Satu hari di Kuala Kangsar


Assalamualaikum.

Yay, rasa macam indah je dapat update banyak entri untuk blog kali ni. Aku memang banyak benda nak cerita pun tapi sebab keadaan tak mengizinkan, aku tak dapat nak bukak sangat blog ni. Bukan takat bukak, nak tekan hurup 'b' tu pon macam tak sempat jek~

So, baru-baru ni aku nak cerita, yang aku ada pegi ke Kole Kangsor atau dengan nama sebenar, Kuala Kangsar (KK). hihi~ Okay, pegi KK dengan opah, mama, aicu dengan acik. Tak ramai yang ngejoin sebab masing-masing ada urusan. So yang ada cuma gambar dan mari kita biarkan gambar yang bercerita hehe :P



Dimulakan dengan gambar opah dan mama. Berlatarbelakangkan masjid yang cantik lagi indah iaitu Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Sini bukan tempat pelancongan tapi tempat beribadat tapikan ramai jek pelancong asing, omputih datang sini pastu masuk dalam masjid tu. Siap pakai short pant lagi tuuuuu~




Sini pulak kelihatan jam besar yang merupakan landmark atau penanda kawasan yang mengatakan, 'Hey, you're now at Bandar Diraja Kuala Kangsar, dude'~ 


Pemandangan indah sepanjang jalan kenangan. Eh, macam lain macam je ayat ni. Err, ignore it. Cantik kan tiang tu~ *tibetibe*


Persisiran apetah. Lupe dah -.-'' Dan korang nak tau tak, aku terjumpa pelakon drama yang tengah bersiaran kat TB sekarang ni, APE CELOP tokk~ Wan Sharmila kat sini. Kecik je orangnya, kulit sawo matang gitew. Tapi muka sombong sikit. Ke macam sombong? Entah, sama jelah~


Sikecik Nurin nak jugak menyelit -.-'' tapi time ni tak ramai sangat orang kat sini. Aku datang sini pun sebab nak makan laksa. Heee~


Mereka yang terlibat. Dari kiri, mama, Nurin, ayahcu, dan opah.


Mama dan Nurin.


Istana lama. Masih cantik dan utuh.



Setelah gambar dimulai dengan gambar mama dan opah, eloklah ianya disudahi dengan gambar guwa plak~ Hehe, ni pun tangkap gambar kat dalam masjid tu. Ape punya orang lah -.-'' Ada gaya macam cikgu tadika tak? Takpun cikgu pendidikan seni ke~

Okaylah, itu sahaja untuk harini sebab aku dah lapar, masih belum makan. Korang dah makan? Perghh, makan tak ajak. Okay takpe. Ada ubi, ada batas, ada hari boleh balas lah~ Lalalalala

Terima kasih sudi baca, jangan lupa komen sekali. Heee





Comments

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces