Tips Menaikkan Berat Badan
Salam :)
Ada orang yang kurus tak kat sini? Atau mereka yang sering mendapat gelaran 'tiang', 'tulang', 'papan' dan sebagainya. hehe~ Kat sini aku nak berkongsi tips untuk menaikkan berat badan korang supaya jadi berisi sikit. Bukan gemuk okay :)
Well, cara nak tambah berat badan ni bukan perkara yang susah as long as kita ada keinginan, disiplin dan tahu cara yang betul. Ada sesetengah daripada kita yang makan supplemen tambahan semata mata tapi cara yang betul bergantung kepada 3 perkara :
- Nutrition
- Training
- Supplements
Nutrition
Samada nak tambahkan atau kurangkan berat badan, kita tetap perlu makan 5-6 hidangan sehari. Tapi kena make sure seimbang lah :) Ratio kalori yang disarankan adalah 50:35:15 (lebih kurang). Yang penting kena makan lah okay? Bukannya berlapar sebab nak kurus -.-
Training
Menjalani latihan atau exercise sememangnya perlu dalam kehidupan seharian bukan sahaja membantu untuk menambah berat badan, mempercepatkan metabolisma malah menjadikan tubuh lebih sihat dan tegap.*bukan tegap cam badan ketak ketak tu, tapi FIT* Jadi kenalah berlatih untuk jangka masa yang panjang dan bukan 2-4 bulan sahaja. Jangan lah hangat hangat tahi ayam. Dapatkan badan yang sihat dan cantik dengan bersenam :)
Supplements
Makanan tambahan macam vitamin, susu, dan macam macam lagi adalah sangat berguna kepada kita dan boleh dijadikan sebagai diet jugak. Tak perlu berlapar tapi makan supplement ni korang akan dapat tenaga tambahan untuk aktiviti harian. Ada yang makan supplement itu laa ini laa tapi nasi tak makan. Tak guna jugak adik oii~ Kena jaga makan jugak :)
Kalau korang perasan lah kan, atlet atlet negara kita badan semua cantik cantik, fit jee~ Haa, sebab dorang makan makanan yang berkhasiat, tak skip meal, selalu bersenam dan amek supplemen :) Jadi tunggu ape lagi? Takpayah nak beli minuman kurus ke, pil kurus ke, bengkung ajaib ke. Just do this 3 step. Mudah dan menjimatkan masa :) Plus, takpayah berlapar.
Well, goodluck guys :) Baiibaii ~
NOTE:
*Jangan suka makan junkfood, its not good, badan nak pakai lama kan :P*
Comments
Terima kasih ye, memang tengah mencari tips nak tambah berat badan pun.
Ada masalah bab training je la, tak dapat konsisten sangat. Tapi tak pe asalkan niat tu terus membara.. kan. hehe
Thank you for the tips Zety! :)
New Entry : 5 Soalan Yang Boleh Merosakkan Perhubungan