ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Wednesday, November 16, 2011

Masa muda muda dulu :P


Salam semua :)

Tadi masa godek-godek almari dalam bilik abah, aku terjumpa album gambar yang lama-lama. Hehe~ Kalau tengok album gambar lama mesti akan tersenyum sorang-sorang. Sebab apa? Sebab dengan spontan akan teringat balik peristiwa atau memori gambar tu.

Untuk pengetahuan korang, time sekolah dulu, aku bukan dalam kategori budak-budak hot yang kapel dengan budak sukan ke kapel dengan anak cikgu ke atau apa-apalah tapi aku hanya seorang budak nerd yang pandai bergaul dengan budak kelas sendiri je, dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, aku tak pernah tukar kelas. Huhu~

Dan lagi, dulu aku tak cantek pun, muka banyak jerawat pastu selalu kena ejek-ejek. Okay fine. Dah macam sedih pulak kisah zaman sekolah aku ek? tapi takde sedih mana pun, aku happy dengan kawan-kawan aku dan bangga dengan keputusan SPM aku walaupun takdelah hebat mana.




Macam gambar kat atas ni. Hehe, time ni umur 16 ke 17 tahun lau tak silap. Muka memang sangat bermasalah. Sabar jelah. Bila terjumpa balik gambar ni, rindu pulak kenangan sekolah dulu. Tapi memang sentap weh, asyik kena ejek pasal jerawat lah, itam lah. Okay fine, aku memang tak cantik tapi tak effect korang pun kan :( Bajet sedih hehe~

Tapi, lama kelamaan, semua manusia akan berubah kan? So, aku pun kenalah berubah tapi mestilah berubah ke arah yang lebih baik. Untuk masalah muka berjerawat ni, sejak aku guna SAFI GAMAT yang warna biru tu, muka aku makin okay :) Sebelum ni aku ada jugak Clean & Clear, okay jugak tapi mahal sikit daripada Safi. Kalau ada benda yang lagi murah tapi kualiti sama bagus, baik amek yang murah ye dak? :P

Sekarang, muka aku da makin kurang dengan masalah jerawat ni. Alhamdulillah, bersyukur sangat tapi kadang-kadang naik jugak time nak datang bulan tu kan, tapi tak seteruk dulu la. Kalau korang nak cuba try hilangkan masalah jerawat ni boleh laa try Safi Gamat tapi kulit seseorang tak sama.



So, this is me now. Huhu~ Gambar pasport aku bagi. Tapi, walaupun muka da kurang masalah jerawat still tetap kena jaga kan? Huhu :)

Thanks sudi baca. Jumpa lagi nanti~



Like dan komen lah kalau suka :)

11 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Ezy Chiaki said...

dulu comel..
skrg dh cantek..
=)

SoLy SoLicious said...

lebih kurang je kite.. lps guna safi gamat ok la.. tp skg dh xstop gune...gune jnme lain lak..heee

♥ MRS ZACKS ♥ said...

mkin besar mkin cntik :)))

Gadis Misteri said...

biasalah.. zaman awal remaja kita semua pernah ada masalah kulit..

Cik Zety said...

huhuu, biase2 je wak :P @Ezy Chiaki

Cik Zety said...

tu lah. ikut keselesaan laa :) @SoLy SoLicious

Cik Zety said...

auchh. hehhe tq :P @♥ MRS ZACKS ♥

Cik Zety said...

tak jugak. ada yg mmg natural muka jenis xbermasalah. licin je muka die. @Gadis Misteri

Anith Hanisah said...

puyoo...mkn cantik pulak akq nie xD

Ain SSB said...

Sekarang Zety hott! ;)

Laila Majid said...

dulu muda-muda tak pandai lagi

sekarang bukan tak muda tp dah matang

cantik :)