ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, October 31, 2011

Beautiful Dress (Ready Stock)


Hi peeps !

Kalini aku ada barang baik untuk korang korang yang cantik ohsem dan bergaya. hehe. Well, ada ready stock dress yang available untuk korang. Harga yang ditawarkan sangat reasonable :)


#Sorry for the low camera quality

Stripes blouse with belt
ONLY RM40.00 INCLUDE POSTAGE

Polka Dot 24299 
ONLY RM30.00 INCLUDE POSTAGE

Polka Dot 24299

Fancy Blouse
ONLY RM40.00 INCLUDE POSTAGE

Floral Blouse
ONLY RM40.00 INCLUDE POSTAGE

Lovely Black Blouse
ONLY RM40.00 INCLUDE POSTAGE

Lovely Black Blouse

Pretty Blossom
ONLY RM30.00 INCLUDE POSTAGE

And semua barang ni adalah READY STOCK which is harini korang order esok barang akan diposkan. First come first serve. Kebanyakkan saiz diatas adalah free size. Ada yang cakap baju macam labuh, baju sopan giteww. Kalau nak tengok contoh macam baju yang aku pakai dibawah. Lebih kurang macam ni :


#CONTOH LABUH BAJU

Eloklah pakai baju labuh kan? Kepada yang nak order, boleh PM dekat Facebook Page. Sebarang pertanyaan juga boleh tanya dekat Facebook Page. Okay semua, jumpa lagi nanti :)


Okbai. Salam :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, October 30, 2011

# Quote of the day 11


I don’t have enough money to make all people rich,

 but I have enough love to make all people happy.




Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, October 29, 2011

Rabu Kedu pada hari Sabtu :P




Terima Kasih Kawan :)

6 / 10  adalah hari dimana hari pertama aku bernafas di bumi ALLAH SWT.
Terima kasih semua. Aku hargai kalian semua.


#Kepada follower ke 610, doodle percuma untuk anda. PM detail ye? Saya nak promot belog kamu tapi saya tak jumpa your link :) 



Like dan komen lah kalau suka :)

Kawen muda gatal ke ?


Hi and salam peeps :)

Thankyou kepada follower yang ke 606 sebab sudi follow belog comot yang tak seberapa ni :)

Well, harini topik utama untuk diperkatakan adalah nak tanya pendapat korang tentang isu BERKAHWIN AWAL. Means, umur baru 14 dah nak kawen. Eh? Tak tak umur baru 18 19 dah nak kawen. First of all, ini adalah satu sesi bertanya pendapat bukan statement okay? 

Jadi, kalau korang perasanlah kan, memang dah banyak sekarang ni, pasangan yang berkahwin awal dan sampai satu masa, aku terbaca dalam paper, pasangan muda berkahwin awal punca perceraian. Is it trueee guys? Thats why aku nak tahuu pendapat korang.

Mostly orang yang aku tanya (orang muda) tentang isu kawen awal ni diorang cakap bagus untuk elakkan maksiat. Plus, dalam Islam sendiri menggalakkan kawen awal ni. Itu aku setuju tapi bila fikir balik takkan kawen sebab nak elak maksiat je? Means takkan sebab NAFSU weh? 

# Courtesy from Google

Top of that, korang takda sisi kewangan yang cukup. Pengetahuan yang sekadar sekadar je. But then korang nak kawen. So macam mana tu? Dulu aku ada jugak belajar tentang kawen yang mana ada tahap wajib kawen, harus kawen, dan haram kawen. Bagi pendapat aku, TAK SALAH kawen awal selagi dah memenuhi syarat syarat untuk berkahwin.

Lagipun, kawen awal ni memang dapat mengajar kita erti tanggungjawab *tu pon kalau nak bertanggungjawab la kan* sebab lately pon dah banyak kes anak luar nikah dan buang bayi. Daripada buat perkara perkara macam tu, lebih baik la bernikah dan jalani hidup yang halal.

# Nak cincin simple je boleh?

TAPI, ada tapi ye, banyak pihak lelaki yang merungut nak kawen tapi adat menghalang. Means, kena buat kenduri 3 hari 2 malam, hantaran 15 berbalas 20, baju tempah taknak sewa, dan macam macam lagi. Yang nak kawen anak, tapi mak ayah yang lebih sudu dari kuah. Aku pun tak tahu nak komen apa bab ni sebab tak semua orang macam tu. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Ada yang jenis lebihkan hukum. Pentingkan akad nikah, ijabkabul daripada kenduri kendara, hantaran apa semua. Terpulang kepada masing masing. Yang penting, benda yang wajib didahulukan. So kawan kawan, apa pendapat korang? Bila nak kawen? 


Itu saja untuk hari ini. Bulan November ni 2 orang kawan aku nak kawen. Nanti yang lain sibuk lah tanya, 'Eh kau bila lagi, tak elok bercinta lama lama'. Aku jawab senang je, 'Kalau tolong sponsor bulan depan terus kenduri' :) 


Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi next entri :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, October 28, 2011

Dari Mid Valley ke KLCC | Entri Bergambar


Salam semua bloggerians~

Selamat hari Jumaat iaitu penghulu segala hari kepada semua. Semalam aku ada update bout review tentang movie kan? So hari ni baru nak cerita aktiviti 2 hari lepas.

Hari Selasa dapat invitation ke Premiere Screening so ajak laa Myra melepak Mid Valley dan fokus utama nak tengok wayang je. Tapi biasalah pompuan kan, sambil sambil tu usha usha laa baju baju, kasut kasut apa sume tapi tak beli pon :P

The journey begin :P


Merenung masa depan yang belum pasti *ccewah*


I loveeeeee that drink ! Want it moree >.<


McD depan cinema lobby :))

Journey begin dari ktm KKB ke Rawang then kena tunggu 45 minit sebab tren delayed. Sabor jelah. Time tu pulak hujan lebat. Dan orang ramai giler macam ada konsert. Okay tu tipu ~


Dalam hall sempat lagi snap pic :P


Tamatnyaaa movie Shark Night3D ~


My bestfriendd ever :)


Cik Amie Amirah

Bajet macam shoping banyak barang tapi tettt~ Takda shoping menda pun. Cuma banyak makan saja. hehe. Nampak Cik Epal tapi malu nak tegur :P


Yeah baru lepas shoping satu mall ~


Muka dah penat dah. I wanna go homeee ~


Esoknya pegi KLCC dan tengok wayang lagi. Yeah, hidup memang indah kalau tiap tiap hari macam ni -.- Bajet macam orang kaya je kan tiap hari nak tengok wayang. cehh puitt~

Tak sah kalau tak tangkap gambar sendiri tempek kat belog -.-


KLCC ^_^


Tiket yang dah diredeem :) Kalau tengok dekat dekat harga tiket tu RM 0.00 ~


Ni aku punyaaa, Fettucine apetah -.-''


Myra punya, Spaggeti apetah jugak -.-''


Myra dengan Chubby Hubby nya :P

This is sooooooo trueeeeee !


Nyum nyummm (padahal tak sedap pun -.-)

End of story :)

Hehe, cuma gedik nak tempek gambar je sebenarnya. Muahaha. Tengok sampai lebam ye kawan kawan gambar rasa-gedik-comel ni haha. Maaf kalau korang rasa kecewa sebab gambar je yang banyak kan. Sekali sekala apasalahnya cuci mata. Ngehngehngeh~

Okay, jumpa lagi next entri. Muahhh semua  Much love :)


Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, October 27, 2011

Review Movie : The Thing & Shark Night3D


Salam peeps :)

Setelah 2 hari membusykan diri dengan pergi berjalan sakan. Baru hari ni jari ni dapat melepaskan kerinduan untuk menaip. hehe~ So kepada yang merindui, Im here babeh :P

Okay finee takda sapa rindu. Entri kali ni adalah entri review movie sempena dapat tiket free daripada Nuffy yang comel tu :P Aku pegilah dengan kawan aku sapa lagi kalau bukan si Amie Amirah tu. 


*Segan je nak snap pic ni time kat McD arituu :P

Amie the monstaaa >.<

Jumpa sorang je blogger, pemilik blog Solicious Storinori dengan kawan beliau. Sempatlah tangkap gambar beliau tapi gambar aku dengan beliau ada kat kamera beliau. Yang ada cuma gambar kat bawah ni.

Beliau dengan Cik Amie :)


So movie ni mengisahkan sekumpulan pelajar pegi bercuti dan blablabla. Jalan cerita movie ni agak stereotaip dan boleh diagak. Kawan lama yang jahat, sheriff yang tak berguna dan lepas sorang mati, yang lain pun ikut mati kena makan dengan jerung jugak. 

Cuma gigi dan badan jerung yang besar tu je yang buat penonton takut kot. Yang lain biasa je. Dan yang paling taktahan, end of story, hero penyelamat dalam cerita ni adalah anjing milik Sara :) *kalau die tak bagi kayu apetah kat laki tu, laki tu takkan leh bunuh jerung tu*

Lepastu, taktau ending die macam mana. Just abes macam tu je. Entah hidup entah mati. Sebab jerung tu bukan sekor je tapi berpuluh kot? Macam movie Piranha dulu, endingnya kena makan dengan mak piranha kan? Yang ni taktahu la apa endingnya. Korang buatla ending sendiri ye~ 2 bintang untuk movie ni.


Dan keesokkannya pulak, aku pegi pulak KLCC tengok wayang lagi. hihi~ Kali ni aku pilih untuk tengok THE THING. 

Jalan cerita yang agak menarik. Tak lembab sangat dan tak laju sangat kira sedang sedang laa. Aku boleh paham laa jalan cerita dan fokus movie ni. Banyak part suspen yang boleh buat orang tutup muka taknak tengok dah. hehe~ Memang sesuai la dengan tajuk movie ni sendiri iaitu THE THING. Tapi bagi aku cerita ni memang BEST. Sila lah tengok ramai ramai dan aku bagi cerita ni 4 bintang :)

Cakap banyak pun takguna lebih baik korang pegi wayang sekarang pegi tengok cepat. Masa tengok premiere screening Nuffnang tu nampak Cik Epal dengan bf tapi maluuuu nak tegur. Kawan aku cakap Cik Epal nampak kecik molek depan depan. Yela, berapa orang dah doakan dia kurus setiap masa kan? hehe~ 


Next month nak tengok movie ape pulak? Nantikan. . . . 



Okbai semua. Muah kepada yang sudi follow blog comot ni :) Big thanks~




Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, October 24, 2011

5 Sebab Orang TAKNAK Follow Blog Korang


Salam :)


Happy Monday~ Selamat bekerja kepada sesiapa yang bekerja hari ni. Aku pun kerja harini so selamat  bekerja kepada aku :) Tapi esok aku cuti. Hewhewheww~ sukanya bila diaa ceria :P

Korang nak tahu tak apa ciri-ciri blog yang aku AKAN follow? Kalau nak tahu boleh tengok entri lama yang INI. Jadi entri kali tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada. Ini adalah dari perspektif aku sendiri dan juga pendapat yang datang dari pemerhatian selama beberapa dekad~*ini tipuu* Okay, kepada newbies boleh laa amek tips tips ni kan sebab aku rasa semua pun setuju kot? *main sukati aku je cakap kan*


5 Sebab Orang/Blogger TAKNAK Follow Blog Korang


1. Paksa paksa wa follow lu pahal ?

Ini adalah salah satu tabiat yang tidak elok diamalkan ye adik adik. Contoh lebih kurang macam korang nak jual barang atau nak suruh orang datang kedai korang, takkan korang nak tarik tarik tangan customer tu pastu nak paksa paksa ugut ugut suruh masuk atau beli jugak barang yang korang jual tu. Sama jugak macam blog ni. Mana boleh paksa paksa orang follow. Kalau paksa baca tu boleh tahan lagi. Tu pun kalau entri yang berinfomasi. Buatnya kalau entri 'Ayang cinta Babang'. Memang rasa bangang je baca -.-


2. Music player sampai 6-7 nak watpe derr ?

Tengah jalan jalan kat belog macam itik pulang petang pastu masuk satu belog ni, PANGGPUNGPANG! Lagu dalam belog dah macam disko dah aku dengar. Lagu ape pun tak tahu sebab banyak sangat. Haihh, korang buat belog nak bagi orang baca ke nak suruh orang bunuh diri -.- Tolong laa check balik belog tu sebab kadang kadang maybe korang tak perasan kot ? KOT ? -.-


3. Tulisan macam budak sekolah tadika -.-

Ni bukan pertandingan mewarna deknon oii~ Takpayah nak kalerful sangat tulisan tu. Payah orang nak baca. Dah elok orang masuk nak baca terus lumpuh segala perasaan tu. So, tolonglah be alert guys~ Aku cuma nak tolong korang je jangan ingat aku nak sabotaj blog korang pulak. Makesure matangkan tulisan korang walaupun umur korang 11 taun ke 13 taun ke.


4. Gadjet berjuta lemon kat belog. Serabut kepala otak je -.-

Masuk belog pastu kena tunggu setahun baru boleh baca entri. Sebab apa? Sebab banyak sangat gadjet gadjet yang tah apebenda tah 'Terima kasih sudi follow' yang gedik gedik kat tepi belog tula, jam la *padahal kat laptop/komputer dah memang ada jam* kartun gerak gerak besar gedabak lahh tapi taktahuu apa fungsinya kat belog tu? Aku akui dulu aku pun macam ni jugak suka letak gadjet banyak tapi akhirnya takda kepentingan pun~ 


5. Entri takda info~ Sikit sikit pasal kekasih macam orang lain takda -.-

Hari ni cerita pasal boypren, esok pasal gaypren, lusa pasal girlpren. Hari ni kapel, sok putus. Semuaaa pasal kekasih laa. Apa jadah ni? Kalau bercinta dengan selebriti ke mau jugak aku baca. Cuba lah belajar tulis info info yang berguna ke? Maklumat maklumat penting ke, isu isu semasa ke? Best jugak aku baca. Mesti nak baca lagi, lagi dan lagi :)




Aku rasa macam dah banyak kali aku cakap pasal benda ni kan? huhu~ Takpa takpa, aku ingatkan lagi tak salahkan? Kalau boleh korang tolong laa take note benda benda ni. Kadang kadang benda ni nampak simple tapi ada kesan terhadap belog korang. 

Kalau boleh mesti kita nak orang happy masuk belog kita kan? Dan lagi, aku lagi suka ramai pembaca yang baca dan komen setiap entri yang aku tulis daripada followers yang hanya tekan button follow tapi tak pernah nampak batang hidung dekat tempat komen :)


Terkasar bahasa harap dimaafi. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi next entri~


Okbai.





Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, October 23, 2011

6 Kelebihan 'Single Mingle'




Salam 1 Malaysia !


Single lagi best ke couple lagi syiok? Haaa, semua tu ada kat tangan korang sebab korang je yang tahu, yang rasa kan? Jadi kat sini aku nak bagi 6 kelebihan dan kemanisan orang yang 'single mingle' ni :P Jangan lepas baca ni terus nak single plak, payah tuu~ Aku lak yang bersalah nanti hehe




1. Bebas dan berdikari


Kalau tetiba terasa nak membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, korang boleh buat apa je yang korang suka, sama ada nak tengok wayang romantik sorang sorang atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk membuat perkara yang diinginkan, korang jugak dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu. hehehehe *gelak jahat :P*


2. Jadi rakan yang baik


Sememangnya tanpa kekasih di sisi, korang mempunyai lebih banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Korang boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik. *kalau kawan korang pun single laa kan hoho*


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah


Mak dengan ayah korang mesti selalu rasa sunyi bila anak gadis dah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak dah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua mak ayah korang. Bukan tu je, korang jugak boleh tolong mak mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


# Trueeeeee >.<


4. Kaut keuntungan dengan part-time


Dengan banyak masa terluang, korang boleh buat part-time job. Bukan  je dapat duit lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. Mungkin korang bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama. Who knows kan? :P


5. Jimat kos


Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Korang boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, korang takpayah keluarkan bajet untuk hari hari spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.


6. Kurang beban tanggungjawab


Korang takpayah risau sama ada kawan kawan boyfriend sukakan korang ke tak. Korang jugak takpayah risau sama ada ibu bapa die mempunyai impresi positif terhadap korang. Dengan menjadi single, korang hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan korang dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend korang. Yeahh! Im freeee :3


# Are you single ?


Hehe, tu jela. Tapi lain orang lain pendapat kan? Ada sesetengah yang cakap single ni sunyi, macam forever alone gitewww. Tapi tu bukan masalah besar pun. Selagi kau ada family yang support yang sentiasa ada disisi, yeah, its not a big problem bro? Setakat takda bf takda gf tu alah sementara je pun. Tak matinya lahh kan? Korang yang aku kenal ni semuanya kuat kuat kan? hehe :)




Till then babe, thankyouu for reading. Jumpa lagi :)




*Nak tengok wayang, nak shoping, nak tu nak ni <-- typical woman -.-*

Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, October 22, 2011

Tips Menaikkan Berat Badan


Salam :)

Ada orang yang kurus tak kat sini? Atau mereka yang sering mendapat gelaran 'tiang', 'tulang', 'papan' dan sebagainya. hehe~ Kat sini aku nak berkongsi tips untuk menaikkan berat badan korang supaya jadi berisi sikit. Bukan gemuk okay :)

Well, cara nak tambah berat badan ni bukan perkara yang susah as long as kita ada keinginan, disiplin dan tahu cara yang betul. Ada sesetengah daripada kita yang makan supplemen tambahan semata mata tapi cara yang betul bergantung kepada 3 perkara :

  • Nutrition
  • Training
  • Supplements

Nutrition

Samada nak tambahkan atau kurangkan berat badan, kita tetap perlu makan 5-6 hidangan sehari. Tapi kena make sure seimbang lah :) Ratio kalori yang disarankan adalah 50:35:15 (lebih kurang). Yang penting kena makan lah okay? Bukannya berlapar sebab nak kurus -.-


Training

Menjalani latihan atau exercise sememangnya perlu dalam kehidupan seharian bukan sahaja membantu untuk menambah berat badan, mempercepatkan metabolisma malah menjadikan tubuh lebih sihat dan tegap.*bukan tegap cam badan ketak ketak tu, tapi FIT* Jadi kenalah berlatih untuk jangka masa yang panjang dan bukan 2-4 bulan sahaja. Jangan lah hangat hangat tahi ayam. Dapatkan badan yang sihat dan cantik dengan bersenam :)

Supplements

Makanan tambahan macam vitamin, susu, dan macam macam lagi adalah sangat berguna kepada kita dan boleh dijadikan sebagai diet jugak. Tak perlu berlapar tapi makan supplement ni korang akan dapat tenaga tambahan untuk aktiviti harian. Ada yang makan supplement itu laa ini laa tapi nasi tak makan. Tak guna jugak adik oii~ Kena jaga makan jugak :)



Kalau korang perasan lah kan, atlet atlet negara kita badan semua cantik cantik, fit jee~ Haa, sebab dorang makan makanan yang berkhasiat, tak skip meal, selalu bersenam dan amek supplemen :) Jadi tunggu ape lagi? Takpayah nak beli minuman kurus ke, pil kurus ke, bengkung ajaib ke. Just do this 3 step. Mudah dan menjimatkan masa :) Plus, takpayah berlapar. 



Well, goodluck guys :) Baiibaii ~


NOTE:
*Jangan suka makan junkfood, its not good, badan nak pakai lama kan :P*




Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, October 21, 2011

Jayesslee In The House !



Salam bloggerians !



Hi korang ! Korang pernah dengar tak cover made by both of them kat atas ni? Janice and Sonia from Sydney. Dan baru baru ni diorang ada datang Malaysia !

Twin yang sangat comel ni adalah Korean tapi dibesarkan di Australia. Well, both of them sangat ohsem dan comel okay ! Suara pun best :) Dengar diorang punya cover pun boleh cair :3

# Comelnyaa comelnyaaa >.<

Hehe, diorang ada datang Malaysia for the show dekat PWTC on tomorrow night. So sesiapa yang berminat tu boleh la pergi datang tengok ye? We'll they're pretty awesome guys, you wont be frustrating :)

Kenapa tibetibe pomot ni? Haha, sebab dorang sangat coooool~ Plus, cute :P


And one moree thing, siapa yang dapat free ticket to premiere screening Shark Night3D Selasa ni jumpaa kat sana :P 


Till then bubyeee sweetypies :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, October 20, 2011

Tips Mengelakkan Dari Terkena Ngorat



# Kredit to takkesah.tumblr.com


Salam, hi peeps !

Aku tak suka kakak aku. Benci giler kot ase nak bunuh je -.- Sebab apa? Sebab aku tak ada kakak~~~

Okay okay, enough mumbling. Hari ni nak cakap pasal Tips Mengelakkan Dari Terkena Ngorat :P haha~ Tajuk pon dah mengghairahkan ye ke idak? So apekata kita terus ke point seterusnyaa. . .

1. Tak payah susah susah nak mekap
Haa, tak payah susah susah nak mekap, bangun pagi pagi, kena siap 2 jam awal la apelah so pasni tak payah semua tu. Korang bangun mandi siap pakai baju sume terus keluar pegi mana mana jelah. Agak agak muka macam kat bawah ni lagi perfect.

# Natural jeww muka mak nok -.-

Tapi kalau degil nak mekap jugak pastikan korang mekap tu biar macam kat bawah ni pastu nak buat muka cam gitu pun boleh jugak. Dipersilakan . . . 

 
# Aww~ mungil tak bibir i ? -..-


2. Senyum tak perlu kata apa apa :)
Senyum laa anda sebelum anda disenyumkan. Hehe~ Kalau ada rasa macam nak kena ngorat cepat cepat senyum macam kat bawah ni. Pastikan sama dan serupa.
# Pandanglah lihatlah ~~~

3. Buat muka best
Kalau lelaki duk usha usha korang, korang buat muka yang paling the best yang digemari ramai. Buat sampai dorang rasa macam menyesal ngorat korang. 

# Haa, kau nak ape pandang aku ?

Takpun, agak agak kalau diorang still pandang lagi ke kan. Korang buat je isyarat yang sesuai untuk diorang. Bagitahu diorang apa yang korang rasa.

katy perry no makeup russel. Katy Perry Face With No Make
# Apa pandang pandang ? Nak kena lempang ?

4. Pakai pakaian yang 'cantik'
Keluar rumah tak payah pilih nak pakai baju ni sesuai pakai dengan seluar ape ke aksesori ape ke terus je pakai. Baru 'rare' HAHAHAHA. Mesti takda sapa nak ngorat. Korang try lah berkesan punyaa :P

# Aduhh, asal diorang pandangpandang ni. Tau lah cantik an~

5. Penampilan yang 'ohsem'
Bab ni memang korang harus praktikkan kalau taknak dingorat. Kalau boleh deodorant tu takpayah jadi koleksi laa. Ketiak tak payah cukur. Baju pakai baju yang dah 6 bulan tak basuh. Kuku kalau boleh lagi hitam lagi advance. Kompem kompem bukan laki je tak pandang korang, masyarakat pun taknak dekat. Semoga berjaya.

# I nak rebonding laa bulu tiak i ni nanti :P

Jadi, kepada mereka mereka yang taknak dingorat tu boleh laa applykan teknik teknik yang disebut diatas. Jangan lupa berdoa jugak semoga korang sentiasa tak dingorat buat selamanya :)


*Buat jangan tak buat*



Jumpa lagi. Baibai :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, October 18, 2011

10 perkara yang menyebabkan wanita membenci lelaki [Part 2]


Hi peeps. Selamat petang :)


Entri kali ni merupakan sambungan daripada entri Part 1 ni. Kalau ada yang terasa ke atau yang memiliki kekasih seperti disebutkan dibawah ni, cubalah nasihatkan diorang ke arah yang lebih baik. Tak salah kan saling mengingatkan? hehe~ By the way, jum semak senarai dibawah ni mana tau kot kot ada yang terkono ke? :P

*Sumber : Tentang Hati

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

 
# Kawan tu biar berpada pada :)


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
# Pucuk pangkalnya HATI kita :)


Amacam? Pakwe korang ada macam diatas ni tak? Kalau takda, baguslaa. Hehe, kawen nanti ajak eh? :P



Jumpa lagi next entri. Thankyouu for reading. Baibai~



Like dan komen lah kalau suka :)