ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, November 7, 2011

Segmen : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan


Salam semua :)

Harini nak join segmen dari Fizgraphic pulak. Sebab segmen dia cambest je kan. hehe. Lagipun, Gadis Misteri pun dah tag aku, so memang berminat nak join lah. Jom kita tengok apa syarat-syaratnya :)

korang wajib tengok SINISINI dan SINI dulu..
1. Buat ENTRY bertajuk : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan
2. Pilih la gambar doodle yang korang suka kat belog beliau..dan link kan ke entry nie supaya blogger lain dapat tahu jugak..
3. nyatakan 5 hingga 10 sifat/ciri/perangai lelaki yang jadi pilihan korang selama ini..
4. korang tag 3-5 kawan blogger korang..
5. tinggalkan link entry korang kat ruangan komen..

 

Lelaki Idaman Aku

1. Bertanggungjawab
Dah nama pun lelaki mestilah kena pandai jaga tanggungjawab. Bila dia dah bertanggungjawab mesti dia tahu macam mana nak jaga diri dia dan pasangan. hehehe~

2. Kelakar & penyayang
Aku suka lelaki yang ada sense of humor. Takdalah serius manjang. Bukan loyar burok okay? Dan dah tentulah yang penyayang. Lelaki penyayang ni mesti seorang yang berhati lembut dan tak kuat ego :P

3. Pandai masak
Haa, ni adalah bonus kalau dapat lah kan. Lelaki yang pandai masak adalah sangat menawan ni mata aku. Yelah, kalau apa-apa die akan masakkan kita sumting special. Just for me. WAHH~ Melting~ :O

4. Suka melancong
Aku suka melancong so kalau dapat lelaki yang suka melancong dan pandai serba serbi tentang pelancongan ni alangkah indahnya. Cakap je nak pegi mana dia akan bawakkan :3

5. Tak pandai marah tapi tegas
Ye, aku tak suka lelaki yang panas baran @ garang. Sangat tak suka. So kalau boleh nak lelaki yang tak pandai marah tapi janganlah tak marah langsung. Kalau boleh ada sedikit ketegasan.

6. Suka senyum
Hehe, yang ni pun aku suka. Suka tengok lelaki yang senyum manis je. Lagi lagi bila tengok lelaki malu dan tersenyum. Ohh, sweet weh~

Okay, sampai 6 jelah aku bagi. Kang bagi bebanyak kang demand lak. Hehe~ Tapi semua tu cuma impian je. Bagi aku tak semua yang kita nak, kita akan dapat dan ada kata pepatah, Tuhan takkan bagi apa yang kita nak, tapi Dia bagi apa yang kita perlukan :)

So, aku nak tag :

  • Faramyza
  • Ain SSB
  • Marya Hana
DONE! 





Like dan komen lah kalau suka :)

7 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Marya Hana said...

tq2 =) nnt kalau ade mase, i buat..
pasal lelaki idaman ye.. hurm.. hehe

Cik Eka said...

ermmm bestnyer kalau dapat lelaki yg macam zety cakap..

hehehehehehe

Cik Eka said...

tapi biasalah kan,apa yang kita nak tu bukan semua kita dapat...kan

hehehe

Cik Eka said...

tapi biasalah kan,apa yang kita nak tu bukan semua kita dapat...kan

hehehe

Eida Arina said...

saya dtg dri segmen yg sama..nice to meet you :)

saya sokong sume2 ciri lelaki idaman awk :)

Ain SSB said...

Aww comelnya doodle tu!! InsyaAllah nnt Ain buat ni! Terima kasih tag Ain! hehe.

IeDa said...

semoga menemui lelaki itu!