ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, December 2, 2011

Buat malu je weh -.-''


Assalamualaikum bloggers :)


Korang pernah tengok tak iklan pelangsingan badan yang konon-konon tunjuk badan dah langsing dan dah cantik jelita macam model pakaian dalam? Aku tak paham betul lah. Alah, korang sendiri mesti pernah tengok sebab dalam paper berlambak-lambak dok gambar dorang tayang badan yang 'cantik' =.='




Okay, pertama sekali aku bukan nak kutuk atau jeles ke hape badan dorang marvelous kan~ Cuma aku nak tahu apa pendapat korang, perlu ke sampai macam ni kalau nak bagi testimonial sekali pun. Kadang tu, aku tengok gambar sebelum rawatan tu pakai tudung, gambar selepas dah togel dah dengan pakai baju ketat macam tu -.- SUMPAH geli weh~

Yang paling aku tak boleh terima korang tu pakai tudung tapi macam berbogel pastu boleh plak duk tayang body kat paper. Kat mana maruah korang :( Okay fine, aku pon tak sempurna mana nak cakap orang lain macam tu tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak elakkan benda-benda macam ni berlaku. Siyesly, aku tak suka. Even aku tak kenal pon dorang, but still aku perempuan dan diorang pun perempuan. Tolong jangan eksploitasi perempuan sampai macam tu. Banyak lagi cara lain kot nak tunjuk yang produk pelangsingan tu betul-betul berkesan.

Kadang-kadang sampai adik aku yang kecik pon tanya, nape dia pakai camni kakak? Then, aku nak kena jawab ape ek? =.=


#Si kecik ni memang sangat suka bertanya -.-''


Terima kasih sudi baca :)




Like dan komen lah kalau suka :)

27 orang dah komen. Awak taknak ? :):

nasyabella said...

baik takyah pakai ape2 =='

merahitujambu said...

kan..kan..susah nk jawap soalan cmtu..dh laa budak2 ty..jawap bertubi2 soalan lagi..=_+

haney said...

kalau adek u tanya: ckp la depa tak cukup duit nk beli kaen. hahhaah

Zakaria's daughter said...

haha, betul2 -.-''
before treatment , kemain dgn pakaian tutup litup. ble dah slim , hamek kau sume nak tunjuk >_<
banggee letteww.

Marya Hana said...

menampakkan susuk tubuh .. (T.T)

laskar pelangi said...

tau takpe. buat sakit mata jer kan?

Cik Zety said...

memang nmpk terang-terangan susuk tubuh dorang yg 'langsing' tu kan -.-@nasyabella

Cik Zety said...

haha tawuu xpe. budak2 paham jela kan -.-''@merahitujambu

Cik Zety said...

hahaha, kang die tnya lagi bukan dorg kayee ke -.-''@haney

Cik Zety said...

nama pon manusia kan ~@Zakaria's daughter

Cik Zety said...

yup, sedih je kan. taw la badan hott~@Marya Hana

Cik Zety said...

yup-yup -.- @laskar pelangi

idea semulajadi said...

sebab tu la pemakaian legging dan inner ketat tu haram~
sebab bukannye menutup aurat tetapi membalut aurat dan masih boleh kelihatan bentuk susuk tubuh~
tp skang memang ramai popuan suke pkai legging~
memang la nmpk cntik da sebab nmpk bentuk~
hmm~~ sedey tgk zaman skang~

Cik Cempaka said...

dia teringin nak tayang la tu...

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

2 la kdg2 heran tgok.. masa bdan tembam bagai buleh plak nak tutup tp bila da kurus yg dulu pkai tdung trus tak pkai tdung da.... erm..ermmm.ermm

budak penjara said...

ak lagi menyampah tengok orang pakai tudung, tp rambut kt belakang tu sengaja di panjangkan melebih tudung..mmg sial je klu tengok

anamizu said...

aah budak2 kecik mmg sllu bg soklan yg mencabar minda nk jwb =P

euuuuww napela drg sggup pakai gitu kan zety =.='





luv,
cik ana

Ezzattie said...

ezzat pun baru bincang pasai bende ni dgn kakak ari tue. haha.

my sis kata baju yang diorang pakai ni dah memang disediakan oleh syarikat tu untuk buat testimonial.
tapi even cmtu, diorang ada hak jugak untuk mmbantah kan.

tahpape tayang body,erk. act, ezzat pun tak suka tgok iklan promo macam ni. nyampah.

naim said...

berat nanang.

manusia makin akhir zaman..

jom baca;
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/12/bukan-mudah-memahami-satu-perjuangan.html

mika hakkinen said...

baik dia yg gemorkk dulu.. xpakai legging tuh.. hahahaha malu ker cina jer.. :))~

Qqseh NuriQq said...

tqk pqyqh pqkqi bqju lqgi bqgus k0t,,,

yura said...

bangge dengan bende y sementare

Anonymous said...

hmm harap cik zetty next time blur kan lah muka mereka itu...kerana secara tak langsung anda sedang mengaibkan mereka walaupun dalam keadaan mereka macam tu..kalau kita jaga keaiban orang maka ALLAH akan jaga keaiban kita sendiri..takkisah la walau org dah salu nmpk diorang tp lebih wajar jika di blurkan wajah mereka wallahualam..

Anonymous said...

Harap tv kurangkan iklan seksis....mahupun kejang anjal tegang cuba payuda....kalau boleh tak mahu yang macam napkin bayi..iklan modes la.....goli den

mamaeyla said...

yelahkann,..dh pki cmtu..siap posing maut lg..sy ank 4 lg jenuh nk alihkan pndgan..smpi yg kecik umur 4twun pun ckp.."dia xmalu ke mama"..lg best bila ank2 kecil tngok pic dorg tu n ckp "dorg ni xtakut Allah ke?"..

mushroom farah said...

tengok dekat tv3 rancngn pelangsingn badan tu dah lew..mak aii,seksi benor walaupun pakai tdng..x suka rncngn tu..memalukan jew..astagfirullah...

Anonymous said...

mungkin awak kena jumpa saya kot