Ada apa dengan 11 ?

Source : Takkesah.tumblr

Salam semua umat manusia :)

Harini 11.11.11 so what peeps? Adakah hari ni korang akan dapat less 99% on sale? or dapat call percuma sepanjang hari? Kalau birthday korang harini mungkin la dapat call free kan. Tapi itu cuma nombor. Sekadar tarikh yang memang dah ditetapkan. 

Kalau korang cakap, hari ni istimewa sebab hari ni adalah hari Jumaat penghulu segala hari, memang no doubt la kan its special. Sebab Jumaat memang hari yang mulia atas beberapa perkara. Antaranya :
  • Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
  • Nabi Yusof dan Zulaiha
  • Nabi Musa dengan Safura binti Syuaib
  • Rasulullah SAW dengan Khadijah
  • Rasulullah dengan Siti Aisyah
  • Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Al Zahra
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: 
Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

So, korang patut tahu tentang kelebihan hari Jumaat daripada korang duk merepek meraban tentang tarikh yang kononnya sangat istimewa. Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya :
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Jadi kawan kawan sekalian, renung-renungkan lah dan amalkan lah sebaiknya. Insyaallah semoga kita menjadi insan yang lebih baik untuk masa depan :)

Terima kasih sudi baca dan jumpa lagi next entri.

#Harini encik boyfie nak datang jumpa aku. Semoga selamat dalam perjalanan. Amin :)

Comments

Marya Hana said…
11.11.11 ...

"Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11. KREDIT TO salah sorang fans Ubola... Semoga ia menjadi panduan dan peringatan buat kita. "

nice entry , keep it up ^^
ramai yg tgu2 tarikh ne.. sb nk bt tarihk istimewa.. pd sya semua tarikh adlah istimewa.. dan sebaik-baik hari adalah hari jumaat.. allahuakbar
budak penjara said…
nnti tunggu 12/12/12 plak..13/13/13 dh x de..hehe

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces