ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Saturday, October 29, 2011

Kawen muda gatal ke ?


Hi and salam peeps :)

Thankyou kepada follower yang ke 606 sebab sudi follow belog comot yang tak seberapa ni :)

Well, harini topik utama untuk diperkatakan adalah nak tanya pendapat korang tentang isu BERKAHWIN AWAL. Means, umur baru 14 dah nak kawen. Eh? Tak tak umur baru 18 19 dah nak kawen. First of all, ini adalah satu sesi bertanya pendapat bukan statement okay? 

Jadi, kalau korang perasanlah kan, memang dah banyak sekarang ni, pasangan yang berkahwin awal dan sampai satu masa, aku terbaca dalam paper, pasangan muda berkahwin awal punca perceraian. Is it trueee guys? Thats why aku nak tahuu pendapat korang.

Mostly orang yang aku tanya (orang muda) tentang isu kawen awal ni diorang cakap bagus untuk elakkan maksiat. Plus, dalam Islam sendiri menggalakkan kawen awal ni. Itu aku setuju tapi bila fikir balik takkan kawen sebab nak elak maksiat je? Means takkan sebab NAFSU weh? 

# Courtesy from Google

Top of that, korang takda sisi kewangan yang cukup. Pengetahuan yang sekadar sekadar je. But then korang nak kawen. So macam mana tu? Dulu aku ada jugak belajar tentang kawen yang mana ada tahap wajib kawen, harus kawen, dan haram kawen. Bagi pendapat aku, TAK SALAH kawen awal selagi dah memenuhi syarat syarat untuk berkahwin.

Lagipun, kawen awal ni memang dapat mengajar kita erti tanggungjawab *tu pon kalau nak bertanggungjawab la kan* sebab lately pon dah banyak kes anak luar nikah dan buang bayi. Daripada buat perkara perkara macam tu, lebih baik la bernikah dan jalani hidup yang halal.

# Nak cincin simple je boleh?

TAPI, ada tapi ye, banyak pihak lelaki yang merungut nak kawen tapi adat menghalang. Means, kena buat kenduri 3 hari 2 malam, hantaran 15 berbalas 20, baju tempah taknak sewa, dan macam macam lagi. Yang nak kawen anak, tapi mak ayah yang lebih sudu dari kuah. Aku pun tak tahu nak komen apa bab ni sebab tak semua orang macam tu. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Ada yang jenis lebihkan hukum. Pentingkan akad nikah, ijabkabul daripada kenduri kendara, hantaran apa semua. Terpulang kepada masing masing. Yang penting, benda yang wajib didahulukan. So kawan kawan, apa pendapat korang? Bila nak kawen? 


Itu saja untuk hari ini. Bulan November ni 2 orang kawan aku nak kawen. Nanti yang lain sibuk lah tanya, 'Eh kau bila lagi, tak elok bercinta lama lama'. Aku jawab senang je, 'Kalau tolong sponsor bulan depan terus kenduri' :) 


Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi next entri :)




Like dan komen lah kalau suka :)

5 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Miss Kagimoto said...

entry best !
nak kawen bile idop sndri dh stabil..hehe

jom bace entry miya :)

http://giragiraromantic.blogspot.com/2011/10/saturday-with-manga.html

RJ said...

erm yg kata gatal tu, tak igt semuanya Allah dah aturkan. Knp jd penceraian tu punca dr diri sndiri, kalau nk kata xmtg, ada org tua umur 50thn pn xmtg. Everything is come from us and all happen krn ujianNYA :)

idea semulajadi said...

kalo boleh skrg pun sy nk kawen da~~
tp tu la,
faktor utama kewangan~
mmg boleh kalo nk lebihkan hukum,
cuma kene berdepan dgn byk mulut2 family la lepas tu~
hehe~
pinjam la ayt "kalo tlg sponser bulan dpn trus knduri" tu, boleh pkai ayt nie~

Azzah said...

kalau dah bersedia,tak salah cuma kawen ni perlu komitmen dan kewangan kukuh

anamizu said...

cik ana ni kalo financial stabil konfem kawen je dah..x kire la mude sgt ke x ke..hehe




luv,
cik ana