Terkadang aku lupa.
Aku manusia biasa Kadang-kadang terlupa, aku ada segalanya. Aku ada keluarga yang menyayangi aku apa adanya. Aku punya teman yang bisa membuat aku tersenyum dan juga menangis . Aku ada dia yang memahami kerenah ragam aku .
Kadang aku terfikir, kenapa aku terlupa. Kenapa aku masih aku yang lama . Aku ingin jadi aku yang baru tapi apakah aku yang baru itu lebih baik dari aku yang lama?
Aku masih terfikir kenapa masih ada mereka yang tidak memikir seperti aku. Mereka tidak peduli dengan masa depan. Mereka tidak peduli dengan apa yang bakal jadi. Mereka alpa dengan keseronokan duniawi . Atau mungkin aku yang terlalu banyak berfikir .
Kadang-kadang aku marah tapi aku tidak bisa menunjukkan kerana aku tidak suka orang menjadi marah hanya disebabkan kemarahan aku. Adakah aku suka menyimpan atau memendam rasa? Apapun, aku sentiasa ingin aku yang lebih baik.
"Jangan risau jika ramai yang membencimu kerana masih ramai lagi yang menyayangimu tapi bimbanglah jika Allah SWT membencimu kerana sudah pasti tiada siapa yang menyayangimu"
Notakecik : Inilah jadinya bila duduk sorang-sorang
Comments
cik ana juga :(
luv,
cik ana