ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Sunday, July 31, 2011

Been busy like a bee :)



Sorry guys.
Busy sikit kebelakangan ni, tak dapat nak update entri hari hari macam sebelum ni. Tapi happy sebab bukak bukak belog tengok dapat masuk Top 20 ---> Top 20 Contest The Best Picture Of Me :)

Yay~ Tenkiuuuu Sofea for selecting me :D Tapi dijamin akan kembali aktif mulai esok ! Nantikan okay ? 


Buibuii.

Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, July 28, 2011

# Spontaneous Thursday 5

#Spontaneous Thursday 5

Aku rindu semua kenangan dekat Johor. Aku rindu semua gelak tawa kawan kawan. Aku rindu assignments. Aku rindu nak makan dekat Cahaya Timur. Aku rindu semuanya. 

Like dan komen lah kalau suka :)

Aku sayang abah :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, July 27, 2011

610 :)


Hai tawan tawan :D

Apa kaitan tajuk dengan entri kali ni ? 
huhu, takda apa. Saja je :)
Sebenarnya kita kan nak bagi hadiah surprise 
dekat follower bertuah.

Nak tahu sapa ? Tu kena tunggu laaa :D


hihi, gedik jap.

#Okbai.

Like dan komen lah kalau suka :)

What goes around comes around :)


"What goes around comes around"


Mesti korang selalu atau pernah dengar ayat macam ni kan ? Apa maksud ayat ni bagi korang ? Tiba tiba aku teringat someone yang 'pernah' rapat dengan aku dulu. Well, kehidupan tak selamanya indah. At least, hargai la word KAWAN tu.

Bukan maksud aku nak bahagia dengan keadaan kau sekarang ni. Plus, aku tanak amek tau pun. Tapi, tahla, sebagai seorang kawan aku rasa aku berhak untuk nasihatkan kau. YES, even aku pun bukanlah bagus sangat. Bukan baik, perfect sangat nak tegur kau. Tapi kau pernah cakap kat aku dulu, kalau kau ada buat salah bagitau, tegur kau but now ? Ada ke kau nak dengar cakap aku ?

Banyak entri entri yang aku baca kebelakangan ni sume berkisar tentang kawan, sahabat. Kawan makan kawan. Kawan lupakan kawan. Kawan baik, kawan jahat dan macam macam lah pasal kawan. 

Bagi aku, sekali aku berkawan selamanya jadi kawan walaupun aku memilih kawan. Bukan memilih atas dasar rupa, harta, or else tapi pilih yang baik dari yang tak berapa nak baik. We have to be choosy in picking up friends for our own sake.

Bagi aku kau kawan yang baik. Seriously, aku tak tipu. Tapi manusia berubah. Kau yang cakap. Bak kata pepatah ni "Seeing people change isn’t what hurts. What hurts is remembering who they used to be." Bila aku ingat balik kenangan bersama, rasa sedih. Those memories was thrash for you. Semudah itu kau buang kawan kawan kau ? Dan kau tak pernah anggap kawan tu iklas dengan kau. Kau pilih negatif dari positif. Satu hari nanti kau akan sedar kesilapan paling besar yang kau buat. Kawan yang paling baik untuk kau adalah diri kau sendiri. 

Ya, kau pilih 'dia' daripada kawan. Its okay then. May you'll have a happy life with him. I dont wanna be a part of your friendlist as you throw me away from your life rite ?

No more YOU in my life, 'kawan'.

In life we never lose friends, we only learn who our true ones are.

Like dan komen lah kalau suka :)

# Quote of the day 2

Don’t ever change just to impress and please someone. Change because it makes you a better person & it leads you to a better future.

Like dan komen lah kalau suka :)

# Quote of the day 1

Don’t cry over the past, it’s gone. Don’t stress about the future, it hasn’t arrived. Live in the present and make it beautiful.

Like dan komen lah kalau suka :)

Bestnya kawen :O HAHA


Nak kongsi my kazen wedding video :)

Best sebab boleh buat video macam ni lah. Korang pikir ape haa ? :3

Like dan komen lah kalau suka :)

# Day 6 – A song to match your mood.

Hello. Nothing much to said.






This is the song to match my mood for today. Enjoy :)



I do by Colbie Caillat


Like dan komen lah kalau suka :)

Kalau tak sempat nak mintak maaf macam mana ?


Selamat pagi sumeee !
Harini nak cakap banyak jugak tak kira la wordless ke atau apa sahaja. Tiada apa yang dapat menghalang aku untuk berkata kata menggunakan jari jemari ku ini. cewahh~ gelii makk -.-'' HAHA

Okay, aku cuma nak kongsikan apa yang tengok semalam kat TV2. Korang tengok tak drama semalam ?

Tajuk Drama : Tiada Lagi
Siaran : TV2
Tarikh Siaran : 26 Julai 2011
Waktu Siaran : 10:00 - 12:00 Malam
Pelakon Drama Tiada Lagi Di TV2
Fahrin Ahmad, Misha Omar, Normala Omar, Ropie Cecupak, Kismah Johar dan Aman Graseka
Sinopsis Drama Tiada Lagi Di TV2
Mengisahkan seorang pemuda, Azim yang tidak pandai bergaya dan dia sering dijadikan bahan ejekan rakan-rakannya. Sikap Azim yang ‘bodoh-bodoh alang’ dan lurus bendul membuatkan teman sekeliling dan rakan pejabatnya suka mengambil kesempatan.
Bagaimanapun, Azim tidak pernah ambil hati apatah lagi bengang dengan sikap kawan-kawannya itu.
Azim, seorang eksekutif muda yang bekerja selama dua tahun di sebuah syarikat. Semua baik-baik saja, tetapi dia bermasalah pada penampilan. Sikap lurus bendul Azim selalu disalahertikan dan diambil kesempatan oleh rakan-rakan sepejabatnya. Azim seorang yang berbudi bahasa dan sentiasa menolong rakan-rakan dan juga jiran-jirannya. Namun tiada siapa yang menghormati perasaannya.
Biarpun, sering menjadi bahan sendaan dan gurauan, Azim tidak mempedulikannya. Baginya, apa yang penting dia bekerja dengan ikhlas mencari rezeki untuk keluarga. Biarlah apa yang orang lakukan padanya namun Azim takkan sesekali membalas.
Haaa, cuba la korang bayangkan betapa baiknya si Azim tuu. Lagi satu Azim ni salu la chating dekat YM dengan sorang gurl ni, Misha Omar sebagai Liza. Dorang chating dekat setaun la jugak tapi lepas jumpa je face to face si Liza ni terus dah tanak kawan dengan si Azim ni sebab nerd sangat. Yelah, gi ofis pun pakai beg sekolah pastu bawak bekal mak masak. *Tak salah pun*
Cuma biasalah manusia ni bila dah dapat yang baik, nak yang lagi superduper baik. Memilih dan tak pernah puas. Last last, si Azim ni hilang masa nak jumpa Liza konon konon nak bagi bunga la dekat si Liza ni buat kali terakhir. Dia  nak bagi mak die sekali bunga sebab nak buat mak die tersenyum tapi die kemalangan :(
Sedih woo~ Aku tengok nak kuar air mata tau tak ? Yelah, kawan ofis die yang salu buli die tu pun insaf lepas dia hilang sebab kemalangan tu. Dorang siap mintak peluang kedua daripada Tuhan sebab nak mintak maaf dulu kat Azim tapi tak sempat . . . . sebab Azim dah pun dijemput Tuhan. Kemalangan yang menyebabkan kereta die masuk ke dalam sungai dan die lemas.
Point aku kat sini adalah : Macam mana dan apa yang korang nak buat kalau korang tak sempat nak mintak maaf dengan orang yang korang pernah sakitkan ati atau buat salah ? Macam mana kalau korang tak sempat nak mintak maaf dengan mak ayah korang sendiri ? Lu pikirlaa sendiri :)

Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 6 | Learn from this.


Kesimpulannya, dari perspektif aku. 
Eraser ni ibaratkan macam ibu dah ayah kita. Our parent.

*ni wordless ke ? macam wordmore je -.-'' erkk

Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, July 26, 2011

Happy Anniversary MAMA & BABAH :D

25 Julai 1988   

Its been 23 years okay !

Selamat Ulangtahun~

I love both of you guys. Mama abah, this is your special day.
Hehe, happy sangat sebab both of you still together, even sometimes ada gaduh gaduh manja but still both of you are loving couple. Romantik jugak. *Jeles okay :D


Kakak happy sebab dapat jadik anak mama dengan abah.
We're close like nothing cant separated us except death.
This is the beginning of the day for our family.

Love both of you so muchh !

*Sorry lambat updatee, baru balik dari kampung la katekan -.-

Like dan komen lah kalau suka :)

Kenapa tak update belog ?


Hai semuaaa ! 
Okay selama 2 hari lebih aku tak update apa-apaa ~ Semua sebab aku pulang ke kampung menanam jagung. huhu

Lagi lagi sebab opah dah simpan durian untuk cucu kesayangan dia, si Nuyin tuh. Dia kan suka makan durian sampai tidur pun berdengkur okay -.-'' sebab ruang pernafasan beliau tersekat disebabkan oleh molekul molekul durian yang telah dibebaskan di dalam badan. *Apakah ?*

Aku balik kampung Jumaat lepas so arini baru balik. Sampai sampai rumah terus capai cik lappy kesayangan dan bukak belog. Sedih sebab dah lama tak update. Mesti ramai pembaca aku dah larik kan ? *sengal jeee HAHA*

Haihh, kehidupan kembali kepada asal. Tengahari kena masak. Petang malam onlinee je manjang. hihii. Lepastu aku punya challenge tu pon dah terabai. Kena catch up balikk la nampaknya. Ada yang sudi baca belog aku ni ke ? :O


Apepunnn, terima kasih kepada yang sudi follow :D

Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, July 24, 2011

# Day 5 - What makes you different from everyone else ?

Hi semua.
Okay, day 5 - What makes me different from everyone else ?

Aku akan ringkaskan so then lebih mudah untuk difahami :) 

  • Aku seorang yang sensitif tapi tak selalu tunjukkan sisi itu.
  • Walau macam mana badmudd pun aku, Im not showing it to others. Those who close to me know this better.
  • Aku seorang yang terbuka dalam apapun tapi ikut batasan laaa.
  • Aku tak suka diperintah. Ask me gently boleh kan kalau nak suruh buat sumting ?
  • Aku seorang yang suka memasak sorang sorang kat dapur. Kalau ramai ramai dekat dapur, rasa nak masak tu akan pudar dengan perlahan lahan :D
  • Aku suka tidur gelap gelap. Dan sangat mudah terjaga even kalau korang bukak lampu sekalipun. Tutup kipas pun aku akan terjaga.
  • Aku sangat addicted dengan makanan pedas. Sampai mak aku marah :(
  • Aku tak suka berborak dalam kereta. Makan pun tak suka. Kalau boleh dengar lagu je ataupun tidur ~
  • Kalau takda duit, aku takda mud nak keluar atau pergi shopping.
  • Aku suka tengok wayangg sangat sangat ~
  • Aku penakut bawak kereta walaupun aku dah ada lesen full.
Perbezaan antara aku dengan orang lain ?
  • Aku anak Encik Mohd Twa Bin Mohd Daud dan Marlizah Mohamad.
  • Aku tinggal dekat No **, Jalan **, Taman tuuutt ~ Selangor.
  • Pipi aku tembam. Dan aku comel. 
Okay tu je kot. HAHA :D


Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, July 23, 2011

Model cilik :D


Selamat malam blogger tegar yang segar bugar.
Malam ni cuma nak memaparkan aksi aksi gonjeng si bongsu aku yang nan hadooo~ haha, adoii, letih nak melayannyaa. Kalau siapa yang pernah jumpa dengan beliau, memang tahu la kerenahnyaa~

Lagi pulak, aku memang suka melakukan eksperimen ke atas beliau sebab beliau suka rela :D Lagi lagi cita cita beliau memang nak jadi model. Bukan sebarang model okay tapi model seksi yang pakai skirt singkatsingkat. Ohmakkauu~ Sabar jelaaa -.-''

Korang layan jela gambar kat bawah ni. Agak agak kalau beliau dah besar, beliau tahu tak gambar censored beliau tersebar ? :O

Okay, ni lah mak datin nak pergi dinner tapi lupa baju 
tak amek lagi kat butik -.-''
Maafkan kakakmu ini ~ huhuu

Dia dah mulaaa dah. Duk posing macam Ratu Cantik Dunia -.-''
Oh men, jatuhlaa saham aku ~

Terserlahlah gigi beliau yang asik makan gula gula, lolipop tak kira 
masa lagi lagi masa kenduri orang kawen memang mewah kau ~

Ni aku tak ajar buat mata besar besar bulat bulat, mulut comel comel.
Aku tak ajar okay ~ lallalala

Ni pun aku tak ajar jugak~
Buat macam mulut itik nak patuk orang -.-''

Hahaha, korang bayangkan laa, kalau hari hari die duk cakap kat aku, 

"Kakak, cantik tak uyin pakai baju ni, seksi tau, 
nampak peha, nampak ketiak macam MARIMAR"

Agak agak apa respon korang ? Haih, ni baru umor 4 taun, kalau umor 24 buat pangai cenggini memang kaki la jawabnyaa. Haha. Esok beliau ada sukan kat tadika beliau, so nantikan entri tadika nanti okay ? TATA.

Like dan komen lah kalau suka :)

Day 4 - Your favorite photograph of your best friend.



This is my favorite picture with her !

Okay, asal gambar ni diambil masa photoshoot dekat Taman Tasik Perdana harituu dah lama lama dah. Konon konon nak pose saling pandang each other but then it turns to laughing ! Okay, ignore muka aku yang macam tak pernah gelak seploh tahun tu kan -.-''

She is my bestfren ever since school. Tak sangka still rapat sampai sekarang and hopefully sampai bila bila okay dear ? I love youuu Amirah Binti Zainal Abidin, my number one blog stalker kan kan ? HAHA :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, July 22, 2011

Milo Ais.


Minum milo anda jadi sihat dan kuat ! *tibatiba
Dan tiba tiba juga rasa ketagih nak minum ini tiap tiap hari.

Ada kesan negatif tak kalau minum hari hari dalam
 keadaan yang sejuk yang melegakan anak tekak anda ?

Okay, nak paksa mama belikan atau suruh 
abah bawak berdozen dozen lagi macam hari tuu.

Lapar. Nak makan jap. #Okbai.


# Ada sesiapa tahu macam mana kita nak tahu siapa yang selalu komen belog kita takk ? SILA BANTU :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Ada jugak orang macam ni eh ? Pity on him -.-''



Hi, taknak cakap banyak. Tadi masa tengah tergedik gedik kat FB tiba tiba ada orang post pasal forum luahan perasaan ni then sangat terkejut. Cube korang baca cerita kat bawah ni then let me know apa pendapat korang ?


Kelik pada gambar untuk tumbesaran


 Kelik pada gambar untuk tumbesaran

Macam ni punya orang pun ada ke ? Kalau kau sendiri dah cakap kau buruk, kau menyampah tengok diri sendiri kat cermin, kau nak expect orang suka tengok kau ke ape ? Lepastu nak salahkan tuhan ? OH MYGOD. Ayat last kau memang tak boleh belah. Siall lahh puii! -.-

Like dan komen lah kalau suka :)

Korang boleh ? Haha



Curik dekat belog Diana Naubi

Oh mak kau ! Meltingg ~

Gambar zaman purba. Kena censored sikit :P


Sama tak ? Sila cakap sama sekarang !

Rindu nak mimpi baby Min Ho 


Like dan komen lah kalau suka :)

Air Tangan :)

Sekadar ingin berkongsi :

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .


Like dan komen lah kalau suka :)

Kekasih tak dianggap.


Korang pernah tak alami situasi macam kat atas ni ? Maybe sesetengah orang nampak macam simple je macam ala benda remeh. Tapi bagi orang yang alami situasi macam kat atas ni macam mana pulak ? Aku pernah alami benda macam ni dan aku nak bagi korang solution nya.


Bagi korang yang pernah suka atau jatuh cinta dekat someone then that someone leave you without any reason and love someone else cuba korang try tips ni :
  • Korang kena kuatkan diri. Cinta bukan satu, cinta datang dan pergi, just forget those crap thinggy and begin ur new life. Kalau korang menangis meratap macam orang hilang anak pun takkan merubah apa apa okay ? So , bangun dan mulakan hidup baru.
  • Berkawan dengan semua orang. Cari kawan dan banyakkan kawan so atleast korang takkan ingat dengan 'someone' tu melainkan kalau dalam hati korang tu memang taknak lupakan 'someone' tu. Kalau macam tu, tahan jela dengan hati korang yang akan koyak dan rabak okay ?
  • Jangan tunjukkan kesedihan korang. Please lah human, tak kira la girls or boys, be mature. Janganlah lemah sangat. Bukannya korang jadi muflis pun kalau tak dapat bersama dengan 'someone' tu. Well, atleast korang dah tau tu bukan jodoh korang, buat ape nak terkejar kejar lagi ? Buang masa okay. Tunjukkan yang korang happy tanpa kehadiran 'someone' tu dalam hidup korang. Yang penting korang tunjukkan yang korang boleh HIDUP tanpa 'someone' tuuu ~
  • Ni kalau sapa yang kuat jelah boleh buat. Korang hadapi je 'someone' tu dalam kehidupan seharian korang. Buat je dia macam orang lain, biasa. Layanan yang sama korang bagi kat orang lain. No spesial, No excuses. Amacam ? Ada berani ?
  • Find another guy/girl dalam hidup korang untuk menggantikan 'someone' tu. Walaupun tak mudah tapi bukak lah hati korang kat orang lain pulak. Tak salah kan ? Slow-slow pun takpe atleast korang cuba.
“I'm not supposed to love you, I'm not supposed to care, I'm not supposed to live my life wishing you were there. I'm not supposed to wonder where you are or what you do...I'm sorry I can't help myself, I'm in love with you.”

Haa, aku pun bukan Dr Cinta yang pandai sume ni benda ni bagai. Tapi ini sekadar tips, pandangan, pendapat aku je bagi orang yang mengalami situasi di atas. Well, tak salah kalau cuba, bak kata YUNA, "Kalau tak cuba mana nak tahu suka ke tak " kan ? kan ? 

So, selamat mencuba kawan kawan semua :)

Like dan komen lah kalau suka :)

IDA : BLACK AND WHITE CONTEST


Semenjak dua tiga empat menjak ni, eksaited beno join contest, so kali ni nak join lagi. Walaupun tak pernah menang, apa salahnya mencuba kan ? :)

Contest kali ni adalah contest IDA : BLACK AND WHITE CONTEST

Ni haa banner untuk contest ni 


Beliau la yang menganjurkan contest ni, Cik IDA. Kalau korang
nak tengok apa hadiah hadiahnya, klik je kat link atas tu :)


Ni adalah gambar hitam putih yang aku rasa paling cun kot~ cewahh :P
Keyakinan tu mesti mau ada, ye tak ?
Insyaallah, kalau ada rezeki tak kemana lah.

Lastly, gudluck to all contestants ! 



Like dan komen lah kalau suka :)

# Day 3 - Your idea of the perfect first date.



Hai, terima kasih kepada korang yang sudi follow belog usang ni :)
Kalau taknak follow pun takpe, at least tinggalkan komen pun dah cukup berharga.

Okay, hari ke tiga, kena siapkan tugasan untuk hari ini. My idea of the perfect first date.
Apa ek ? Huhu, first date yang sempurna ? Ada ke ? Maybee ada tapi macam rare je. hee
Okay, kalau korang tanya aku, first date yang sempurna bagi aku, macam macam kot tapi aku just ringkaskan je. Okay ?



  • Mulamula sekali aku nak BOY arrange that day, their first date dengan GIRL tu with full of surprise. baru besttt !
  • BOY datang rumah jemput GIRL 'on time' okay, dan mintak izin dekat parent GIRL tuu. sweet !
  • Then, BOY bawak je kereta tapi takpayah bagitau GIRL nak pegi mana. *jangan pulak bawak tempat tak elok*
  • Sampai sampai je kat tempat makan, terus bawak GIRL duduk makan, hee, semua makanan sedap sedap. Pastu ada orang main muzik sumee. *macam cliche je -.-*
  • Pastu bawak GIRL pegi tengok muvie midnite punya. Beli popcorn sume pastu dalam wayang tu ada korang dua je. lalallalala~
  • Balik tu bagi hadiah kat GIRL dan cakap benda yang sweet sweet je kat GIRL tu :)
Adoii, macam geli je bila baca balik. haihh, aku tak tahu la perfect first date tu macam mana, tak da idea. Tak pernah terpikir atau berangan pun. haduii~ 

Yang aku tahu, masa first date aku dulu, aku janji dengan en boipren nak jumpa kat satu kedai makan ni, RESTORAN WARDINA. aku datang dengan kawan aku, dia pun dengan kawan dia. *orang biasa berdua, kitorang berempat -.-''*

Lepastu, masa aku dah tunggu kat kedai tu, en boipren ada kat Batu Pahat. Aku pulak kat restoran kat Pasir Gudang. Ekceli, aku memang nak makan malam kat restoran tu, sambil sambil tu saja duk mesej en boipren, pastu tetiba beliau kata nak jumpa, so aku pun tunggu ja la. Korang bayangkan lah, masa tu en boipren still kat Batu Pahat lagi wehh~ Tapi takpela, nak jugak jumpa kan hikk~ tunggu jugaklaa, *tiba tiba dok hujan renyai* Dan dalam kehujanan tu beliau sampai dengan kawan beliau. 

Sian beliau basah kuyup, aku dah cakap tayah jumpa, esok pun leh jumpa, tapi beliau nak sangat. Kitorang pun jumpa. Beliau pun cite laa, beliau punyalah meredah hujan dengan kawan beliau semata mata nak jumpa aku. *nasib baik selamat sampai lau tak -.-''* Huu, rasa terharu dan bersalah pulak. Aku pun teman lah beliau makan dan borak borak.

Esoknya, beliau demam. Itulah cerita first date aku yang tak sempurna pun tapi alhamdulillah kekal sampai sekarang :)

Setiap gambar ada cerita :)

Jumpa next entri :)

Jum kelik --> Anniversary Pertama :)


Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, July 21, 2011

We gonna have some fun !



Salam semua.
Entri kali ni cuma nak cakap pasal plan for this end of July. Harapharap semuanya akan berjalan dengan lancar :)



Yeah, this is it. Aku dengan some group of members dah plan nak pegi mandi manda dekat Bukit Merah Lake Town resort ni :) We all dapat tiket free so tinggal nak pegi sajaaaa. Hehe, yang paling bestnya sebab dapat pegi bersama yang tersayang :D Happy gilak ! Tapi happy pun takdalah over sangat sebab yelah, ramadhan pun just around the corner je kan. Kena beringat jugak tak boleh seronok sangat. Macam mymum cakap, "Jangan gaje sangat". Err, gaje tu ape ek ? heee~ Kitorang satu family je paham. 

So, 30 July 2011 we will come to youu Taipingg ! Wait for us :)


Like dan komen lah kalau suka :)

Long Distance Relationship : Worth or Not ?



Ini adalah entri yang di post semula untuk tatapan anda :)


Hari ini saya akan berkongsi cerita mengenai cinta jarak jauh.
Setiap orang mempunyai pendapat berbeza mengenai cinta jarak jauh ini, ada yang mengatakan mereka tak boleh berjauhan kerana kononnya jauh di mata, jauh di hati.  Ada pula yang lebih gemar bercinta jarak jauh, kononnya supaya mereka tidak bosan.
Dari pengalaman saya, dekat atau jauh tidak ada bezanya. Yang penting adalah orang itu sendiri. Ketika saya bercinta jarak jauh, perjalanan 200 kilometer pun sanggup ditempuhi. saya pernah pergi Penang>Ipoh>Penang>Ipoh>Penang balik dalam masa 2 hari. Cinta punya pasal.
Itu waktu berjauhan. Tapi walaupun dah dekat, tetapi hatinya buat onar, cinta pun boleh dikatakan tak cinta. Kalau tidak macam mana nak menjelaskan pergi balik Penang Ipoh 3 kali dalam 2 hari kalau bukan cinta namanya.
Long distance relationships and dating occur when two people live far apart from each other and are unable to see each other but on holidays, weekends, or on vacation.
Long distance dating can be very difficult for some relationships if the people want to be together more often. Som people enjoy long distance relationships because it gives them the time apart from each other to fully appreciate each other when they are able to be together.
Some long-distance dating may not last a long because they are too difficult or one of the people in the relationship may end up moving closer so they can be together.
When couples experience long distance dating they are usually able to see each other on the weekends if the distance isn’t too far apart. If the couple is too far away to be able to see each other on the weekends then they will use their vacation time from work and see each other on the holidays. Whenever they can get the time available they will see each other.
The couples are able to communicate by phone, email, and other methods, but they can only see each other when one of them are capable of traveling.
Long-distance dating can be difficult for some people if they find they want to see more of the other person and the distance is just too far.
However, it can be good for a relationship to have the time apart because when they do see each other the two are extremely happy to be together and they don’t take each other’s time for granted.
Saya masih ingat ketika time-time awal dating jarak jauh dulu (2,3 & 4th date), saya selalu sebak dan sedih waktu hujung-hujung waktu nak balik tu sebab akan berpisah sekejap. Sebab nanti bulan depan baru boleh jumpa. Masih ingatlah perasaan waktu ronda-ronda dalam bas di Pulau Pinang dulu.
Orang yang saya kenali selalu mengatakan, “Love is about 2 people”
Kedua-dua pihak perlu berusaha dan sama-sama give and take dalam sesuatu relationship itu. Susah untuk membina sesuatu dan ia memang mengambil masa. Tetapi untuk memusnahkan sesuatu (dan menganggap ia tidak ada) memang mudah.
Jangan sampai sudah terantuk baru tergadah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah.
Kadang-kadang apa yang kita cari-cari sudah berada di depan mata, namun kerana ikutkan hati dan perasaan tamak (tidak puas hati) yang selalu beraja dalam diri kita membutakan mata dan mentulikan telinga. Ada petani yang telah membanting tulang bertahun-tahun mengerjakan tanahnya, tiba-tiba menjual tanah tersebut untuk menyertai skim cepat kaya. Walaupun tanah tersebut diketahui beliau sebagai tanah yang baik dan subur, petani tersebut tetap menjualnya kerana ketamakannya.
Konon-kononnya boleh kaya cepat, hidup senang dan berkereta besar. Tidak perlu tunggu sampai tua kerepot baru hendak menikmati hidup katanya.
Tiba-tiba, panas yang diharap sampai ke petang, hujan lebat dan ribut petir pula di tengah hari. Skim cepat kaya tadi tutup dan petani tersebut bukan sahaja kehilangan wangnya, tetapi juga tanah yang setia berbakti kepadanya sebelum ini.
Sekarang, petani tersebut berpindah-randah menumpang kasih menghambakan diri kepada tuan-tuan tanah yang sudi membenarkan dia berteduh sebentar sebagai upah mengerjakan tanah mereka.
Tuhan itu Maha Adil. Orang yang tamak dan menzalimi orang lain (lebih-lebih lagi mereka yang bangga berlaku kejam) akan mendapat ganjaran dan balasan seperti yang telah dijanjikanNya. Lagipun doa orang-orang yang di zalimi itu makbul.  Maka oleh itu, janganlah kita menzalimi orang lain.
Wah, jauh kita berpusing. Dari kisah cinta jarak jauh sehinggalah kepada analogi petani. Sekali lalu, nampak seperti tidak berkaitan. Namun dari pengalaman saya sendiri, ia sebenarnya berkaitan sangat. Bacalah dan fikir-fikirkan.
Dari Meja Penulis : Mr X


Like dan komen lah kalau suka :)

# Spontaneous Thursday 4 | Long Distance Relationship


Never break four things in your life - Trust, Promise, Relation and Heart. Because when they break they don't make a noise but they will make a lot of PAINS.

Like dan komen lah kalau suka :)

# Spontaneous Thursday 3


The only reason why people hold on to memories is because they are the only thing that stays the same when everything 
else changes :)



Like dan komen lah kalau suka :)

# Day 2 - Your favorite movie


Holla peeps ! Haw ya duingg ?
For the 2nd day of challenge, the title was 'Your Favorite Movie'~
Aku akui aku seorang yang kaki tengok wayang, tapi sekarang da kurengg sebab . . . . adalah sebabnya~ hikk

So, movie fevret aku ? Korang nak tahu sangat ke ? Angguk lapanbelas kali dulu~ hoho, bagi kawan kawan yang rapat dekat dengan aku mang da paham sangat dengan kerenah aku, minat aku dengan genre movie yang aku minat :)

Aku paling suka movie yang serammm, aksi yang thrill sumee tu lah~ wehhee
Mesti ramai yang tak caya, girl macam aku suka tengok movie macam tu kan? Hehe, kalau pergi wayang, movie yang pertama sekali aku cari adalah cite seram atau cerita thriller~ kalau takda baru pandang cite yang lain pulok.

Antara cerita favvy aku :-

  • SAW (dari 1-7) yang paling latest apa ek ?
  • Final Destination
Banyak lagi tapi dah tak ingat sebab banyakkk sangat :)
Sabor jelah en boipren dengan aku. hehe, tapi kadang kadang ade jugak tengok cite action dengan beliau~ kadang cite cinta cinta pun ade jugakk tapi tu pilihan kedua lah.

Itu jelah fevret movie aku. Apepun aku still lagi girl yang lemah lembut lagi bersopan santun even aku suka tengok movie macam yang diatas.

Salam jumpa lagi :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, July 20, 2011

# Wordless Wednesday 5 | Miss you


Sempat lagi kan nak buat #Wordless Wednesday ? hehe
Just wanna say I miss this guy so much.

This end of July we will meet. YAY~
*bila sorang di Johor, sorang di Selangor macam ni lah jadinya*

Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 4 | Doodle of me & him :)




Haha, saja buat doodle diri sendiri dengan en boipren :)

Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 3


Like dan komen lah kalau suka :)

Batuk -.-''

Batuk ialah satu mekanisma refleks untuk mengeluarkan kahak dan benda-benda yang asing daripada saluran udara paru-paru. Maka itu, batuk begini membawa manfaat dan berlaku sekali sekala walaupun kita rasa sihat. Akan tetapi, dalam banyak keadaaan, batuk yang kerap dan serius akan menjadi satu beban yang menyusahkan dan bukan lagi mendatangkan manfaat terutamanya pada waktu malam. Batuk lazimnya diikuti dengan selesema.
  • Batuk berkahak atau bermanfaat ialah batuk yang menghilangkan gangguan dalam saluran udara yang disebabkan oleh kahak.
  • Batuk tidak berkahak (batuk tidak berlendir) ialah batuk yang umumnya disebabkan oleh tekak yang gatal dan yang lebih mengiritasikan daripada memberi faedah.
Terdapat 2 jenis persediaan bagi anda menghadapi batuk. Satu ialah jenis ekspektoran (Breacol) untuk batuk produktif dan satu lagi ialah jenis supresan yang biasanya diberikan oleh doktor di farmasi.

  1. Ekspektoran merangsangkan sereksi dalam saluran udara dan mempermudahkan pengeluarannya.
  2. Supresan membantu untuk melegakan batuk dengan bertindak terus terhadap pusat batuk di dalam otak.
Okay I drink this triple times a day -.-''

Tibatiba jadi macam wikipedia pulak aihh. Ni semua gara gara batuk yang menyerang aku 2-3 menjak nih. Haih, nak tido pun susah apatah lagi nak bernapas. Dengan kawan baik dia selesema duk join menginap kat badan aku ni ha. Breacol ni jelah ubat yang aku tengah makan setelah minum air masak bergelen gelen pun masih takda perubahan.

Tolonglaaa, tolonglaa, ada petua atau cara lain tak nak hilangkan batuk ni ? Anyone ? -.-''


Like dan komen lah kalau suka :)