ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Wednesday, November 9, 2011

Kenapa masih tak bersyukur ?


Salam peeps :)

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun baru dah pun. Sekarang November, tup tup nanti dah masuk Disember. Cepatnya masa berlalu. Semakin hari umur semakin meningkat satu hari.

Tadi bukak Facebook, tengok dekat wall feed, ternampak satu status kawan yang agak menarik dan terus datang idea nak buat entri kali ni. Plus, baca pulak new entri dari Maria Elena boleh digabungkan :)

Renungkan :)

Aku setuju sangat dengan status beliau. Well, tak dinafikan aku pon kadang kadang pernah jadi dalam situasi diatas. Tengok someone yang nampak macam ada kehidupan yang perfect, hidup senang, keluarga bahagia, akademik cemerlang, dan aku pun mula membandingkan diri dengan someone tu. Padahal, Ya Allah, berdosanya aku sebab tak bersyukur T.T

Macam Maria Elena cakap dalam entri beliau yang terbaru, Case Compare dan Complain, it's time to stop comparing and complaining. Tak dinafikan jugak kita sebagai manusia memang takkan pernah puas. Well, kalau korang tengok orang kaya pun still kerja kuat pagi petang siang malam nak cari duit even duit dalam bank berkepok kan?

The point is, macam status kat atas tu lah. Kita beriya-iya nak jadi macam someone else yang perfect-lah-sangat tu tanpa kita sedari yang beribu-ribu orang lain nak jadi macam kita. Nak berada ditempat kita. As example :
  • Kita jeles tengok orang kulit flawless gilerrr, siap pakai SKII lagi tapi kita tak sedar orang yang cacat anggota badan tu sangat sangat menginginkan tubuh badan sempurna macam kita.
  • Kita jeles tengok orang bawak kereta BMW padahal kita tak sedar, orang yang tak mampu nak beli kereta tu kalau dapat basikal pun dah bersyukur sangat.
  • Kita jeles tengok orang ada boyfren hensem, kaya, pandai padahal orang lain mengimpikan boyfren korang yang cukup sempurna dimata diorang.
  • Kita jeles tengok orang lain makan dekat hotel hotel, cafe mahal padahal orang-orang yang kebuluran kat luar tu sangat bersyukur kalau dapat makan sekeping roti yang korang buang-buang tu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Bersyukurlah apa adanya ~

Banyak lagi yang boleh dijadikan contoh. Tapi kalau korang fikir-fikir balik, takda siapa yang sempurna dalam dunia ni so korang jangan anggap someone tu sangat bertuah, sangat perfect if diorang ada semua benda yang korang inginkan sebab kita tak tahu kehidupan diorang yang sebenar.

Ada yang luaran nampak happy, nampak bahagia tapi sebenarnya diorang tak sebahagia tu. Jadi bersyukurlah dengan apa yang korang ada. Bertuahlah sebab kita dapat duduk dekat negara yang aman, yang korang boleh pegi mana-mana tanpa halangan. Bersyukurlah korang ada family, ada kawan-kawan, dan yang tersayang sebelum korang kehilangannya.


Hidup hanya pinjaman, bersyukurlah dengan apa yang ada :)


Terima kasih sudi baca, buibui ~



Like dan komen lah kalau suka :)

3 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Ku Azhar said...

waa...gud2!! ku bersyukur dgn ape yg ade :) tq ingatkan :)

Gadis Misteri said...

yup, kdg2 mmg ada terfikir camtu..

feza said...

manusia memang tak pernah puas.