ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, January 31, 2011

Nak buat contest tapi . . . (:

Huhui~ harini, malam ni tibe tibe aku terpikir sesuatu. korang rasa ape ek ? hihi~ dah terang terang aku tulis kat title tu yang aku nak buat contest. yeay~ aku nak buat contest tapi aku sendiri bingung nak buat contest ape ek ? sape sape ade idea ? hihi~


kat bawah ni aku list kan idea tentang contest apa yang bakal aku nak buat, then korang tolong pilihkan boleh ? kalau korang nak  bagi idea korang pon boleh jugak (:

  • Contest 'Saya Suka MerahJambu' hehe~
  • Contest 'Header Paling Comel' 
  • Contest 'Couple Paling Bergaya'
  • Contest 'Serasi Bersama'
  • Contest 'Apa yang anda tahu tentang Cik Zety'
  • Contest 'Kesayangan Anda'
  • Contest 'Siapa Paling Comel'
hehe, aku dah blur da taktau nak buat contest tentang ape. so, kawan kawan, tolong bagi idea boleh kan ? bila dah dapat tajuk contest tu nantu baru boleh bagi detail yang full punya. jadi, berikan pendapat anda sekarang (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Korang tau tak ?


Ada sesiapa yang boleh tolong aku bagitau macam mana cara nak lebatkan rambut ? nak bagi cepat panjang dan rambut jadi banyak. huu, rambut aku sedang bermasalah ni ): tolong~ huwaaaaaa

Like dan komen lah kalau suka :)

I miss Him more and more ):

AKU RINDU KAU WEH ):

Padahal aku baru berpisah dengan dia tak sampai bape hari tapi aku da rindu die~ haihh, macam mana la kalau da habes belaja nanti. mama selalu cakap, sekarang depan mata aku ada dia je memang la dia je yang aku rindu, nanti kalau da sambung belaja tempat lain, adakah aku akan still rindu dia jugak. orang yang sama ? haih. SUMPAH, aku tak boleh dan tak tahu nak jawab apa kepada soalan mama tu. bukan mama tak suka dia cuma mama taknak aku terlalu berharap. plus dia kat selatan dan aku ni plak kat tengah tengah. siyesly bila pikir pasal benda ni buat aku jadi sedih dan tension sikit. aku kalau boleh nak bersama dia je dan da malas nak cari atau mengenali hati budi orang lain pulak sebab benda ni sume bukan sekejap macam nak pilih baju. 

*Iklan jap~ (bunyi nada dering nset aku)

Tibe tibe encik bf kol, macam tahu tahu je aku rindu die (:

Encik bf : hello, b baru sampai Kulai..
Cik gf : hello, yeke ? baguslaa, balik tak bagitau..
Encik bf : saja nak buat surprise. hehe~
Cik gf : ek ? tekejutnyaa -.-
Encik bf : alaa, jangan la merajuk. huhu.
Cik gf : dah makan lum ?
Encik bf : dah. makan ayam. sedap. hihi. ney, mak tanya bila nak datang sini (Kulai)
Cik gf : b tu bile nak datang sini lagi ?

dan blablablaa . . . . 
(perlu ke aku cite sampai aku abes kol ? tak kot. hee)

sambung balik ....

Ni baru seminggu aku berpisah dengan dia. aku dah rasa macam kehilangan sikit (sebab family lagi banyak). sikit je tapi terasa jugak okay. kalau dekat Pasir Gudang tu, sume benda aku buat dengan dia je, makan, jalan jalan, borak borak, mengadu, bergaduh, pegi kelas, tengok wayang (mandi dengan tido je lain-lain ok -.-) macam macam da kenangan aku dengan dia. dan sangat BANYAK okay. 

dan sekarang ni aku cuma Go With The Flow sebab aku taknak rungsingkan fikiran aku tentang perkara yang bakal datang. just hadapi je benda sekarang ni. malas nak pikir tentang benda yang tak pasti lagi. yang aku tahu, sekarang cuma dia je dalam hati aku. fullstop.

*tibe tibe dia bagi mesej, hukhuk. nak manja manja jap~ tata

Like dan komen lah kalau suka :)

Im home guys~ *with big grin*



Hello semua (: haha, bajet macam ramai je 'sume' tu kan ? ngee~ aku sekarang da pon berada kat rumah tercinta. im happy sebab dapat lepas rindu jumpa mama and babah. jumpa si kecik becok nuyin~ i just love to be home. bila ada kat rumah rasa tenang jea~*wink wink~


Semalam gerak dari Pasir Gudang jam 9 pagi. hujan memang tak berhenti since malam lagi then membawak sampai ke pagi. haihh, tido memang sedap tapi aku punya tiket bus pukul 9 daa. kena bangun awal dan cek apa yang patut. lepastu pagi tu bila hujan baru aku macam terpikir la kan, err, sapa yang nak tolong anta ? -.- last last mintak tolong si Ayong antakan. hee, sori Ayong kejut kau pagi pagi buta (: btw, thanks a lot k ?


Lepastu pulak, terus naik bus dan bermula perjalanan yang panjang~ (aku tak suka naik bus sorang sorang T.T) korang boleh bayangkan tak ? bape lame perjalananan dari Johor ke KL since aku gerak kul 9, 9.15 camtu bus jalan and sampai KL kul 5 cmtu -.- gila vavi tak weh ? wahh, tak macam lama gila lak kan. haihh, sabar ajelaa. yang penting, aku sampai jugak. hihi~ lepastu, da sampai Bukit Jalil je, si Urwah dah tunggu aku kat sana. hee~ terharu beb kau jemput aku. dah la masa tu ujan kan, naseb baik kau ada weh, terus balik tayah tunggu ujan benti. ingat nak belanja budak ni makan MCD tapi last last kitorang balik terus je sebab jam pon da pukul bape kan.


Akhirnya, aku sampai kat rumah dengan selamat dan boleh berehat dengan tenang dan gembira. hahaha. makan pon SODAP~ 




*Thanks Urwah, really appreciate it duhh (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, January 30, 2011

Si Comel yang ke 100 (:


Pagi pagi buta saja saja je update belog, tibe tibe ternampak dan tertancap kat widget followers tuu~ wee



Hati rasa senang ewahh~ happy sebab belog ni da pon mempunyai 100 orang followers. (orang lain da beribu riban tak kecah pon halahh -.-) tak kesahlaa samada korang yang jadik followers ni yang betul betul follow belog comot ni atau pun tak. hihi. BANYAK TERIMA KASIH OKAY (: (nak senyum sampai telinga lahh~ ngee). 

THANKS TO TYRA FOR BECOMING MY 100th FOLLOWERS 

tapi kan tapi kan, aku tak boleh nak jejak dan follow si tyra ni balek. huwaaaa~ kalau kamu baca ni tyra, bagi link kamu kat saya eh ? dekat shoutbox tu pon takde backlink~ macam mana saya nak memfollow kamu balik~ hihi. ape apepun, thanks everyone and keep following my entri okay ? tata and nite~ (eh, tapi kan da pagi ni ? ape ape jelaa -.-)



Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, January 29, 2011

Berapa berat belog korang ? huhu~



Tadikan masa aku BW kan, aku terjumpa satu belog ni, pastu aku godek punya godek punya godek, aku terjumpa pasal WEBSITE SPEED TEST ni. macam menarik je aku tengok kan sebab website ni leh bagitau berapa berat dan kelajuan untuk loading blog korang ni. so, kalau belog korang ni agak lem~ korang boleh la tukar tukar apa yang patut. macam belog aku ni, aku da try da takda laa lembab mana pon, boleh laa tahan. huhu~


So, kalau ada sesiapa yang nak check berat dan seberapa pantas belog korang tu, boleh la click kat CHECK BERAT BLOG ANDA (:


Like dan komen lah kalau suka :)

29012011 (:



motif gambar ni ? saje je~


Harini hari ape ? harini adala hari Sabtu. tu pon taktau ke ? haihh -.- saje je wat suspen~ huhu. harini aku pegi dating dengan encik bf, kan aku da gitau kat entri sebelum ni. so, aku dan encik bf mula mula bercadang nak pegi KSL City tapi macam jauh je plus chan chan cakap mall tu baru bukak so kedai tak banyak lagi, kitorang pon amek keputusan nak pegi Giant Plentong jela. hihi. name je Giant tapi banyak barang best ouhh kat situ~ i loikee (:

Sampai je kat sana, barang yang aku memang da listkan nak beli adalah :
  • Liquid eyelinerr
  • Moisturizer
  • Perfume
  • Anak tudung syria dengan selendang
  • Eyebrow pencil
  • Barang yang mata aku nak beli *maknanya barang barang yang tak perlu tapi still nak beli -.-
Dan banyak lagi sebenarnya tapi kalau sume benda nak beli sekaligus memang RABAK la aku  kan -.- ni pon encik bf da membebel bebel dan memujuk mujuk aku supaya berjimat. hehe. awk ni macam tak paham lak saya ni kan SHOPAHOLIC~ duhh

Lepastu, encik bf cakap die macam da penat dan bosan bosan tengok aku shoping, lepastu dia ajak aku pegi karok pulak. huhu. aku pon follow jelaa. sampai sampai je aku pon dengar jela encik bf nyanyi sebab aku tak pandai nyanyi~ weeee -.-
aku suka tengok encik bf nyanyi dan bagi aku suara beliau sedap. huhuk. sweet jea~

haha, dah dah cukup, aku tau korang mesti dan menyampah dengar aku dok cite sal encik bf aku je kan ? hihi, abestu takkan aku nak cite sal encik bf korang pulak kan ? huahuahua~
esok aku nak balik. nantikan entri terakhir aku sebelum balik malam ni eh~ tata sumee (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Steamboat here i come~ EPISODE II


Ha, kan semalam aku cakap nak update pasal plan gi makan makan steamboat kan ? hihi, okay meh aku cite kat hangpa~ 

  • Plan dalam kul 8, tapi kul 8 lebih baru gerak, biasalaaa, JANJI MELAYU~ wee ^^
  • Yang pegi, aku dan encikk bf, Hana dan bf beliau (encik Apai), oma zu, papa syaza, aima, nurul, ema, abang amal and friends~ 
  • Sume skali 3 kerete yuuu~
  • Masa nak pegi tu jadik lambat sikit sebab si Ema memula cakap tanak pegi sebab lutut die kan injured masa sukan politeknik aritu tapi dak2 ni pujuk jugak die pegi sebab die yang beria sangat sangat nak pegi last last pegi jugak tapi BERTONGKAT~
  • Tempat yang kitorang nak pegi ni dekat dengan area dataran JB, ape ek name tempat tu, D'Terrace tak silap aku laa~
  • Kedai tu terletak dekat tepi jalan je~
  • Satu kepala Rm 19.90 *kire Rm 20 jelaa kan. dan korang boleh bantai makan sebanyak mana yang korang nak sampai lebam atau muntah ye~
  • Kitorang sume 12 orang sampai sampai terus port tempat dan hihi~ aksi membolot makanan pon bermula.
  • Macam macam makanan ada, seafood ada, sayur ada, ayam ada, daging ada, aiskrim pon ada. huhu~
  • Kalau korang nak tau lebih lanjut, tengok kat sini D'Terrace BBQ~
  • Kitorang sampai kat sana dalam kul 10 dan abes makan dalam kul 12, kira 2 jam jela makan makan kat sana dan baham segala galanya~ hee
  • Takpayah banyak cite, korang tengok jela gambar yang sempat aku snap menggunakan kamera henpon aku yang cikai uhh~

Sory kalau kualiti gambar tak memuaskan~
dan perhatian : gambar di bawah lebih banyak gambar aku dan encik bf jadi 
sila jangan jeles ~ hihi

hihi. ni masa kat dataran. menggedik jap~

aku suke tengok beliau senyumm (:

si comel kesayangan (:

nak manja manja jap depan korang. hikhik~

die ingat comel la buat muka camtu~ memang comel unn~ hii

haa, sape cepat dia dapat~ heee SEDAP WOO~

encik Apai dan Hana sebuk nak makan pakai chopstick tu. lambat u all taw tak~ hehe

orang orang kuat malam tadi~

ni yang belum di STIM yee~ 


wekwek~ aku sayang dia (:


yang encik bf ni dari tadi dok pegang dagu ni awat ? -.-

sempat lagi gedik gedik kat depan cermin kat kedai uh~ hii

encik bf bersama encik Apai~ 

udang oh udang~ sedap dipanggang dan dicicah sos~

haa, tengok udang tadi. kan da kena masak~ hihi


huhu, muka kekenyangan~


hihi~ da kenyang, makan aiskrim pulak (:

habis madu sepah dibuang~ ahha

okay, itu saje yang dapat aku update harini, malam tadi memang best tapi kitorang tak join papa syaza and da geng gi karok dekat BBU sebab da nantuk ohh~ hii. ape ape pon, malam tadi memang enjoy ! thanks to all and encik Apai sebab sudi bawak kitorang (:

harini pulak, aktiviti aku bersama encik bf. nak pegi jalan jalan dekat KSL City. sape nak ikut, angkat tinge~ ngaa. hihi. aku nak siap siap nanti encik bf merajuk sebab siap lambat~ 
babai sumee. wait for the next entri okay. 


Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, January 28, 2011

Steamboat here i come~



Yeay~ malam ni aku dan budak budak kelas plan nak pegi makan steamboat dekat JB. hihi~ ada sape sape nak join tak ? tapi aku taktau la pulak dorang nak pegi makan kat mana sebab aku just follow je. ni baru 1st time nak pegi tau. mesti best sebab dapat hang out ramai ramai sebelum masing masing balik ke kampung sempena CNY ni~ 

heeee, sedapnyeeee ^^

hihi, sekarang jam da menunjukkan pukul 6, so kitorang plan nak gerak kul 8. jadi, aku kena siap siap, yela, da ikut orang kenala siap awal takut nanti orang tertunggu  pulak. Kepada korang sume, nantikan entri terbaru aku untuk latest update tentang STEAMBOAT malam ni (:


Tataa, lots of love ZETY.

Like dan komen lah kalau suka :)

Tentang Zety & Apis ♥


~The Love~

Okay kawan kawan, kali aku cuma nak cerita tentang KAMI. hihi~ siapa kami ? kami tu adalah aku dan encik bf aku (: aku tak pernah cerita lagi pasal dia dan aku dengan lebih detail lagi kan (: korang nak tau ke tak ? kalau taknak takpeeee~ aku nak cite jugak ! huhu. tapi mula mula bialaa aku ceritakan tentang aku dulu okay ?

okay okay, baca ni diam diam~


ini adalah aku (:
  • Aku merupakan anak kedua daripada lima beradik (:
  • Seorang pelajar jurusan Diploma Rekabentuk Grafik di sebuah IPTA di selatan (:
  • Amat meminati segala benda yang berwarna atau berkait rapat dengan MerahJambu ♥~
  • Amat menggemari masakan yang pedas pedas *sangat sukeeeeeee okay sampai perut da koyak pon still nak makan pedas lagi -.-
  • Seorang yang keras kepala kot ? hihi~ *encik bf sgt penyabar orangnya (:
  • Dilahirkan di Perak tapi menetap di Selangor~
  • Berketinggian 165 cm dengan berat badan 52 kg~ *slim tak slim tak hihi~ SILA MUNTAH
  • Mula berblogging sejak tahun 2009 (:

okay, tentang encik bf pulak (:



hihi. suka tengok dia senyum (:

encik bf kesayangan ♥~

  • Nama penuh beliau adalah Nur Hafiz Bin Zakaria tapi kawan kawan panggil dia MELAT (sebab dia ada melat *tandalahir* besar kat dada) ♥~
  • Mula mengenali beliau sejak belajar di IPTA di selatan semenanjung Malaysia~
  • Dilahirkan pada 22 Ogos 1990 (:
  • Seorang yang peramah, kelakar, baik dan comel di pandangan mata dan hati aku ♥~
  • Banyak mengalah dan bersabar dengan kerenah aku sepanjang perhubungan ini. hihi~
  • Mula berpasangan pada 2 Mac 2009 ♥~ *almost two years meyhh~
  • Aku tinggal di Selangor, beliau pula di Johor T.T *memang cinta jarak jauh laa kan -.-
  • Sangat manja orangnya dan kuat bekerja (:

Kenapa aku suka, sayang, cinta dan rindu dekat budak ni ?


sebab . . . sebab . . hikhik~

  • Beliau sangat menyayangi aku dan jarang menyakitkan ati aku *kadang kadang tu ade jugak. biasallaa~
  • Beliau suka main gitar dan nyanyi lagu kat aku. suwiittt sgt (:
  • Lagi ? mana boleh bagitauu~ tak romentik laaa gitau sume orang. hihi~

Dan yang paling penting, aku suka dan sayang die sebab aku memang NAK suka dan sayang dia. No more other reasons. I LOVE YOU and will always LOVE U (: 



P/S : mood nak makan steambot. hihi~

Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, January 26, 2011

Damping Malam ~



Hi peeps, harini mood nak update tak banyak tapi boleh la sekadar nak update. tadi lepas balik je kelas terus aku mandi mandi dan bajet nak tido lah konon. tup tup, budak bilik sebelah pasang muviee~ hihi. terus hilang mood nak tido aku. terus join dorang tengok muvie DAMPING MALAM. okay, mula mula tengok quite boring tapi lama lama aku paham jalan cerita dia. boleh tahan laa. bagi aku muvi muvi tempatan sekarang bagi genre seram laa da makin better dari sebelum ni. da ada perubahan la jugak. tak samaa je macam dulu. cerita ni mengisahkan pasal seorang isteri yang terlalu nak menjaga family die sampai ke tahap nak amek pendamping sampai mengorbankan anak dia sendiri~ cerita ni ada pengajarannya tersendiri. kalau sesiapa yang belum tengok, cubala tengok (:

Lepas tengok cite Damping Malam tu, dak dak ni pasang pulak cerita I Spit On Your Grave. Cerita yang menarik jugak. cerita ni dalam kategori cerita horror laa sebab ada aksi aksi sikit. nak tau aksi ape ? kenalaa tengok (: cerita dia agak tak sesuai la bagi kanak kanak nak menontonnya sebab ade adegan yang tak patut dan tak perlu tengok kat dalam muvi ni. kalau korang teringin nak tengok, try laa cari okay ? I SPIT ON YOUR GRAVE ~

haa, mata pandang mane tu pandang mane tuu aishh~

heee~ sorang pompan bunuh 5 lelaki woo~ *dendam punya pasal

okaylaa, itu je zety update kali ni k ? wait for next entri (: 



Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, January 24, 2011

Saya tak pemarah . EH ?? PERAMAH laa T.T



Apa yang dimaksudkan dengan title diatas ? huwaaa~ aku nak cakap, yang aku ni sangat laa tak peramah ouhh ): maksudnye ? maksudnye bukan la aku ni tak peramah langsung. cuma cuma . .  aku ni tak pandai tegur orang ouhh~ huhu. contoh la kan, contoh je kalau la aku terserempak dengan bloggers yang aku kenal kat belog. memang 100% aku takkan tegur punya laa~ PERCAYALAH. sebab apa ? sebab aku ni tak peramah. penakut. pemalu. lagi pe ape lagi -.- sume tu aku la. haih haihh. kadang kadang aku terpikir macam mana nak tegur orang ni padahal dalam hati meronta ronta nak bertegur sapa, yelah, alang alang da jumpa kan takkan nak buat dek je. tapi persoalannya MACAM MANA ! aku pemalu~ awhh -.-

Tapi bagi sesiapa yang dah kenal aku lama, sorry la. takda istilah malu dalam diri aku. cewahh~ memang takda kemaluan laa malu sgt. rilek rilek je. cuma bagi yang baru nak kenal ni jea. aduhh. memang biggie problemo la kan~ so, ape ape pon just chill je laa. kalau korang ade penyelesaian cane nak bagi aku tak malu dan lebih peramah gitau laa. hihi

tata (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Tutorial make-up yang pertama (: hihi~



Maaf kerana kandungan dalam entri ini telah dibuang
kerana mengandungi gambar gambar penulis yang dahulu.


Semua perubahan merupakan hak penulis. 
Maaf jika mengundang rasa tidak senang kepada pembaca.








Like dan komen lah kalau suka :)

K h u r a f a t ~



Hi~ sebuk tengok orang asek cakap pasal Khurafat Khurafat Khurafat, aku pon nak Khurafat jugak wehh~ hehe. So, pagi tadi masa tengah dok sebuk sebuk online, tibe tibe rumet (si Zati) ajak kua dengan si budak berdua Apend & Ajish. Aku pulak tengah dok bosan bosan tu pon layan kan jelaa, dah lama jugak tak tengok wayang kan. Tup tup, dorang pon tak tengok lagi cite nih, so kami berempat pon straight je ke City Square sebab nak tengok wayang punya pasal. malas nak tengok wayang kat JJ sebab dorang cakap wayang kat situ tak best + mahal. So, other choices samada CS or KSL City tapi KSL kan baru lagi, maybee Khurafat takda *KOT ? hihi, kami pon sampai sampai jea CS terus je ke kaunter tiket dan order 4 tiket Khurafat. da beli tiket ape lagi round round CS tu sementara nak tunggu 3.15 nak tengok wayang uh. sempat jugaklaa snap snap gambar. hihi~ 

So, apa yang aku nak komen tentang cite ni, NOT BAD laaa, tapi dok dengar orang cakap Khurafat best la, seram giler weh, takut doe~ aku macam eksaited kot nak tengok kan, tapi bila da tengok, bagi aku cite ni OKAY laa~ takda laa seram mana pon, tapi cite die tak macam cite hantu yang lain la, ada peningkatan dari segi jalan cerita dia. Interesting (:



hihi, ni gambar candid okay -.- tah masa bila tah si budak Apend ni snap tah
naseb baik comel. hihi~

haa, ni tah poster cite ape tah. tapi coming soon laa (:

poster cite Khurafat~ bersama Cik Zati yee (:

lepas dah abes tengok wayang dan jalan jalan sume, budak berdua ni ajak pegi wat photoshoot pulak. tapi ni bukan photoshoot yang dorang salu buat tu, tapi saje saje je, kira cam photoshoot membe membe jela. aku pon bukannya pandai posing pon~ huu (: so, si Apend tanya aku, Tanjung Langsat tu kat mana sebab aku pernah pegi, aku pon bawak la mereka mereka ni berjalan ke Tanjung Langsat tu. jauh jugak nak pegi sana sebab kena masuk dalam~ hihi. dah sampai terus stat photoshoot la konon~ hahhaha. korang tengok jela gambar ni. tapi sory la kalau kualiti gambar tak best sebab aku amek ni kat FB si Apend ni je. die kedekut nak bagi aku gambar ori. hehe.

berangan konon konon nak jadik model~ *perasan jela kau ni zety -.-

terkenangkan si dia yang jauh tak balik balik lagi. huwaaaaaaaaa~

Zety dan Zati (:

Tanjung Langsat (:

Okay, itu saja buat kali ini.

P/S : Tunggu entri tutorial mekap aku pada next entri (:



Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, January 23, 2011

Quote for tonight (:



When you are in love you can't fall asleep because reality is
better than your dreams.

Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, January 22, 2011

Blogger Johor (:

Selamat malam sume. aku belum nak tido lagi okay. ni ha meh aku nak cite sket, apa yang aku perasan la, kenapa eh banyak blogger-blogger dari negeri JOHOR ? atau perasaan aku je ? huhu. bukan saja nak buat cerita, tapi mostly kebanyakkan yang aku BW atau aku godek godek belognya sume mesti ada kaitan dengan Johor. tak kira laa, orang Johor ke atau belajar kat Johor ke, kampung kat Johor ke tapi memang ramai laa. haihh, tapi aku tak pernah berkesempatan nak jumpa dengan blogger-blogger ni sume -,- 

Aku bukan orang Johor okay, tapi aku belajar kat Johor. yang penting bukan kat Uitm Segamat macam Hanis Zalikha dan aku belum bekerja lagi macam Ailyl RozannaTotin Jamain, dengan Nurain Hasan dan ramai lagi (tak larat nak sebut nama)~

Yang penting, tu apa yang aku nampak laa, and just sekadar pandangan jea. hihi. takda niat lain pon~ apa apa pon, update tetap update. chills (:



*Orang Johor memang kaki blog. JB rawkk yeahh~

Like dan komen lah kalau suka :)

Request dari Mexidi ~



Haa, masa aku jalan jalan kat belog sendiri *apekah -,- aku ternampak permintaan si Mexidi ni kat ruang chat aku tu. dia nak tau macam mana nak buat cursor dengan text bergerak (dulu aku buat tapi sekarang da tuka hihi). So, aku ni pulak tak pandai nak buat tutorial ni tapi aku bagi link jela dari mana aku dapat tutorial ni okay (:

Aku mula follow belog ni stat 2 3 hari lepas dan aku tengok belog dia best & banyak tutorial, kalau nak try jum click ramai ramai kat sini Moy's Sam Blogspot (: 

*Selamat Mencuba (:


Like dan komen lah kalau suka :)

Aku da boleh kawen ke weh ? -.-''


Tajuk nak gatal jea~ ngeee ^^ hahhaa, bila bab kawen je mesti orang cakap,

 'da gatal la tu'
 'da banyak sangat ke duet nak kawen tu'

 kalau yang laki pulak,

 'kau nak bagi anak dara orang makan ape ha, PASIR ?'
'keje pon takde, ada ati nak kawen, sape yang nakkan kau ha?'

ahhaha, sume tu sangat sangat lah biasa kan kat pendengaran telinga kite kan ? ke kat telinga aku jea -.- hee, ape ape pon alaa, standard la tu sume orang nak kawen dan akan berkawen. hee. kenapa ek aku tibe tibe nak cakap sal kawen plak ni ? sebab, raya cina nanti kezen aku nak bertunang da, lepas bertunang, kan ke kawen~ huu, bila semakin ramai kezen aku yang nak menamatkan zaman bujang/dara aku rasa macam 'Wah, sume orang da dewasa laa' dengan muka ala ala blur gituu~ aku rasa macam tak percaya jea aku sekarang ni dah 21 wehh! 21 okay -.- pffttt~masa sangatlah cepat berlalu, rasa macam semalam je aku baru lepas amek PMR -.-

curik kat Google lagik ~

hii, lagi aku nak cakap pasal kawan kawan aku yang da kawen, da siap ada anak lagi tu *aku pon nak anak jugak~ (sabar zety sabar, ko ingat senang ke nak buat anak ada anak ni ? haihh) tapi kan, aku rasa kan, aku macam lambat je lagi nak melangkah kan kaki ke arah gerbang perkahwinan ni weh. keje pon belum. belaja pon tak abes lagi. dah sebok nak kawen. aku ingt sebelum aku nak kawen, aku nak buat wishlist sket. hihi, ni ha wishlist aku :

~ aku nak keje dulu. 
~ aku nak bagi mak dengan abah rasa dulu gaji aku.
~ aku nak kumpul aset aku sendiri (tak kesahlak besar ke kecik, mahal ke murah)
~ aku nak jadi seorang pompan yang versatil (pandai masak, pandai sume2 la)
~ aku nak pastikan aku pilih calon suami yang betul untuk masa depan aku sendiri.
~ aku nak sume kawan kawan aku datang time kenduri aku nanti (WAJIB okay)

Setakat ni, tu jela wishlist aku. huhu. aku harap aku dapat capai apa yang aku nak. dan lagi, kalau ikut hati ni memangla aku nak kawen awal, tapi bila memikirkan tanggungjawab yang besar, takpelaa, tunggula sampai seru nanti. hehe. 

Kepada encik bf, haa, awak kena amek tau apa wishlist saya ni tau. saya harap awakla calon suami yang terbaik untuk saya. saya dah malas nak mencari lagi. bukan senang nak mencari seseorang yang serasi dengan kita dan bukan senang nak dapat orang yang penyabar macam awak (:

kepada kawan kawan aku yang dah berkahwin, semoga tabah dalam menghadapi dugaan rumahtangga, dan kepada yang nak berkahwin, semoga korang bahagia dalam apa jua yang bakal korang hadapi.

itu saja kali ini. bye peeps.

Like dan komen lah kalau suka :)

Tangan gatal ~

Ini lah jadinya bila tangan da gatal pada jam 5.35 PAGI okay (kenapa aku masih tak tido ? huwaaaaaaaaaa). belog dah bertukar WAJAH~ ngee. harap ada perubahan yang baik (:

itu saja, jum tido (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, January 21, 2011

Bila beliau takda . . .


Ha, mesti korang sume ternanti nanti pasal entri yang *babyqueue yang aku ade cakap aritu kan ? ke korang tak baca pon ): okay, paham~ sapelahh aku ni kan. hukk. pasal entri tu mungkin lambat sket aku update sebab nak tunggu gambar dari membe aku sebab mase malam tu gune kamera die & die pulak takda sekarang sebab ade photoshoot dekat N9 (: so gambar tu maybe nak kena tunggu die balik dulu la kan. die pulak balik Ahad ni so u guys just wait jelah okay ? hihi~

Berbalik kepada title di atas~ huwaaaaaaaaaaaaaaa T.T nanges dulu jap. bila beliau takda iaitu encik bf aku, aku akan mula menjadi tidak keruan. kenapa ? KENAPA ? MENGAPA ? sebab sebab . . . . sebab dia jela yang selalu teman aku bila aku sunyi, bila aku lapar, bila aku ada masalah, bila aku rasa nak nangis, bila aku rasa memerlukan dan banyak lagi.

TAPI~

jeng jeng jeng . . . . .

beliau takda selama 3 hari (halamak, baru takda 3 hari da bising bising kan? hikk) dan aku dah pun rasa sunyi. huu~ beliau telah pergi meninggalkan aku untuk pergi ke kem apetah kat N9 jugakk. huwaaaaaaaaa~ dah la sampai Ahad ni. lame owkayy -,- aku nak kua dengan sape, nak makan dengan sape ? huwaaaaaaaaaa T.T

Dah zety, dahh, cukup cukup laa kau dok meraung. kau ingat orang suke baca raungan kau -.- pftt. okay. im OKAY now. aku akan update belog je sepanjang ketiadaan beliau. huk. dalah nak mesej pon tak boleh. call ape tah lagi. haihh -.- sabar jelaa.

okaylahh. sampai sini je dulu. nanti aku update lagi.

*TERIMA KASIH PADA YANG SUDI FOLLOW BELOG COMOT NI ^^

Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, January 20, 2011

Ku Membisu .


Cerita hidupmu
Yang penuh berliku
Menginsafkan diriku
Debu tinggal debu
Terkulai layu tanpa doa restu
Mengidam kasih merawat rindu


Mungkin kau perasan
Ku hanya terdiam
Sepanjang luahan
Jujurmu oh sayang
Suka ku di sini berterus-terang
Sungguhnya dalam ku sedang berperang

Rasa nak ku dakap kau dalam pelukan
Tiada kekuatan
Takut ku pula yang tidak sanggup
Bercerai badan
Sehingga membebankan ooo...

Meronta-ronta batinku
Mahu memiliki jiwa
Setulus jiwamu
Tapi mengenangkan siapa aku
Ku membisu

Ku Membisu by Kristal (:

Hihi, aku suka lagu ni~ sebab apa aku suka ? sebab encik bf suka nyanyi lagu ni time karoke (: dan aku cukup suka bila tengok dia nyanyi. hihihi. bila die karok je, aku akan tatap dan senyum je tengok die nyanyi. SANGAT COMEL OKAY ~ lepastu nanti die bersemangat sangat nyanyi lagu tu sampai tekua kua urat sume kat leher die. ahhaa, tapi aku tak nyanyi sekali sebab suara aku tak comel dan mendayu dayu macam suara Taylor Swift -.- dan encik bf pon makin lama aku tengok, makin minat karok pulak die (: aku cuma jadi peneman setia die je. hihi. nak cite tu je kot. tata u'olls (:

Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, January 19, 2011

Babyqueue~ (sila baca dengan lembut) -,-


Hehe, yeahh~ aku konpius cane nak eja mende alah tu, tapi yang aku taw maksud die 'panggang memanggang'. hikhik. so, itu adalah ejaan ala ala zety okay ? ^^ apa yang aku maksudkan dengan entri atas ni ? ini adalah kerana jap lagi aku akan pergi menjamukan diri dengan makanan yee~ *sila pegang perut masing masing. hehe. wah~ kalau korang nak tau, budak kelas aku yang plan nak wat sume ni bersempena sem akhir ni, tapi yang ni kitorang wat kitorang kitorang je dulu (budak kelas sahaja) takde lecturers, so a bit fun la kot kan? huhu. tapi jam da menunjukkan pukul bape tah dan aku masih tak mandi lagi -,- sempat lagi update belog ni haihh. nanti abes ayam ayam aku nanti cane ? hahaha. so, aku nak pergi mempersiapkan ape yang patut, hehe, datang datang terus makan je. ape nak jadi la dengan ko ni zety. nnti kalau ade sesi menangkap gambar nnt aku update lagi okey ? so wait for my next entri (:

*incik ayam, tunggu sayaa okay :D

Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, January 18, 2011

Entrepreneurship Class (:

Selamat malam semua. kali ni aku cuma nak potpet potpet pasal kelas keusahawanan pagi tadi atau dalam bahasa omputihnye disebut en-ter-pre-nu-wer-ship (entrepreneurship). haha. adoi, bosan betul bila part kelas keusahawanan ni. haihh, aku bukannya ape, aku memang takboleh kalau lect yang mengajar tu straight mengajar macam kat sekolah, macam baca buku -,- mengantuk je mata ni tau tak ? naseb la tadi ade jugak gelak gelak takda la aku mengantuk je manjang~ so masa kat dalam kelas tu, dok bosan bosan, sempat jugakla aku snap beberapa gambar gonjeng aku~ HAHAHA, jum jum tengok reramai ~

ni lah modul keusahawanan -,- (nampak tak V5080 tu)

hehe, bila bosan aku mula wat benda tak berpaedah~ wee
(hi, nama saya zety. hikhik)

peace no war bebeh~
(muka aku kalau senyum memang kembang -.-)

ni kawan aku yang sudi melayan kerenah aku kat kelas tadi. huwahuwa~

heee, tu jela. tata (:


Like dan komen lah kalau suka :)

Quote for today : TUESDAY (:


Experience is how life catches up with us
and teaches us to love and forgive each other.

Like dan komen lah kalau suka :)

Jerawat ? -,-


Hi,


Kali ni aku cuma nak tanya dan bagitau je~ tanya dan bagitau ? macam mana tu ? -,- HAHA, okay okay macam ni, mule mule aku nak tanya, betul ke macam yang orang orang selalu dan suke cakap.


KALAU KITA TEGUR JERAWAT ORANG NANTI TUMBUH KAT MUKA KITA


OH NO~ betul ke ha ? hukhuk, tapi setakat yang aku tau la, benda tu memang macam betul je kan sebab kadang kadang aku TERtegur pon tup tup, tak lama tu naik la jerawat sebijik kat tempat kawan yang aku tegur aritu -,- haih haih. tu kira naseb la sape suh tegur kan ? tapi yang tak boleh jadik ni bile TERpandang pon naik jugak ! ni nak ngamuk ni -.- bistu cane ? kalau ade kawan kawan yang muke ade pimple takkan tak leh pandang kot ? citt~








gambar curik kat google~

Tapi buat masa sekarang ni muka aku tak da la banyak sangat masalah jerawat ni. ALHAMDULILLAH. sebab dulu mase zaman zaman sekolah menengah dulu, memang tak payah cakap la kan, memang penternak jerawat yang berjaya -.- pffft~ sampai pakcik aku boleh cakap kat aku, "Suburnye muke kakak". ade rasa macam nak sepak sepak je. tapi nak buat macam mana, time tu hormon tengah tak seimbang kan. biasalaa tu. nasib baik semakin da naik dewasa ni muka makin okay. korang nak tau ke aku gune pencuci muka ape ? aku guna pencuci muka SAFI biasa je, SAFI gamat yang wane biru tu je (: sangat best dan muka aku jarang ade masalah. 

Jangan biasakan tangan picit jerawat PAHAM ? 
*padahal kadang kadang tangan aku pon gatal jugak~

Haa, ni muka kat kelas bajet rajen hukhuk~
(bila muka kurang masalah, nak mekap pon cantik je *perah santan jap)
Time ni masa muda muda sikit :P


Ni gambar the very latest 2011. huhuu, 
sekarang kalau nak keluar tak payah nak 
tepek bedak, cream banyak bagai. Cuma mekap tang mata je :)

Dan lagi, untuk mengelakkan kulit bermasalah ni, macam biasala dah banyak kali kot orang akan cakap benda yang sama jugak iaitu BANYAKKAN MINUM AIR MASAK. Bukan air milo atau air sirap, tapi AIR MASAK~ huu, itu jela nak tanya dan bagitau. 


Jumpa next entri okay (:

Like dan komen lah kalau suka :)