Apa yang menarik di Kelantan ?
Assalamualaikum :)
Penat baru balik dari Kelantan tak abis lagi tapi tetap nak update jugak. Hihi~ Perjalanan bermula hari Jumaat, dan Isnin baru sampai dekat rumah. Penat sangat tapi best sebab dapat berjalan kat tempat orang :)
Sepanjang kat Kelantan, sempat pergi Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dengan Rantau Panjang jee. Tu pon Rantau panjang tak sempat nak pusing habis sebab HUJAN~
Dan macam-macam jugak lahh barang yang mama sempat borong kan. Yang bestnya kali ni sebab opah pun ikot sama. So termasuk kereta abah, ada 2 lah kereta yang berjalan ke Kelantan. Kain pasang, keropok, anak patung semuaaaa dorang borong. Aku adalah beli sikit-sikit jee. Hehe, dan yang aku paling suka, kuih yang kat atas tu. Kuih akok namanya. First time makan, sedap okay!
Lagi satu, ada satu kedai makan ni, memang ramai orang makan tengahari kat sini. Aku dengan family pon tak terkecuali jugak nak try makan kat kedai ni. Nama kedai ni Restoran Nasi Ulam Cikgu dan yang uniknya ianya terletak kat dalam Kompleks Kraftangan. Memang SEDAP! Dan yang paling penting, MURAH sangat! Memang wajib pergi lah kalau korang nak berjalan ke Kelantan :)
Kiranya, percutian kali ni memang best dan lepas ni hajat hati nak ke Pulau Perhentian pulak. Ada siapa yang pernah pergi? Boleh laa bagitau apa yang best kat sana hehe :)
Terima kasih sudi baca :)
Comments
stahun skali balik gak sana..