Umur penting ke dalam perhubungan?
Assalamualaikum~
Huwaaa sambil taip sambil lempang-lempang diri sendiri -.-'' Hampeh punya orang cakap azam taun baru nak update satu hari satu entri tapi puii~ Cakap berapi je kan. *Sila lempang aku lembut-lembut*
# dush dush lapanbelas kali -.-
Okay, kalini aku nk up topik hangat sikit. Bukan hangat-hangat tahi ayam okay~ Tajuknya berkaitan umur. Tentang perbezaan umur antara pasangan. Adakah ini satu perkara normal atau biasa atau adat kita? Persoalannya? Orang-orang tua dulu-dulu cakap, kalau perempuan atau anak gadis nak cari pasangan biarlah yang tua 5 - 6 tahun daripada umur si gadis tu. Kalau cari yang sebaya atau muda daripada perempuan, KURANG MATANG katanya.
Ini bukan aku yang cakap okay. Totally not me sebab akak-akak kat tempat keja dulu pun penah cakap cenggini. Betul ke idok? Tapi, apa yang aku perhatikan sekarang dah takda dah pikir-pikir umur. Agak-agak si lelaki tengah mengorat tu takdanya si pompuan tu tanya, ni umur bape ni~ Kan?
Sebab umur ni bukan point kebahagiaan seseorang tu. Kalau dah jodoh dengan pakcik umur 55 nak buat camno~ Kalau dah jodoh dengan adik umur 12 taun nak wat camno~ Tapi kalau korang, korang cari pasangan yang macam mana? Yang muda kah? Yang tua kah? Yang sebaya kah ? Semua terpulang pada taste masing-masing dan juga pada jodoh yang dah ditentukan.
# Ramai yang obses dengan ustaz ni kan sekarang? :P
Jadi, kesimpulannya, tak kisah la perbezaan umur antara pasangan ni yang penting bahagia :) Ada jee yang kawen beza 20 tahun tapi hidup bahagia sampai sekarang. Apa yang penting? KERJASAMA *tibetibe*
Terima kasih sudi baca, lain kali datang lah lagi :P
Comments
aah mmg ramai yg obses dgn ostaz azhar idurs tu skg nih..hehe
luv,
cik ana
sesetghnye tdk.. mmg xpnting pon umor ni kn.. jnji bhgie sdh.. haha