ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, January 16, 2012

Ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan suami


Assalamualaikum semuaaa~


Siapa taknak kawen angkat kaki? Hihi, apahal lak aku tetiba cakap pasal kawen je ek kebelakangan ni. Tapi cakap pasal kawen tak bermaksud aku nak kawen dah ataupun terdesak nak kawen. Masih banyak lagi benda yang perlu aku capai dalam hidup ni. Cewahh~

Okay, back to the point. Harini nak cakap pasal CIRI-CIRI LELAKI YANG BOLEH DIJADIKAN SUAMI. Korang nak tau tak? Kalau taknak tauu pun takpe tapi kalau boleh amek la tauuu :P

Kat bawah ni aku senaraikan ciri-ciri yang berdasarkan pendapat aku sahaja. Kalau ada silap atau tak betul kat mana-mana aku mintak maaf sebab macam yang aku cakap tadi. Semuaaa ni just based on my opinion. Jom cekidautt~


1. Berpendirian tetap
Penting bagi lelaki untuk berpendirian tetap. Maksudnya, hanya dia yang mengemudi keluarganya. Bukan orang lain, orang luar mahupun keluarganya sendiri. Berpendirian tetap jugak memberi maksud tetap dengan pendirian iman dalam menjadi ketua keluarga. Tak mudah terpesong dengan benda-benda yang memudaratkan.

2. Bertanggungjawab
Of coz laaa kena cari laki yang bertanggungjawab untuk dijadikan suami kan. Takkan nak kawen dengan laki yang tak ada rasa tanggungjawab. Then nanti siapa yang nak cari nafkah, siapa yang nak jaga family dan be the leader to the family? So, bertanggungjawab tu memang penting dalam diri seorang lelaki.

3. Penyabar
Lelaki yang kuat sabar ni bagus dan boleh jadi contoh untuk bakal anak-anak nanti. Lelaki penyabar ni jugak boleh jadi air untuk disimbah kat api kalau api tengah marak. Paham tak? Kalau tak paham sila paham jugak :P Tapi setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing kan? Just dont over the limit sudah laa.

4. Penyayang
Siapa tak suka lelaki yang penyayang sila lempang diri anda sendiri. Kalau aku pun, mesti aku nak cari lelaki yang penyayang, yang akan menyayangi diri ini seadanya. Cewahh~ Hahaha. Dan lagi lelaki penyayang ni dah tentu akan sayangkan keluarga yang dibinanya. Akan berusaha yang terbaik untuk family. Paling sukaaa tengok lelaki yang menguruskan wife dia masa tengah pantang lepas bersalin :)

5. Pelindung
Bersifat pelindung. Boleh melindungi kita dalam sebarang bahaya dan kesusahan. Lelaki bersifat pelindung ni kadang-kadang akan nampak sangat macho bila dorang tengah protect kita. Sebagai contoh macam baru-baru ni suami Wardina melindungi diri dan maruah Wardina. It just sangattt WOW. Im speechless...


Love cannot only be found in the good times, 
but also when are able to stay strong after a storm.


Semoga kita mendapat yang terbaik dalam hidup kita. Kalau mencari isteri atau suami yang baik, kahwinilah sesorang yang menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapanya. 

Terima kasih sudi baca :)



Like dan komen lah kalau suka :)

2 orang dah komen. Awak taknak ? :):

d4533k3r said...

Banyak Betul~ Kalau boleh saya menambah sedikit ~> Suami sewajibnya bertakwa!! Suami merupakan imam bagi is3 dan anak-anaknya yang menentukan halatuju kehidupan rumah tangga. Tak gitu??

Ain SSB said...

Semua wanita nak suami yang ada sifat2 diatas kan! But Ain ada baca jugak Wardina punya kisah tuu! Kesian kan dia...but Wardina & suami dua2 sangat lucky to have each other!