ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)


Salam :)

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua followers tersayang, bloggers satu Malaysia dan juga luar Malaysia :) Semoga lebaran kali ini membawa kebahagian dan keharmonian kepada kita dan yang tersayang. Aku nak susun jari sepuluh kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa sepanjang aku berblogging kat sini. Kalau ada yang terasa, terkecik hati dengan aku, maafkan aku ye ? :)


Pastu, nak dijadikan cerita, aku tak banyak ongkos nak pos kad raya kat korang so, aku gunakan kemudahan yang ada, aku pos kat sini je. hihii~

*Bajet sedondon dengan Encik Bf taun ni wane kuning. ngee~ :P


*Aku balik kampung pagi raya. Korang ? :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, August 28, 2011

Salah ke kalau teringin je pung~



# Salah ke kalau aku nak bilik macam ni dah kawen nanti ?
Gatal kah aku ? :O Tak kan ? Huwaa~

Bilik tu comel sangat. Letak gambar banyak banyak kat dinding.
Of coz la gambar both of us. hehe.
Terjumpa gambar ni terus berangan bukan bukan.

Astaghfirullahalazim ~ -.-''
Bawak mengucap. Okaylah, nak teman mama pegi bazar. Kbai.



*Entri takda motif sebab mood raya dah datang :P



Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, August 27, 2011

Foto Keluarga :)


My family portrait :)

Ini baju raya tahun lepas. Dalam keluarga aku, WAJIB baju raya warna sedondon satu family. Kalau nak sedondon dengan gf ke bf ke beli lain lagi sepasang :P Tapi tiap tiap tahun aku akan sedondon dengan family dan juga encik bf. Tahun ni family decide nak kaler silver. Dan encik bf pulak dengan baik hati belikan sepasang lagi sebab nak sedondon punya pasal walaupun taktahu lagi dapat beraya bersama ke tak. Heee, so nantikan gambar raya yang terbaru nanti ye. Dan yang pasti there must be another family portrait :)

Cuba teka aku anak ke berapa ? :)



*Gambar kat atas ni aku tangkap dari dalam frame sebab tu nampak ada bayang bayang :P




Like dan komen lah kalau suka :)

Asyik blogger fofuler jer ~


Salam, hi :)

First of all, aku nak ucap terima kasih sangatsangat dekat Marya Hana sebab sudi review belog aku yang tak seberapa ni. Thanks sebab cakap aku blogger cun~ Muahaha *perasan jap tak salah kan :P*

Entri kali ni cuma nak cakap cakap omong kosong je. Kalau masuk dalam pale otak okay jugak tu :P Huhu, okay, aku just nak cakap kebanyakan blog yang aku usha, aku BW, mesti aku usha entri kat belog tu dulu, pastu aku akan cari BLOGLIST dorang.


Korang tahu tak bloglist tu ape ? Kalau cari dalam belog aku ni memang takkan jumpa sebab aku tak letak bloglist pun. Nak tahu kenapa ? Sebab aku lagi prefer pegi kat dashboard pastu scroll dari atas sampai bawah update update terbaru belog yang aku follow. Then, dari situ laa aku jumpa bloglist dorang dan BW.


Kalau aku letak bloglist, aku ni memang jenis tak jenguk belog sendiri, so memang bloglist aku takkan berusik. Kadang kadang ada belog yang aku takpayah letak dalam bloglist pun sebab memang dah ada dalam pale otak aku.


Lagi satu, dah macam cliche pulak kan, tiap tiap kali pegi belog newbies, mesti ada bloglist pastu dalam bloglist tu WAJIB letak link blogger fofulerr~ Okay, bukan jeles atau dengki, jauh sekali busuk ati. CUMA, bagi pendapat aku jela kan, apa salahnya kalau korang letak link blog blog yang baru nak naik, yang orang tak bape nak kenal lagi, tapi pilih la blog yang terbaik. Jangan laa pilih blog yang entri dia asyik cite pasal, 'I Love My Baby Boy Damn Fucking Much LOL', 'Semalam gi dating kat tepi longkang.hukhuk' atau 'My boypren is my asben'. 


Hamboi~ Kalau macam tu, adik aku yang bongsu tu pun muntah nak baca. So, pilih blog yang menarik perhatian korang. Ni kadang kadang aku pun bosan, pegi blog CikTipah bloglist dia ada link blogger fofulerr A, B, C dan D. Pegi blog Cik Midah pun sama jugak. Bosan weh bosan ~ Arghh!
Belog Cik Tipah punya beloglist~


Belog dorang tu aku pun follow jugak siap bookmark lagi kenapa sume belog pun ada -.- macam laa orang tak kenal dorang kan. Kesian kat blogger blogger baru yang nak mencari sesuap nasi ni. *Macam cakap kat diri sendiri je :P* Dan aku berterima kasih sangat dekat belog belog yang sudi letak aku ka bloglist dorang. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda. Ceitt~ Haha


Belog Cik Midah pun ada jugak -.-''


So, apalah salahnya kalau korang try letak blog blog baru yang entri gempak nak mampus kat bloglist korang, nescaya nanti traffik korang pun UP jugak kot ? Yelah, benda baru kan ~ Sapa taknak tengok~ Haa, tu jelaa aku nak merepek. Aku mintak maaf siap siap kalau pendapat aku ni macam pendapat orang kedengki dengan blogger fofulerr cuma aku nak blogger blogger baru pun dapat tempat dalam dunia blogging ni :) Maaf ye ?

*Untuk pemenang giveaway yang tak dapat adiah lagi, maaf, aku akan siapkan secepat &  sepantas yang mungkin ye. hehe.




Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, August 26, 2011

Kurang pahala puasa aku -.-''


Salam malam ~

Alkisahnya tadi aku berbuka dekat luar dengan family aku. Kitorang berbuka dekat restoran kawan mama. Dekat je pun dengan rumah, so petang tu sebelum berbuka abah dah suruh adik aku pegi order dulu siap siap nak makan apa so then nanti datang makanan dah siap :)

Dalam kul 7 suku camtu kitorang gerak. Pastu terus pegi tempat yang dah direserved. Duduk duduk borak borak. Ramai dah yang da ada kat restoran tu. Kira nak dekat berbuka jugak laa kan.

Tiba tiba . . 
Lukisan malas sebab perlu ke nak cantik cantik? :P

Datang la satu kereta ni, pastu turun sorang lelaki diikuti seorang perempuan, bukan wanita tau, tapi perempuan. Kira remaja lagi laa. Amboihh, pakaian dia mak kauu~ Takpayah nak cakap laa kan, ibarat dalam gambar diatas laa ye :)

Dia boleh rileks rileks lenggang kangkung je jalan masuk kat restoran tu dengan pakai baju tak berlengan, skirt pendek atas lutut yuuu all~ -.-''
Aku macam tergamam, err, dia ni nak bukak pose ke hape ? Ke nak gi kelab singgah minum minum jap~ *Haaa, kan dah kurang pahala pose aku tadi :(

Siyes weh, mama pun macam erkk! dengan adik adik laki aku abah aku suma tengok je pompan tu, tu belum kira dengan orang orang lain yang ada kat restoran tu jugak. Haihh, pompan ni dahlaa mengurangkan pahala pose aku, pastu mengurangkan jugak pahala pose laki laki yang ada disituuu~

Korang bayangkan laa skirt pendek atas lutut nak duduk camne la gamaknye tu -.-'' Entahlaa, kot ye pun lifestyle kau macam tu, hormat laa orang sekeliling, kau tu Melayu yang dah tentu tentu dilahirkan Islam kan. Makcik makcik suma duk geleng kepala je. Anak sapalaa ni dorang cakap dalam ati~

Okay, astaghfirullahalazim~ Bawak bawak mengucap. Itu saja untuk malam ni.
Jumpa lagi dalam gosip gosip Ramadhan. Ceitt! 





Like dan komen lah kalau suka :)

Freebies untuk semua :)


Salam semua. Apa khabaq ? Hoho~ 

Hari ni mood aku tibetibe rajen nak buat freebies kan. Khas untuk semua pengunjung belog usang ni :) Biasa orang letak dekat shoutmix atau CBOX kot ? Tak kesah laa mana mana pun. 

Kalau nak amek, amek jela. Dah nama pun FREEbies kan ? Takkan nak bayaq plak~ Kalau nak bayar pun takde hal lah hihii~ Tapi mahaplaa sebab lupa lak nak buat untuk lelaki tapi laki ada ke pakai benda benda camni kat shoutmix dorang ? heheheheh :P

Okay, have fun. Tapi kalau dah amek tu, biasa biasa kan lahh cakap terima kasih :)

For girls & ladies
Versi Biru
Versi Hijau
Versi Oren
Versi Merahjambu
Versi Hitam
Versi Ungu
Versi Kuning


For boys & men
Versi Biru

Versi Hijau

Versi Ungu



*Tahap kemalasan melampau sebab malas nak upload dalam photobucket pastu bagi kod terus dekat korang. heee. maaf :)





Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, August 25, 2011

Doodle Untuk Cik Ain SSB :)


Selamat malam si cantik dan si kacak :)

Sebelum aku melelapkan mata ni, izinkan aku update entri terakhir untuk hari Khamis ni. Yelah, dah nama pun hadiah mana boleh tangguh tangguh kan :)

Doodle kat bawah ini adalah untuk pemenang tempat kedua giveaway hari tu iaitu Cik Ain SSB :) Beliau ni duduk kat England ye adik adik so kalau nak bagi hadiah yang kena pos tu tak tahu la macam mana gamaknya. Nasib baik aku punya hadiah takpayah pos :P

Doodle Cik Ain pegang duit raya. teehee~

Cik Ain cakap beliau nak doodle dengan quote tulis selamat hari raya so here goes the doodle :)

Maaf Cik Ain kalau doodle saya ni tak menepati citarasa awak, kalau tak cantik boleh claim lain eh ? Haha :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada awak ye Ain :)

Like dan komen lah kalau suka :)

# Spontaneous Thursday 12

Selamat Berbuka kepada semua bloggers :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Doodle couple untuk Cik Ana :)


Salam,

Harini nak update simple je sebab entri kalini cuma nak bagi Cik Ana doodle seperti yang dijanjikan :) 

Yelah, beliau kan pemenang pertama giveaway haritu so kat bawah ni hadiahnya. Ini untuk Cik Anamizu sahaja ye, Cik Ana lain tak dapek la den nak nolongnyaa. Hihihi~

Harap Cik Ana suka :)


Doodle couple dengan aksesori dan jugak quote :)

Saya tak letak 'watermark' sebab doodle ni dah pun jadi hakmilik Cik Ana tapi still saya ada letak nama belog sebagai hakcipta. Takpe kan Cik Ana ? :)

Doodle untuk pemenang yang lain akan menyusul, just wait :D




Like dan komen lah kalau suka :)

# Spontaneous Thursday 11


Whooaaa >.< Quite interesting :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Giveaway Beg Comel daripada Kukutanganku (^_^)



Salam Ramadhan Kareemm :)

Harini nak join satu giveaway daripada kawan satu sekolah time sekolah rendah dulu. Huhuu, Mira sorilah lambat join, busy buat doodle :P

Okay, so harini aku akan laksanakan giveaway ni yeah!

Ni adalah banner untuk giveaway tersebut >.<

Amacam, terangkat tak tengok banner kat atas ? Banyak kan beg comel comel ? Huu, kalau korang nak, jumlah join ramai ramai, Insyaallah kalau ada rezeki tak ke manalah :)

Tarikh tutup taktahuu lah tapi Mira cakap sebelum raya so, tunggu apa lagi ? Dan last sekali aku kena tag 3 orang blogger untuk join, aku nak tag :

- Anamizu (sebab aku tahu beliau suka join giveaway :P)
- Syarifah Zakiah (nak beg comel tak, jum join jum)
- Aimi Adilah (beg comel menanti anda :P)


*Harap harap ada rezeki menang, weee :P


Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, August 24, 2011

Follower ke 300 :)



Salam :)

Malam ni aku nak ucapkan terima kasih kepada follower yang ke 300 Belog Cik Zety ni :)

Iaitu ~



Kat atas ni adalah header belog Fifi Farhana ni. Minat ladybird kot, tapi ladybird memang comel pun :) Nice belog dan temanya merah itam.

Kalau korang nak terjah belog beliau, klik je kat header atas tu :)


Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 12



# Syukur masih bernafas di bumi Allah ini.
# Syukur masih bernafas di bumi merdeka ini.

Like dan komen lah kalau suka :)

Orang tamak selalu rugi -.-''

Woahh~

Tajuk nak hot je kan. Apapun assalamualaikum semua bloggers comel hensem :)
Harini sebelum nak post pasal Rabu Kedu, nak potpet dulu pasal entri ni. Sebab entri ni patut dah post lama dah heee :P

Khamis lepas, iaitu pada 18.8.2011, aku and da geng saja je buat plan nak berbuka sama sama. Macam biasalah, orang yang sama je join, Myra and bf, Emma and bf dengan kawan si Naz, Faizal. *Okay aku jadi single untuk hari itu. wuu*

So, takpayah banyak cakap, let the pictures do the talking :)


Okay ni masa dalam komuter. Harus ada gambar pouting HAHA

Konon nak buat pose serius tapi hampeh -.-''

Perlu ke ? Perlu ke ? 

Sesi camwhore harus ada ye adik adik >.< 

Ni Myra punyaa heee

Okay muka tengah tunggu azan. Nafsu dah membuak buak 
konon boleh habiskan semua lah kan -.-''

Ni aku punyaaa ! :D *tu bukan meatball ye*

Sosej dengan cheesecake tu sedaaaapp sangat ^^

DONE. haha

Keterpaksaan untuk menghabiskan -.-''

Sempat lagi pose kan~

Emma & Kerol :) 
*Thanks weh sanggup datang dari jauh ~ jauh la sangat :P


Myra & Naz :)

Muka dah full tapi kena abeskan jugak. hahaa :P

On the way balik :)

Last but not least, kasi pis sikit :D

Plan mula mula nak pegi Jalan TAR nak usha baju raya apa suma kan, then tengah jalan jalan tiba tiba ujan lebat gilerr so kitorang buat keputusan untuk ke Mid terus since memang nak berbuka kat sana kan. Sampai Mid terus jalan jalan, teman si Myra cari jeans lah, kasut lah, boleh tahan letih jugak laa maklum la bulan pose kan :P

Then, tengok jam dah almost 6 pm kitorang terus roger si Emma sebab beliau still tak sampai lagi. Bila semua dah sampai terus je gerak ke Nandos sebab dah nak berbuka dah pun.


Kat sini lah start ORANG TAMAK SELALU RUGI ye adik adik -.- sebab konon konon la bajet perut ni boleh dan mampu la kononnya nak makan yang set punya siap air, cake dengan sosej but at last, sosej habis, cake half je makan, nasi tak abes pun. huwaaa~ Membazir je kan T.T


Sedih okay tengok makanan tak habes tapi nak buat macam mana, perut dah mintak belas kasihan da, dia dah tak mampu nak tampung anything da -.- dah laa air bape gelas kan. Itu point yang sebenarnya. Minum je lebih. Cehh~


Habis berbuka sambung shopping then sambung pegi Jalan TAR balik. wee~ Around 11 kot kitorang balik :) Tapi memang puas sangat dapat jalan jalan, window shopping dan makan makan sume. Dah lama tak buat aktiviti ni :P


Okaylaa korang, tengah nak ubahsuai belog ni :) Jumpa lagi~






Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, August 23, 2011

Senarai pemenang GiveAway | Saya suka doodle by Belog Cik Zety

Salam lebaran ~ EH, belum lagi okay :P


Hoho, okay arini aku cuma nak bagitahu senarai pemenang yang menang GiveAway | Saya suka doodle by Belog Cik Zety. uhuu~ *maaf sebab lambat update, line semalam cam siput sedut -.-''


Okay, kat sini aku nak bagitahu, aku ada buat pembaharuan dari segi pemilihan pemenang. Aku tak gunakan Random.org tu sebab macam pelik je mungkin sebab aku tak reti guna kot. huhuu :P


Jadi aku gunakan method potong kertas kecik kecik, tulis nombor 1 sampai 26 pastu lipat then suruh mama dengan Nurin tolong cabutkan. And aku dah dapat pemenangnya :)






Here goes the winner ~
 
 
 


Tahniah kepada pemenang :) Dan kepada pemenang nanti sila bagitahu korang nak doodle versi biasa atau versi kad raya dan pemenang pertama & kedua bagitahu laa detail yang korang nak. Sebagai contoh :

- Pemenang pertama : Doodle couple (So bagitahu nak doodle boy or girl) pastu nak letak quote ape :)

- Pemenang kedua : Nak letak quote ape :)

Okay, itu saja untuk hari ini. Kepada yang tak menang, jangan sedih sedih, nanti aku buat freebies okay ? :)

Till then, babai :) *doodle akan diberi kepada pemenang dalam jangka masa seminggu*


Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, August 22, 2011

GiveAway dah tutup :)

Hi


Cuma nak bagitahu.


GiveAway | Saya suka doodle by Belog Cik Zety telah pun ditutup. Untuk mengetahui senarai pemenang aku akan bagitahu pada next entri. Harap bersabar :)

Like dan komen lah kalau suka :)

GiveAway | Saya suka doodle by Belog Cik Zety


Kelik kat banner kalau nak join :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Teringin tapi . . .

Hi semua !

Entri kali ni sekadar suka suka dan takda kaitan dengan sesiapa pun. Cuma keinginan penulis dan kekaguman penulis saja :D

Canteknyaa rambut dia. # Jeles -.-

Kawaii ~ :O

Paling COMEL. haha :P


Okay, cukup. Tak baik perasan bulan ramadhan ni.
Astaghfirullahalazim ~

# tata :)

Like dan komen lah kalau suka :)