ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, December 30, 2011

Imbasan 2011





Assalamualaikum,


Source : Takkesah.tumblr

Well, nampaknya kita dah pun sampai ke penghujungnya. Diam tak diam, dah nak masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik, setahun dah berlalu dan datang setahun lagi.


Manusia datang dan pergi. Umur semakin berganda. Dunia semakin berubah. Semoga masih ada hari esok untuk aku, kau dan mereka semua. Tuhan, semoga aku diberi peluang nikmat berkeluarga.

Apa azam korang tahun depan? Masih cuba nak menyempurnakan azam-azam yang lepas? Bagi aku tak perlu berazam tapi lakukan yang terbaik untuk semua itu sudah cukup.

2011.

Banyak suka duka yang berlaku sepanjang tahun. Tahun 2011, aku tamat belajar. Tahun 2011 tahun berpisah dengan teman-teman seperjuangan. Tahun 2011 tahun mencari kematangan. Banyak yang perlu dikenang dan banyak juga yang perlu dilupakan.

2012.

Semoga tahun 2012 akan memberi kejayaan kepada aku. Semoga tahun 2012, semua yang diimpikan akan tercapai. Even bukan semua, atleast aku akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya. Semoga aku semakin matang dan lebih berani.

Untuk belog pulak, semoga tahun 2012 aku boleh dapatkan 2012 tulang belakang? Semoga belog akan lebih berinfomasi dan lebih bermanfaat. Semoga dapat memperbaiki doodles dan dapat lebih banyak tempahan. Semoga boleh cashout Nuffy, huhu. Dan semoga lebih banyak pembaca setia belog ini. PALING PENTING, semoga aku sentiasa rajin untuk update belog. Atleast satu hari satu entri :) Insyaallah~


After all, 


SELAMAT DATANG 2012,
SEMOGA KEDATANGANMU MEMBAWA SEJUTA SINAR KEBAHAGIAAN :)


Thankyouu sudi baca. Lain kali singgah lagi~



Like dan komen lah kalau suka :)

5 orang dah komen. Awak taknak ? :):

si robot comel said...

moga tahun baru ni lebih bermakna,selamat tahun baru :)

neeys reen said...

Semoga tahun baru ini akan membawa kepada kehidupan yg lebih baik :)

Marya Hana said...

pejam celik pejam celik, 2012. yeah !

Ain SSB said...

Selamat tahun baru Zety! <3

Engku Sofea said...

selamat tahun baru :) btw dua tone tu ada dua colour :)