ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Saturday, January 7, 2012

Tutorial Lukis Eyeliner



Assalamualaikum semua :)




Haritu ada kawan tanya cara nak pakai eyeliner yang betul. So, kalini aku tolong ajarkan tapi tak tahu lah betoi ke idokk :P Sebab banyak tutorial yang aku tengok, mostly pakai ikut keselesaan. Tapi basic dia memang macam ni.





Apsal kulit aku berkedut-kedut ni? Okay fine, asyik tido lewat camna tak kedut kan -.-'' Ok, proceed, macam dalam gambar kat atas ni. Korang boleh applykan liquid eyeliner atau pencil eyeliner ataupun gel. Ikut keselesaan dan kemampuan okay. Macam kat atas ni, aku gunakan pensil je, tapi guna liquid lagi best rasanya sebab smooth je dia boleh pegi. Dan lebih tahan lama sikit. 

Korang start daripada tengah, A dan garis ke bahagian dalam kelopak mata, B. Then, finishkan dari A ke C pulak. Lain orang, lain caranya, ada yang aku tengok pakai dari hujung mata ke dalam, ada pulak yang pakai dari dalam ke luar, so mana-mana pun boleh as long as tak comot :)

Tapi bagi korang yang baru nak try pakai boleh try cara macam ni dulu. Tapi tulah, ada jugak yang cakap, tangan gigil, susah nak dapatkan line yang smooth tu kena SELALU praktis. Lama-lama nanti mesti okay. Samada line tebal atau nipis itu jugak terpulang dekat korang. Takkan kalau pergi kelas nak pakai tebal-tebal kan~


Hasilnya~ Taraaa. Biasa je. Yang ni aku gunakan pensil dengan warna brown. Nampak soft sikit dan boleh pakai untuk kegunaan harian. Dalam gambar pertama tu aku ada tulis pasal waterline. Okay, mostly orang yang selalu gariskan waterline ni sebab nak bagi mata tu nampak besar sikit. Ada yang garis separuh je dan ada jugak yang garis full sampai dalam. Yang tu pon ikut kesesuaian mata jugak sebab biasanya mata sepet tak sesuai sikit nak buat garis dekat waterline tu tapi ada cara lain untuk nampak kan mata besar.

Okay guys, itu je harini. Kalau ada tutorial make up yang lain nanti, aku akan bagitau yeee. Keep following my update dekat SINI !



Thanks sudi baca :) Jumpa lagi nanti~






Like dan komen lah kalau suka :)

5 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Azzah said...

suka pakai eyeliner tapi susahnya nak cuci dia..

Cik Zety said...

senang je nak cuci. guna minyak zaitun atau baby oil. senang nk bawak kemana-mana kalau nk remove mekap utk solat :)@Azzah

sarah mohamad said...

Saya suka pakai dari dalam ke luar. Memang mula2 pakai comot, dah pakai hari2 kadang2 sebelah mata pun boleh buat. HEHEHE Kena praktis. Anyway, pakai lens apa tu?

Cik Zety said...

yup, praktis make perfect. lens beuberry grey. beli on9 dekat kawan :) @sarah mohamad

si robot comel said...

tips yang bagus ni,kena cuba kena cuba, thx cik zety yang comel. :)