Tips Temuduga
Salam semua!
Harini aku nak share something yang berguna jugak lah untuk korang yang sedang mencari kerja. Apa yang aku nak share ni adalah berdasarkan dari pengalaman aku sendiri :)
Walaupun aku belum dapat lagi jawapan daripada tempat yang aku mohon tu. Tapi aku nak share jugak apa yang dah aku lalui dengan korang semua. Mana tahu, boleh tolong korang sikit sikit ke :)
Etika Berpakaian
Lelaki
- Pakailah kemeja yang bergosok, siap dengan tali leher semua.
- Kasut biar kasut yang berkilat tu. Ala, kasut kerja pejabat tu lah.
- Rambut biar kemas, bersikat dan kalau boleh sapu gel sikit baru nampak macam fresh giteww~
- Muka biar yakin sikit walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu. Ekspressi muka penting !
- Pakai warna-warna lembut dan corak yang tak keterlaluan. Padanan tali leher dengan warna baju pun penting.
Perempuan
- Baju jangan pakai over macam nak masuk Pertandingan Ratu Kebaya. Less is more~
- Make-up jangan over sangat. Perfume pon jangan sembur banyak sangat. Pengsan panel tu nanti -.-
- Makesure pakaian yang dipakai memudahkan anda bergerak. Takdalah terkepit kepit sebab sendat sangat~
- Tudung makesure dipakai dengan kemas. Kalau nak pakai shawl yang berfesyen makesure nampak kemas tak nampak sarat dan serabut. Rimas menengoknya -.-
- Kasut seeloknya kasut bertutuplah. Tapi jangan pulak pakai kasut ala ala Crocs yang getah tu~
Tips temuduga
- Pastikan dah study tentang jawatan yang dipohon. At least studylah deskripsi tugasan jawatan tu. Contohnya : Pembantu tadbir tugasnya lebih kepada perkeranian, uruskan dokumen, merekodkan fail dan sebagainya.
- Amek tahu pasal isu semasa. Walaupun korang jenis yang memang susah nak baca paper nak dengar berita tapi time korang nak kena intebiu tu, gagahkan lah diri korang untuk amek tahu semua tu. Amek tahu sikit yang penting penting pon takpe. Atleast tahu jugak.
- Bersedia dengan soalan-soalan tak dijangka. Contoh macam aku : Buku terakhir yang dibaca. Haa, memang terkulai la kat situ tapi aku jawab jugak. Padahal duk mengadap internat doplohpatjam~
- Jaga tatatertib masa kena intebiu. Duduk tegak. Tangan jangan letak atas meja. Eyecontact jaga dan suara kena kuat sikit.
- Kalau taktahu nak jawab soalan yang diberikan. Cakap terus terang, 'Maaf tuan panel, saya tak pasti' dan jangan memandai nak jawab jugak siap menipu lagi pastu tah jadi apetah. Jujur je senang cerita. Jangan terlalu jujur plak -.-''
- Jangan terlalu yakin masa menjawab. Kira macam jangan tunjuk bagus sangat walaupun kau memang pakarlah. Jawab soalan secara bersederhana. Tapi suara mesti nampakkan keyakinan. Paham tak apa aku cakap ni ??
- Panel penemuduga ni just nak uji daya komunikasi korang je. Aku pon takda lah hebat sangat tapi aku akan makesure kan yang aku jawab semua soalan yang ditanya. Itu penting sebab takkan korang masuk bilik tu pastu pandang sekeliling dan diam.
- Study pasal tempat kerja yang korang mintak tu. Nak temuduga memang kena banyak study ye kawan kawan :)
Okay guys. Itu sahaja yang boleh aku kongsikan. Tapi kalau temuduga kerja kerajaan memang ramai yang apply so berserah pada takdir. Kalau ada rezeki kita akan dapat jugak. Tapi kena lah berusaha jugak, buat yang terbaik. Doakan aku dapat ye kerja yang aku apply ni ? Insyaallah semoga ada rezeki aku kat sana :)
Goodluck kepada yang nak temuduga~
Thanks for reading. See you soon :)
Baibai~
Comments
jom join contest...
http://hawaahmady92.blogspot.com/2011/11/contest-apa-benda-tu-part-1.html
Kalau nak tau sumber-sumber yang dapat memantapkan lagi persediaan kita untuk menghadiri temuduga, bolehlah juga layari laman web ini
http://hafizlidin.jomniaga.com/go/kamarul68
memang banyak yg kena study..
tudung pun kena tudung bawal..tu tips paling penting bila dah tanya org yg senior..
takut dan debar jugak ni..hehehe
luv,
cik ana