ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, November 28, 2011

# Doodle Ordered by Elly

Kalau engkau jatuh, jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah. Bina yakin diri, mampu kita lakukan tiada yang mustahil segalanya boleh! Gemuruh suara, jadi bangsa berjaya. Gemuruh perkasa, bawah satu bendera diseluruh benua rasa bangga. Genggam amanat wira, julang panji malaysia..I AM PROUD TO BE MALAYSIAN :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, November 27, 2011

Nak anak macam ni boleh tak ?


Tadi masa tengah sebok berfesbuk tiba-tiba terjumpa video ni. Terus share dekat kawan-kawan. Wahh, she's sooooo demm cute! I love her slanga :P

Daripada apa yang baca dekat komen, this little girl adalah anak abang Lepat yang kartunis tu. Budak comel ni stay dekat German lamaa jugak lah. And Im not sure samada diorang dah balik Malaysia atau belum.

Just having fun watching her videos all day long~


TATA :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, November 26, 2011

Aku tak pandai.


First time buat doodle guna Photoshop. Lukis dekat atas kertas then masuk dalam lappy dan lukis semula. Okay, aku memang noob pasal Photoshop. Anyone yang pakar boleh tolong ajar? Sharing is caring. Tiba-tiba rasa macam nak belajar lukis guna photoshop. Selama ni tahu guna Illustrator jeeee -.-''

Tengok balik doodle kat atas ni rasa macam kenapa doodle ni macam tak berseri. Oh, kena rajinkan diri tengok tutorial, tapi kalau ada yang nak ajarkan lagi best :P


Okbai, nak makan. Jumpa lagi nanti, dan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH kawan-kawan :)



Like dan komen lah kalau suka :)

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!


Assalamualaikum semua :)


Harini eksited sangat nak join giveaway yang ohsem ni. Nak tahu giveaway apa? Ini adalah giveaway daripada Irine Nadia sebab dia nak bagi Miracle Tab for FREE! FREE weh sapa taknak kan? Even aku tahu ramai yang akan join, at least aku cuba mana tahu ada rezeki boleh dapat Miracle Tab yang macam pisang goreng panas tuu kan kan :)

Dari kiri : HD Glow Essence, Tab EX dan Tab Soap

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang diatas yang bernilai RM150! Wah, hadiah yang sangat menarik dan kalau korang pun nak try dapatkan hadiah macam kat atas ni just klik SINI :)

Bahawasanya, saya memang nak sangat produk Miracle Tab ni sebab lumrah perempuan kan memang nak kelihatan cantik so teringin sangat nak ada kulit yang flawless tanpa jerawat ni. Halus mulus je bak kain sutera :B Plus, nama produk ni pun Miracle Tab, so nak sangat merasai keajaiban produk ni dan mana tahu bila dah alami sendiri saya boleh syorkan dekat kawan-kawan yang lain pulak :)


Insyaallah ada rezeki, Miracle Tab akan menjadi milik saya :)






Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, November 24, 2011

Bahana Cinta !


Salam peoples and friends :)

Today, I dont feel like doing anything~Lalalalaa, I just wanna lay in my bed :P Haa betul la tu, memang aku rasa malas nak update harini tapi tak sampai hati nak biarkan blog usang macam tu je. Pembaca semua mesti nakkan sesuatu untuk dibaca, kan? 

Okay, meh sini aku nak kongsikan something untuk korang. Semalam aku ada tengok cerita dekat saluran Astro Oasis. Kalau korang pernah tengok cerita ni mungkin korang tahu, iaitu cerita Tanah Kubur. Untuk episod semalam menceritakan tentang BAHANA CINTA.

Well, semua orang dekat dunia ni pernah bercinta tak? Mungkin ada yang bercinta tapi tak dicintai atau yang sebaliknya. Tapi yang paling indah mestilah saling menyintai kan. Okay, tapi cinta ni even ada manis tapi jangan lupa pulak dengan kepahitannya. Aku tengah berfalsapah ke ape ni? =.=''

Move to the main point, macam dalam cerita Tanah Kubur tu, kisahnya tentang seorang lelaki yang bercinta dengan seorang pompan (takkan dengan nyah pulak ek?) Then, dorang mengikat tali pertunangan tapi bila dah dekat nak nikah pompan tu asyik mintak tangguh je. Lelaki tu seorang yang taat dengan perintah agama, taat dengan ibunya dan seorang yang berwawasan dalam hidup. Dia memang patuh dengan suruhan agama apa semua tapi satu hari tu dia ternampak sendiri dengan mata kepala die, kecurangan tunang dia tu dengan lelaki lain. Dia TERLALU mencintai tunang dia sampai merayu-rayu. Tunang dia sendiri mengaku tak cintakan lelaki naif tu. Lelaki tu pulak merayu-rayu sampai sanggup cium kaki perempuan tu dan kehidupan dia lepas tu macam terumbang-ambing. Akhirnya, disebabkan cinta, lelaki tu kecundang di tangan syaitan. Dia ditemui mati membunuh diri dirumahnya oleh mak sendiri.
Korang sendiri boleh bayangkan tak? Segala amalan, suruhan, yang dia buat selama ni, terbang macam tu je. Sampaikan masa nak uruskan jenazah dia, mayat lelaki tu mulut dan matanya tak boleh ditutup. Masyaallah~


Pengajarannya disini, dia ada segalanya dan boleh dapat segalanya tapi disebabkan bahana cinta, dia jatuh kedalam jurang syaitan. Maka ingatlah, mayat orang-orang yang membunuh diri itu tidak diterima bumi. Semoga apa yang aku kongsikan ni boleh jadi pengajaran kepada adik-adik kat luar tu dan juga kepada semua. 

Jangan terlalu obsesi cinta. Kerana cinta yang kekal itu hanya cinta kepada Allah SWT. Thanks for reading. Thanks for following :)


Nak tempah doodle just email me :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, November 22, 2011

What being Malaysian is all about.





“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.” – Ong Kim Swee




Salam bloggers.

Kat atas tu mungkin quote of the year yang diungkapkan daripada jurulatih pasukan bola kita yang menang malam tadi, Ong Kim Swee. Sangat mendalam maksudnya kalau kita selami.

Well, malam tadi aku pon tengok jugak dengan mama walaupun tak minat sebenarnya dengan sukan nombor 1 dunia ni. Hehe, tapi tah kenapa malam tadi omaiigadd, sangat eksited sampai terjerit-jerit. Okayfinee~

Well, tahniah kepada Skuad Harimau Muda sebab dah mengondol pingat emas untuk Sukan SEA sekaligus sebagai juara negara. Even kita ditempat ke 4 tapi still, menang bola malam tadi ibarat memenangi keseluruhan acara weh! Game yang paling banyak debaran dan memang rezeki Allah SWT nak bagi kan :)

Tapi memang taktahu nak cakap apa kepada penyokong Indonesia, they never respect our country. Bukan semua tapi bak kata orang lama, 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. They should behave themself masa lagu kita dinyanyikan dan tak perlu kot nak guna kekerasan dan kekasaran kepada penyokong dan pemain kita. Kita dari rumpun yang sama kan?

Lastly, aku dapat tengok semangat rakyat Malaysia, dekat FB pun boleh rasa semangat tu, dengan aku sekali tukar DP. Ngehhngeh~ Dan kita berjaya! Congrats again MALAYSIA :)

# Amboi gambar -.-


Thanks for reading :)



p/s : aku tak suka Bonai -.-



Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, November 21, 2011

Thank You Korangg :B







Salam bloggers :)

Lama rasa tak jenguk bahagian new post ni. Hehe~ Busyy sangat ke aku ni ek? Mungkin sebab mood nak menulis takda pulak. So kalau korang, apa yang korang buat kalau mood nak berblogging tibe-tibe hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa? 

What should we do?

  • Kalau mood nak menaip aku tiba tiba merajuk dan menghilangkan diri, aku akan bukak dashboard dan berblogwalking :)
  • Kalau mood nak menaip aku tiba tiba kena culik dengan kemalasan, aku akan tengok movie online dekat belog orang yang ada bagi servis wayang percuma. Hehe :P
  • Kalau mood nak menaip aku hilang sebab kena tibai dengan tsunami, aku akan jadik rajin sangat komen blog-blog orang yang aku singgah.

Haa, untung tak kalau aku malas nak menaip ni? Sapa yang untung? Korangg jugak. Hoho~ Tapi biasanya tahap kemalasan nak menaip ni sekejap je. Pastu bila tengah banyak idea nak menaip, amek dalam sehari 3 4 entri aku publish weh~

So, aku mintak maaf laa dekat korang kalau takda entri menarik lately ni yang ada cuma doodle comot yang tak seberapa. Tapi, even aku tak update 2-3 hari ni, still ada jugak yang sudi follow belog ni. A big thanks kepada yang sudi follow belog aku ni ye? Sedar tak sedar, daripada belog aku followers seciput aje, sekarang dah dekat 700. Even aku tak tahu laa, yang 698 ni semua ada baca ke tak entri aku but still, thank youu guys :)



Thankyouu for the beautiful days peeps. Love ya :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, November 18, 2011

Just because I always have a smile on my face doesn’t mean I don’t know how to be mad :)



Kesabaran guwa ada hadnyaa. Jangan sampai dah tak boleh bersabar pulak. 
Guwa memang bukan jenis suka nak marah-marah ni
tapi kalau dah mencabar limit, memang ada yang nak kena -.-

*Mood kureenng sikit harini. Maaf.



Like dan komen lah kalau suka :)

I love you with all my heart :)


Sekadar renungan di petang Jumaat :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, November 17, 2011

Go MALAYSIA Go !




Hehe >.<



Like dan komen lah kalau suka :)

# Spontaneous Thursday 16


Friends are forever, until one of them gets a boyfriend :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, November 16, 2011

Masa muda muda dulu :P


Salam semua :)

Tadi masa godek-godek almari dalam bilik abah, aku terjumpa album gambar yang lama-lama. Hehe~ Kalau tengok album gambar lama mesti akan tersenyum sorang-sorang. Sebab apa? Sebab dengan spontan akan teringat balik peristiwa atau memori gambar tu.

Untuk pengetahuan korang, time sekolah dulu, aku bukan dalam kategori budak-budak hot yang kapel dengan budak sukan ke kapel dengan anak cikgu ke atau apa-apalah tapi aku hanya seorang budak nerd yang pandai bergaul dengan budak kelas sendiri je, dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, aku tak pernah tukar kelas. Huhu~

Dan lagi, dulu aku tak cantek pun, muka banyak jerawat pastu selalu kena ejek-ejek. Okay fine. Dah macam sedih pulak kisah zaman sekolah aku ek? tapi takde sedih mana pun, aku happy dengan kawan-kawan aku dan bangga dengan keputusan SPM aku walaupun takdelah hebat mana.




Macam gambar kat atas ni. Hehe, time ni umur 16 ke 17 tahun lau tak silap. Muka memang sangat bermasalah. Sabar jelah. Bila terjumpa balik gambar ni, rindu pulak kenangan sekolah dulu. Tapi memang sentap weh, asyik kena ejek pasal jerawat lah, itam lah. Okay fine, aku memang tak cantik tapi tak effect korang pun kan :( Bajet sedih hehe~

Tapi, lama kelamaan, semua manusia akan berubah kan? So, aku pun kenalah berubah tapi mestilah berubah ke arah yang lebih baik. Untuk masalah muka berjerawat ni, sejak aku guna SAFI GAMAT yang warna biru tu, muka aku makin okay :) Sebelum ni aku ada jugak Clean & Clear, okay jugak tapi mahal sikit daripada Safi. Kalau ada benda yang lagi murah tapi kualiti sama bagus, baik amek yang murah ye dak? :P

Sekarang, muka aku da makin kurang dengan masalah jerawat ni. Alhamdulillah, bersyukur sangat tapi kadang-kadang naik jugak time nak datang bulan tu kan, tapi tak seteruk dulu la. Kalau korang nak cuba try hilangkan masalah jerawat ni boleh laa try Safi Gamat tapi kulit seseorang tak sama.



So, this is me now. Huhu~ Gambar pasport aku bagi. Tapi, walaupun muka da kurang masalah jerawat still tetap kena jaga kan? Huhu :)

Thanks sudi baca. Jumpa lagi nanti~



Like dan komen lah kalau suka :)

# Doodle Trade 8 | Untuk Dari Sini Ke Bintang-Bintang :)



Salam peeps :)


Dah lama rasanya tak buat doodle. Rasa rindu pulak. Hehe~ Comel tak doodle kat atas ni? Kalau korang boleh cam atau kenal ni doodle siapa korang boleh tempah doodle macam kat atas ni dekat pemiliknya :)

Doodle kat atas tu dilukis oleh Mel Amalina. Seorang biologist wehh~ Respek ah. Seorang biologist yang suka lukis katun katun comel macam ni. Haritu beliau ajak doodle trade, so kat atas tu adalah doodle yang dilukis oleh beliau untuk aku. Jangan nak curik okay ! :P

Jadi aku pun buat satu untuk Mel Amalina, bak kata pepatah, 'Orang memberi, kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Cewaahh, SPM kompem A++ :P

Diharap Cik Mel sudilah menerima doodle saya yang tak seberapa ni. Huhu, dahla lambat balas kan? Jangan marah ye :)

Thankyouu sudi baca :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, November 15, 2011

Review Produk : St.Ives Invigorating Apricot Scrub


Inilah jawapan kepada masalah yang melanda sesiapa yang inginkan kulit halus mulus bak puteri salju *ape kene mengena?* Huhu~ Kalau korang masih tercari-cari produk yang sesuai, aku suggest korang produk St.Ives ni. Sangat best bila pakai sebab kulit jadi mulus sehalus sutera tu :P

Korang ingat aku main-main ke? Dont play play okay. Im serious ni. Produk ni korang boleh dapatkan kat Watson ataupun Guardian. Ada banyak jenis tapi yang aku tengah pakai sekarang yang Brightening punya :)

TAPI. Ada tapi ye, korang jangan pulak pakai scrub ni macam daily face wash pulak sebab ni adalah scrub yang ada butir-butir halus berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran kat muka. So, pakai 3 atau 4 kali je seminggu. Kalau jenis pelupa tu boleh laa buat jadual kan. 

Produk ni bukan terhad untuk perempuan je, yang lelaki pon boleh jugak nak pakai kalau jenis yang metroseksual tu kan. Yang jenis menjaga penampilan pun boleh ye abang-abang :P

Harga dia around RM20-25 laa. Aku beli haritu kalau tak silap, RM21.90 so berbaloi laa sebab die besar. Boleh pakai 2-3 bulan kalau ikut cara yang betul. Cara pakai pulak, jangan tenyeh kasar-kasar dekat muka korang, bukan halus mulus bak sutera jadinya, tapi bak kertas pasir nanti. Hehehe~

Mengandungi granules yang bijik-bijik tu

Okaylah, panjang lebar pulak aku cakap tulis kan. So, kepada korang yang nak try boleh cari kat tempat yang aku cakapkan tadi dan selamat mencuba. Ada masa nanti aku review pasal produk lain pulak okay? 

Thanks for reading peoples :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, November 14, 2011

Fun at the peak | Genting Highland [Entri Bergambar]


Salam kerinduan semuaa !

Lama aku tak pegang lappy selama itu jugaklah aku tak bukak dashboard blogger ni ha. Rindu seyhh :P Macam dalam entri sebelum ni, aku kan ada bagitau yang aku nak pegi tempat yang sejuk sejuk tinggi tu kan. Jadi, entri kali ni adalah entri yang akan menceritakan segalanyaaa about the journey. Haaa amek kaw :)

Okay, aku amek yang pakej punya RM47 bertolak dari KL Sentral so, dari rumah pukul 8 macam tu gerak naik KTM. Sampai KL Sentral around 9.30 terus pegi McD bungkus breakfast. Bila semua orang dah cukup, terus naik bas dan bermulalah perjalanan yang paling aku 'suka'. (aku paling tak suka jalan bengkang bengkok)

Sampai kat Skyway terus beratur nak naik cabel car dan jantung dupdapdupdap jugak time tu sebab baru baru ni heboh dekat Facebook ada cabel car terhempas -.- Tapi berserah jelah. Semoga selamat pergi dan balik kan.

Okaylah, penat pulak aku nak mengarang macam nak amek SPM pulak. So, biar gambar yang bercerita. Sebab tengok gambar lagi senang kan, scroll je sampai bawah :P

































Okay, sesapa yang penat tu boleh laa minum-minum air dulu. Urut-urut tangan tu sebab aku rasa ni lah entri paling banyak gambar aku letak. Maaf laa kalau korang ase cam, wat the fish punya entri ke ape ke kan. Tapi aku just nak kongsi je. Aku happy sangat dapat jumpa dengan yang tersayang dan have a day out with him and my bestfriend, Myra. Thanks all for the day even ada benda tak best jadi kan. Shhhh~ Hhahaha :)

Banyak benda jadi sepanjang hari tu, pahit manis semua ada dan semua tu adalah kenangan untuk aku. Huhuhu, kenangan hanya dapat setelah kita melaluinya :)

Moral of the story untuk cerita aku : Kalau amek pakej kena tepati waktu kalau tak kena tinggal bas laa jawabnyaa macam den :P kuikuikuii~


Terima kasih sudi baca, nantikan entri tembak gambar bersama Myra selepas ini :) Stay tuneee !




Like dan komen lah kalau suka :)