Siapa nak kulit cantik angkat muka :P


Hi peeps :)

Okay entri kali ni aku nak kongsi dengan korang semua produk penjagaan wajah yang aku gunakan. Well, sebelum ni aku pernah cakap memang aku pengguna setia SAFI Gamat and yes, aku masih lagi menggunakan produk best ni :)

Dalam entri sebelum ini, korang boleh tengok kulit muka aku memang berjerawat dan since aku guna Safi ni memang aku alami perubahan yang positif. Yup, memang ada yang cakap, kulit orang semua tak sama, ada yang pakai tapi takda kesan pun dan ada yang jadi makin teruk. Tapi kita perlu mencuba kalau nak tahu kulit kita sesuai dengan sesuatu produk tu atau tak. Kalau nak senang korang pergi je dekat booth kecantikan yang boleh scan kulit korang atau promoter dia yang memang pakar bab-bab kulit ni :) Tanyaaa je hikhik~

Antara produk yang aku pernah pakai sebelum ni, Clean&Clear, Neutrogena, Nivea, Fair&Lovely dan banyak lagi lah tapi Safi jugak yang sangkut. 

Tapi sekarang ni aku tengah try satu produk baru dan aku jugak dalam perancangan nak jual produk ni :) Kalau nak jual dekat orang kenalah cuba sendiri dulu kan?


Here it is~ Satu set produk Biokos. Sekarang ni kalau boleh aku nak try produk yang satu set. Taknak beli seketul seketul dah :P Kat botol tu pon tulis untuk 20s means untuk pengguna yang berumur 20an sahaja. Ingat tu, yang belum cukup tak boleh pakai~ 

Aku dah pakai satu set produk ni dalam 2 minggu. Dan sejak aku pakai produk ni, mama, kawan-kawan semua tegur muka aku nampak macam licin gitteww~ Siapa tak suka kalau orang puji perubahan positif kan? :D


Iklan jap~ Ni pulak produk penjagaan rambut. Yup, memang produk ni tak berapa terkenal tapi dia punya benefit memang wow~ Sangat best. Satu set ni termasuk, syampoo, conditioner dengan tonic lebih khusus kepada rambut nipis. Maksudnya, kalau korang yang alami rambut jarang ke, nipis ke kebotakan ke, rambut gugur ke boleh laa try produk ni. Tak rugi pon kalau cuba kan :)


Sambung balik, hehe. Haaa, apa bersepah-sepah ni -.-'' Okay ni semua adalah barang mekap yang aku gunakan. Ce tengok takda pon barang branded-branded sumenya yang biasa-biasa aje tapi best! Dan sekarang aku teringin nak beli eyeshadow pallette yang selalu diperkatakan sekarang iaitu, Miss Rose. Aku akan dapatkan jugak~ ngee :P


Aku tadi bukan cakap pasal pencuci muka ke? Asal tetiba ada gambar lens pulak ni? Hahahha, layan jelah. Orang rabun macam aku ni kalau takda lens, tak sah, dan aku amat meminati lens dari Blincon :) Biasanya warna yang aku beli, kalau tak brown ke hazel ke, mesti grey. Tu jelaaa~ Bosan dah -.-''

Finally, kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba satu set produk Biokos tu boleh je kontek aku. Dan produk tu bukan terhad untuk 20an sahaja, untuk 30an dan 40an pun ada. Kalau nak tahu lebih lanjut just email me : zetty_ninety@yahoo.com takpun tanya dekat Facebook page pun takpe.

Hasil pemakaian produk Biokos selama 2 minggu :)


Wajah tanpa mekap, dan tanpa edit~
(jerawat dah makin kurang dan kulit nampak smooth)



Terima kasih sudi baca :) dan tahniah kepada pemenang doodle percuma di Facebook page.


Comments

Unknown said…
Aww nampak ok jugak produk biokos ni! Kalau Ain kat Malaysia nak jugak try! Kulit Ain sekarang bermasalah sangat! Ain baru je start guna produk Clarins...hopefully it'll work on my skin :/
anamizu said…
wahhhh coml3! licin je kulit zety..hehe






luv,
cik ana
Cikgu Vina said…
sy puntengah usha produk baru..hehe...muka dah licin..saje nak tuka produk baru..hihi,,sy asal guna safi je..safi walaupun murah,,tapi sangat BERKESAN..huhu..btw, sy dah follow awk..

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces