke nak kikis bagi die betul betul sama -.-*

# Sesi membentuk formal *ignore the leg with selipar :P*

# Ni lahh meja wa tetiap hari mesti serabut punya -.-

# Standard arhh duk seseorang 
pastu tangkap gambar semata nak masuk blog. puihh~

Lepastu, bila formal dah siap, kenalah try masuk balik dalam bingkai die. Padan ke tak atau muat ke tak. Ni lah yang problemnya, kalau terlebih kikis dah tentulah masuk bingkai pastu tak fit kan, dah kena buat semula *setakat ni tak penah laa* Dan kalau tak cukup kikis pulak, dah tentulaa tak muat dan kikis laa sampai lebam~

Huhu, itu setle bab formal. Pastu aku ada jugak belajar check power dekat cermin mata. Ada laa mesin tu macam dalam gambar meja kat atas tu yang macam microscope tu haa. Aku dah boleh laa guna sikit sikit. hihi~

Pastu kat sini keja aku asik makan je. Hehe, tapi setakat ni okay lah. Boleh laa lagipun dekat dengan rumah aku so senang kalau ada apa apa :) Dan kat sini jugak banyak orang banyak ragam aku dah jumpa. Orang lelaki gatal merenyam tak sedar diri padahal dah beristeri ada, kakak kakak yang nak murah je manjang tapi pilih yang branded pon ada, makcik cerewet pon ada, bak kata Astro, macam macam ada lah. hehe~

# Tu nampak apek tua tengah online tu? Ngadap laptop je keja~hoho

# Nilah muka kalau tengah bosan memang macam macam. HAHA

Yang penting, aku dapat kutip pengalaman kat sini. Dan kawan kawan pon okay semuanya. Doakan yang terbaik untuk aku ye :)

*Kontes Siapa Follower Bertuah Belog Cik Zety akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 10 :) [ate nak buat cemane kalau takda sape yang sudi ngejoin~huu]






Comments

merahitujambu said…
awk rabun power bapa..sy pon si pemakai lens mahu pon kaca mata..
anamizu said…
errr nk kene betol2 fokus nk kikir tu..buat leklok ye zety ;)


luv,
cik ana.

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces