ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, September 30, 2011

# Faboulous Friday 2 | Just for fun :P




Like dan komen lah kalau suka :)

Review Belog Best : Sarasudin Talkie.Talkie


Salam PEOPLES !

Dah lama tak update, rasa tak sedap badan pulak. *kuikui* So, malam ni aku nak review belog kawan aku ni. Aku review belog beliau bukan sebab beliau kawan aku tapi sebab belog beliau memang best :) 

Sinopsis belog beliau ni, beliau selalu belog tentang life beliau dan yang menariknya, beliau selalu jugak cerita pasal pets beliau yang sangat comel ! Hamster 2 ekor yang diberi nama Jabberwocky dan juga PP :D *rindu nak main dengan mereka !*


Haa, ce korang tengok header beliau. Header beliau pun unik dan menarik perhatian. Nampak comel gitewww. Orangnya pulak 100% made in Pahang :P

Cute kan Cik Sara kitee ni :)

Kalau ada masa, korang singgah singgah laa belog Cik Sara kitee ni. Tak rugi punyaa laaa. hihi~ Apa apa pun, terima kasih jugak taw kepada korang yang sudi follow belog ni dan sentiasa mengikuti perkembangan belog ni :) Saranghaee >.< *gedik jap*


Semakin hari, semakin best keja Eye Q mehh :P Till then, bubyeee korang :)





Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, September 28, 2011

# Wordless Wednesday 16 | HAHAHAHA :D



# Hohoho~

Baby : Kenapa abang ni senyum sorang sorang? Comel jugak :P


*Gaduh, baik balik, gaduh balik, baik balik. Pahit manis bersama :) Saya tetap sayang awak~





Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 15 | Sabar jelaa -.-


#Ramai yang view tapi sorang je yang join. kuikui~

Alah bisa tegal biasa :)



Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 14 | Thank you Allah SWT :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Wah, tak sangka :D



Salam semua !

#Mata bersinar >.<


Haa, terkinja kinja kejap bila google nama cik belog comot lepastu nampak nama Belog Cik Zety berada kat bawah nama Belog Cik Aish. hehe. Dan yang lagi happy sebab taip belog cik je pun dah boleh keluar nama belog kesayangan :D *senyum sampai belakang telinga*
Rasa happy sampai period pain pun boleh hilang. Amboi, hebatnya kuasa belog :P 
Tapi yang paling penting, tanpa sokongan daripada korang, pembaca dan juga followers belog ini, siapalah Belog Cik Zety kan :) Terima kasih jugak kepada mereka yang sudi promot belog ini atau yang sudi letak belog comot  ni dalam bloglist korang :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, September 27, 2011

Siapa nak kawen angkat tangan ! | Yang Terbaik Untuk Anda :)


Hi ! Hello ! Salam !

Okay, based on the title above, siapa nak kawen angkat tangan cepat ! hihi~ Amboi, ramainya. Yang nak kawen memang laa ramai, yang dah ready nak kawen, yang da pegi pun kursus kawen baru sesuai nak angkat tangan :P

TAPI ! Yang belum nak kawen pun boleh jugak. Yang nak buat studio photoshoot ke, nak buat pre-wed punya ke, atau apa apa jelaaa yang berkaitan PHOTOGRAPHER. Di sini jawabannya ~ *amek kaw :P

Malam ni aku nak rekomenkan dekat korang fotografer yang terbaik dari ladang. Wah, ayat nak mantap je :P Tapi diorang memang the best laa. Nak tahu sebab apa ? Haa, meh sini aku nak habaq mai dekat korang :)

*For more info, just click this picture :)

Biasanya dorang buat photography service untuk wedding, potret, family potret, birthday party, modelling dan banyak lagi. Antara hasil kerja yang dorang dah hasilkan adalah macam kat bawah ni :


*Modelling

*Potret


*Wedding
*Pre-Wedding

Haa, amacam, cantekkan hasil kerja DoubleAlpha ni. Kalau korang nak  tengok lebih banyak lagi, just 'like' je page ni Double Alpha | Photography. Tak rugi pon kalau like kan~

Dan, yang paling bestnya, ada promosi untuk wedding bagi sesiapa yang memerlukan khidmat fotografer :) dan promosi ini start taun depan, 2012. Kepada korang korang yang still mencari cari lagi tu, boleh laa booking awal awal. Bestnyaaaa kawen ~ *tibetibe :P


Apalagi wehh? Berbaloi baloi. Setakat ni semua yang pernah menggunakan khidmat dorang ni semuanya berpuas hati. Jadi, korang bila lagi? :D


*Kalaulaaa aku nak jadi Memey kedua leh tak? Tapi aku taknak laa suami orang. Aku nak kawen disponsor sini dan sana ~ (Astaghfirullahalazim, berangan je kejenya) :P




Like dan komen lah kalau suka :)

Please help me :D


Salam kawan kawan :)

Korang, aku ada benda nak tanya ni. Bak kata pepatah :


"Malu bertanya sesat jalan"

So, aku taknak sesat jalan dan korang tolonglah aku kalau korang tahu okay? :)
Aku dah banyak kali jugak try tapi tak jugak jumpa jalan penyelesaiannya. 



Ha, ni lah masalah yang melanda aku ni. Macam mana aku nak tuka benda yang dalam bulatan tu? Sebab tu bukan url belog aku, belogcikzety.blogspot.com. So, macam mana nak tukar benda ni ek? Tolonglah ajar aku. Kadang kadang aku ni blur jugak -.-''

Hoho, itu saja :) 


Jumpa next entri peeps. Love yaa !





Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, September 26, 2011

Korang mesti penah kan ? Tipulah kalau tak penah :)


Salam ! 

Malam ni saja nak korang ingat balik kenangan lama. Walaupun aku rasa benda ni dah banyak orang post, aku still nak post jugak. Wek ~

Budak budak yang lahir pada tahun 70/80/90-an mesti ingat mase sekolah rendah dulu: -


  • Dekat sekolah ade salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu kita dah tau dah. Salesman susu pon camtu gak. *hehe, best :)
  • Dekat library, budakbudak memang baca buku tapi just tengok gamba je. Tapi bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. *biasa da :P
  • Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tgh2 die. *wee, aku pun ada tau :P
  • Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!
  • Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ade air pastu ade bende berkilat dalam air tu. *best je buat garisan sume :P
  • Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah2 tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ.
  • Bulu ayam jadi ramping sebab sering dijadikan rotan. *sakit okay -.-
  • Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Kadang kadang main digimon pun ade jugak :P
  • Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukatuka kaler ikut suhu & cuaca.
  • Takut BCG tapi lepas kena inject poyo la pulak . . . *kuikuikui~
  • Balik sekolah beli JoJo takpon Dendang. Tora pon best jugak. Beli semata2 nak mainan je, coklat die yang bolat bolat tu tak mkn pon.
  • Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tb bole tembak alien tu...Pastu kasut nak kasut jenama Spark laa, beli kat kedai Bata pun bangga je.
  • Siri kartun; Dragon Ball, Power Rangers, Ultraman, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dan macam2 lagi.
  • Kalau kena marah dengan mak ke abah ke, masuk lari dalam bilik pastu nangis nangis pastu plan konon nak lari dari rumah la bunuh diri laa tapi last last tak jadi sebab korang takda duit nak lari dan takut sakit kalau bunuh diri -.-''
  • Duit belanja tak sampai RM2 pun ~ tapi boleh beli macam macam :)
  • Bawak beg roda sampai buruk bawah beg tu korang tibai ~
  • Dan banyak lagi . . . . .  

 Jangan lupekan sume ni sebab zaman sekarang budakbudak tak sempat nak layan bende bende ni..asyik mengadap tv dengan ps.. Kita akan sentiasa berubah, Cume asal-usul kite je yang permanent. huhu~ Ni la baru zaman kita :)

Mesti korang tersengeh sengeh je kan bace mende nih.. hihi ~



Itu je untuk malam ni. Buibui :) Thanks kepada korang yang sudi follow. Sayang korang ketad ketad <-- *ayat budak sekarang. euwws~


Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, September 25, 2011

Semester 1 :)


Salam semua. Selamat malam :)

Malam ni tibatiba teringat kenangan masa semester satu dekat politeknik dulu. Huhu, kenangan sungguh mengimbau kalbu *ayat apa ni ? Dan aku sangat merindukan kenangan ini. Kenangan makan megi dekat lantai yang penuh dengan artwork apa suma, tido kul 5 6 pagi, kadang kadang tido tak tutup pintu haha, amacam, korang ada ? :)

Dan kat bawah ni adalah lukisan masa final aku. Kira final projek laa. Aku kena lukis gambar baby sebanyak 60 ke 50 lakaran then baru lecturer akan pilih satu yang terbaik. Kat bawah ni adalah pilihan yang terbaik ~

Okay, lukisan ni adalah bersaiz A0. Korang tahu tak saiz A0 ni besar mana ? Kalau sesiapa yang tahu tu, tahu laa. Sesiapa yang tak tahuu A0 ni besar permukaan meja cikgu masa sekolah menengah dulu, ke besar lagi tah. Tapi yang penting BESAR laa ye.

Yang ni bersaiz A3. Lakaran awal

Yang ni lah saiz A0. Ditangkap dari atas katil :P

Untuk final projek ni kitorang kena guna charcoal. Totally charcoal. Habis hitam tangan suma. Penat kot nak mengaler guna charcoal ni sebab mudah jadi comot dan kotor. Plus, kalau tersalah lakar, abeslaaa -.-

Macam gambar kat atas tu, aku dah lipat lipat sebab besar sangat tu yang kat gambar tu nampak garisan garisan lipatan. Btw, lukisan aku ni takdalaa comel mana pun tapi boleh laa kan :)

Banyak lagi artwork artwork aku sepanjang kat poli dulu tapi nantilah bila ada masa, aku update lain okay. Esok nak kerja so aku masuk tidur dulu. Maaf, sebab dah makin jarang update belog BUT aku akan tetap cari masa untuk update jugak :D

Till then, selamat malam semua. Nitee :)


*Jom lah join entri melekat diatas :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, September 23, 2011

# Quote of the day 9 | I miss you.






And I keep saying this to myself. . 



IT'S OKAY. DON'T THINK TOO MUCH.


#Okay, aku jiwang malam ni. So what? :|




Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, September 22, 2011

Siapa follower bertuah Belog Cik Zety ?


Salam semuaa boys and girls :)

Hari ni aku rasa macam mood baik je. Bila mood baik, aku rasa macam nak bagi something. Hihi ~ Okay, move to the title above. Sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke teeet pada bulan Oktober nanti, aku akan cari follower bertuah yang mencurik hatiku untuk dapat hadiah yang ohsem ! WOW ~ Teruja tak ? :P

Hadiah tu aku taknak bagitau apakah ia sebab tak misteri laa kan. Well, patutnya korang yang bagi hadiah kat aku kan tapi tu laa, macam yang aku cakap tadi laa kan, mood aku tengah baik nak bagi korang hadiah ni. Hihi~

#Gambar wajib letak di entri korang :P


Caranya senang je :
  • Bagitau apakah sebabsebab korang follow belog aku ni ? Sebab aku ke ? Sebab belog ni comot ke ? Atau sebab penulisan aku ? *secara ikhlas ye*
  • Korang nak aku salu update pasal apa ? Pasal personal ? Pasal doodle ? Tutorial ? Apa apa je ? Atau pasal isu semasa ? 
Syarat wajib :
  • Hanya follower sahaja yang dibenarkan JOIN. Siapa yang nak join, jom lah follow :P
  • Boleh like page kalau sudi :)
  • Tajuk macam tajuk entri ni, Siapa follower bertuah Belog Cik Zety?
  • Buat entri pasal benda ni dan submit pada atau sebelum 31 Oktober 2011 *Nak panggil ape ek ? Kontes ke ?*
  • Sukati lah nak tag kawan kawan ke tanak :P
Hadiah yang ditawarkan : MISTERI :D *bergantung kepada jantina pemenang*


Tambahan :
  • Follower ke 600 akan mendapat hadiah jugak ! *tapi kalau end of October, still takda follower ke 600, NO lucky followers laa nampaknya :P (save aku !)
  • Kenapa yang ke 600 ? Sebab birthday aku 6hb. kuikuikui~ *tapi bukan 666 okay -.-*

Okay, itu saja. Please spread this to your friends can eh ? :P Buibuii~


Like dan komen lah kalau suka :)

Blah macam tu je? Bukan nak cakap terima kasih -.-''


Salam peeps :)

Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan sihat dan gembira. Malam ni takda benda penting nak update cuma omelan kecik. hihi. Kecik ke? Hoho~

Sejak bekerja ni, macam macam perangai orang aku nampak. Ada yang macam ni, ada yang macam tu. Okay, korang mesti nak tahu aku kerja kat mana kan? Lemme tell you now, aku sekarang ni kerja kat EYE-Q OPTICAL. Korang mesti tahu ni tempat apa kan? Haa, yang jual jual spek, kontek lens apa jadah suma tu la :)

Aku harap aku akan dapat kerja tetap yang lebih bagus sebab aku tengah tunggu jawapan jugak ni. Wish aku dapat laa kerja yang aku nak tu ye? Tapi kerja kat Eye-Q ni not bad jugak laa. Gaji pun okay sebab dekat je dengan rumah so makan dengan tempat tinggal tu dah tolak tepi so dapat la aku kumpul duit sikit.

Dekat Eye-Q ni aku dapat laa kawan baru, Ah Lim dengan Nurul. Both okay dan tak sombong. Macam macam benda jugak laa aku belajar pasal nak buat spek ni. Korang ingat senang?? -.-'' Huhu, kadang kadang ada je customer datang, marah marah apa suma tahu nak cepat je tapi semua benda kena laa buat betul betul kan. Karang kalau tak cantek mula lahh nak tiuuu *Ah Lim suka cakap tiuuu~ (Tiuu tu macam marah laa)

Dan dari sini jugaklaa macam macam perangai aku jumpa. Macam tadi, ada laa 2 orang pompuan ni, bertudung litup, siap berpurdah. Sorang tu cakap nak check mata, Ah Lim pun checkkan laa mata pompuan tu. Lepas dah check tu terus je pompuan tu blah macam tu je. Ah Lim pun macam bengang jugaklaa sebab atleast cakap la terima kasih kan. Aku dengar je dia bebel bebel. Rasa segan pulak tibatiba.

Then, ada sorang uncle india ni pun nak check mata. But uncle ni sangat berbudi bahasa. Sambil tersenyum dia cakap, "Thankyouu, nanti kalau I nak buat spek, I datang lagi and thanks again". Wahh, kitorang pun macam, okay uncle, baibai :)

Kat sini, kita boleh nampak kan. Jangan sesekali pandang or judge someone melalui luarannya. Tak semestinya orang yang nampak baik, nampak jahat they will appears as their look at outside. Dan sebagai orang Islam, kita harus layan semua orang dengan baik. Tanpa membezakan. Itu yang diajar dalam kehidupan seharian. Even dengan orang bukan Islam, tak semestinya kita kena bermusuh. 

Pernah sekali aku tengok dalam rancangan Astro Oasis, CUBAAN. Diorang sengaja letakkan kayu sebagai halangan kat tempat pejalan kaki. But no one yang angkat halangan kayu tu. Semuanya langkah je atau pijak je. Takda sorang pun yang terfikir nak angkat but then sorang uncle India ni angkat dan buangkan ke tepi. Sebelum tu ada je orang Melayu yang lalu tapi dorang LANGKAH je :)

Renung-renungkan lah :)


#Gambar first day keje. weee~


Till then. Jumpa lagi next entri :)


Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, September 20, 2011

Freebies background :)


Goodnite earthlings :)

Malam ni kena update jugak entri bout freebies background ni yang dah lama cakap nak buat nak buat tapi tak berbuat pun so malam ni harus update sebab takot terlupa pulak. Almaklum laa semenjak dua tiga empat lima menjak ni aku busyy sket. Sempat usha belog dan BW je. Nak update tu memang hampeh la kan -.-

Background ni aku rembat kat Adobe Illustrator je. Mana tahu ada yang berkenan ke, korang boleh la ambik sebab benda ni FREE :D



 

 






Haa, tu saja freebies background yang aku dapat bagi. Insyaallah, next time freebies lain pulak akan menyusul :) Well, aku malas nak masuk Photobucket bagai, korang amek jela pastu buat kod sendiri :P



Selamat malam semua. Aku dah ngantok. Tidur dulu :)






Like dan komen lah kalau suka :)

Saya Nak Buat Kek Untuk MerahItuJambu :)


Salam dan selamat malam.

Entri ringkas khas untuk MerahItuJambu :)

Dah lama beliau jemput aku untuk buat kek sempena hari lahir beliau tapi tak berkesempatan. Bukan sengaja taw awak :)

Mula mula kena letak banner yang memang wajib letak :P


Then, kena laa letak gambar kek yang nak dihadiahkan kepada Cik MerahItuJambu :) Hehe, simple je kek yang aku buat ni sebab tak reti buat kek, makan kek sangat reti :P *sorry kalau tak sedap. hihi~ 

# Ni kek ke cupcake ? Bantai laa labu :P

Sempena ulangtahun kelahiran Cik MerahItuJambu yang ke-teeett~
Saya, Cik Zety nak ucap, nak wish :

Have a successful year filled with succes and glory. Enjoy your day and the life ahead. May the best be with you and hopefully get married soon with the lovely one :)


*Sorry lambat taw awak, jangan lupa Oktober nanti saya nak kek betul betul :P 






Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, September 19, 2011

Peoples changed. How bout you ?


Salam, jumpa lagi malam ini.


*Gambar ni takda motif dengan tajuk entri :P


Mood dah sedikit okay. Walaupun tak berapa sangat, but atleast bolehlaa nak update entri panjang berjela kan malam ni. Hoho ~

Macam tajuk kat atas, peoples changed. So, kat sini aku cuma nak talk talk je. Manusia. Dah nama pun manusia kan. Takkan tetap perangai atau sikap seseorang tu. Akan berubah dan boleh berubah-ubah. Thus, kalau berubah ke arah kebaikan its okay laa kan. Tapi kalau dah diri sendiri cakap, nak berubah, nak jadik lebih baik tapi perangai dah serupa bohsia aku tengok, apa macam weh ?

So, better tak payah cakap apa apa. Kalau nak berubah jadi baik, berubah je. Takpayah nak canang satu dunia, Im gonna be a better person tapi lain pulak jadinya. Jangan cakap je lebih, aku menyesal buat itu, aku menyesal buat ini sampai menangis bagai tapi sekarang ? Pffft~ Makin bangga pulak dengan perangai macam tu.

Dan yang aku paling tak suka sekali, orang yang hipokrit. Orang yang depan depan bersayang bagai mulut manis macam gula lolipop, tapi belakang ? Macam taik perangai lu bhai. *kan da ber lu-bhai lu-bhai da -.-

Orang macam ni jenis tak tahu bersyukur namanya. Haihh, kan aku dah berceramah macam ustazah. Haa, amekaw ~ Aku tahu mesti ramai yang akan cakap, halamak minah ni, macam bagus, macam baik sangat. Tapi walaupun aku tak baik, tak salah kalau aku menegur kan ? Even aku tak tegur depan depan. Yang penting aku dah tegur secara umum. Up to you lah nak amek port ke taknak. (Yuna pun dah berubah, makin ketat seluar dia aku tengok kat Suara Kami. hihi)

Aku sendiri sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Insyaallah. Siapa yang taknak berubah jadi lebih baik kan ? Melainkan mereka mereka yang bangga mengaku diri sendiri jahat dan sebuk persendakan orang orang yang baik. You're not God to judge peoples :)


때로는 말로 입을 생각으로 마음이 말씀하고있는 게 아니 래요.

*Translate sendiri kalau nak tahu :)




Selamat malam semua. Sweetdream and sleeptite :)



#Nak buat freebies tapi tak terbuat buat. Korang nak freebies ape ek ? Ace cecite senang sket. Huahua :P




Like dan komen lah kalau suka :)

Orang hipokrit sama macam sampah :)


Salam.

Im in a bad mood. Someone just spoiled my mood. When this happen, I just show what I feel thru pictures. I don't wanna write anything. Just those pictures describe all.






#Sori, bila aku marah. Aku sendiri tak suka dengan diri aku. Bad habit -.-


Okay, enough for today. Kbai

Like dan komen lah kalau suka :)

Happy Birthday my sugar daddy :)



Salam dan selamat hari Isnin yang bersamaan dengan hari yang paling dibenci oleh pekerja pekerja sedunia :P

Harini aku tanak cakap panjang cuma nak bagitau yang hari ni adalah hari yang paling istimewa sebab hari ni adalah hari yang penting bagi seseorang yang aku sayang :)


Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran ABAH yang ke teett ~ *dia tak kasi bagitahuu :P

Jadi semalam, aku dan mama plan nak buat surprise buat kek coklat and we did it :) Dengan plan sambil lewanya tapi kitorang berjaya jugak. Im so happy when I see the smile on his face. Mama suap abah a piece of kek even time tu kitorang semua dah ngantok ngantok tunggu abah balik pukul 12 lebih. So sweet ~

And aku dapat bagi hadiah yang tak seberapa je kat abah but it sincere from the bottom of my heart. 

Kat sini aku nak wish sikit kat abah :



Kakak ucapkan selamat hari lahir untuk abah. I love you so much abah. Thanks for everything u did for me. Abah adalah abah yang paling hebat di dunia dan kakak harap kakak dapat bagi kebahagiaan dekat abah satu hari nanti. Kakak sayang abah :)


Okay, itu saja. Jumpa lagi nanti :)






Like dan komen lah kalau suka :)