ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, March 23, 2012

Segamat


Hi semuaaa!

Assalamualaikum :) Sila jangan rindu saya. Ecehh~

Cerita ni dah jadi lama dah tapi baru sekarang nak bercerita. 10 Mac lepas teman housemate, si Ema ni pegi balik kampung dia kat Segamat nun. Alang-alang pulak ada kawan dia kawen so join kenduri sekali lah. Hihi.

Tapi tak sempat pun nak amek gambar kenduri cuma sempat amek gambar sepanjang perjalanan je.


 

Bunga telor ni pulak ada kisah tersendiri tau~ Okay meh sini aku cerita. Masa ni dah ontheway nak balik dah. Keluar je dari Felda Selancar tu, kami nampak adalah mat-mat motor ni masa kat stesen minyak. Lepas je gerak, motor-motor tu pun saing gerak sekali. Kejap dorang kat depan kitorang, kejap kitorang potong dorang. Biasalah mat-mat motor ni saja nak tunjuk skill depan kitorang gadis-gadis cun dan comel ni.

Lepas tu agak-agak nak masuk simpang ke highway ada sorang mat motor ni bawak laju pastu saing sebelah kereta kitorang. Masa tu Ema yang tengah drive memang bukak tingkap, boleh plak si mamat ni bagi bunga telor tu tengah-tengah memandu dalam kelajuan 110km kau!! Dahla mamat tu bawak motor kat belah pemandu kiranya kereta kat arah bertentangan siap dah main-main lampu dah sebab dah nak dekat.

Kalau si Ema tak amek bunga tu cepat-cepat memang dah . . . . . . mamat tu tadi. Haih, berderau darah kitorang~ Last-last bunga tu memang bersemadi jela dalam kereta si Ema. Kenangan si bunga telor. Hehe :)

Dalam pada tu kitorang pun teruskan perjalanan balik ke Puchong.





Kereta memang banyak sangat haritu almaklum lah dah start cuti sekolah kan. So, memang malam baru kitorang sampai. Huhu, tu jelah kisahnya untuk hari ini. Nantikan entri terbaru okay? Thanks kepada korang yang sudi follow belog ni even belog ni tak maintain update macam dulu T.T

Terima kasih sudi baca :)




Like dan komen lah kalau suka :)

0 orang dah komen. Awak taknak ? :):