Hari Konvokesyen 2012
Salam semuaaa!
Seperti yang pernah diberitahu dalam entri sebelum ini, aku ada urusan di Johor and guess what? AKU DAH KONVO! hihi :)
Alkisahnya, pada 17 April 2012 yang lepas, aku dah pun selamat naik ke pentas siap berjubah sumee amek sijil diploma aku. Sabtu tu aku dah gerak dah sebab Isnin tu raptai untuk konvo. Sempat jugaklah jumpa yang tersayang huhu :P
Akhirnya selama 3 tahun aku belajar kat Politeknik Premier Johor Bahru yang kini dah jadi Politeknik Premier Ibrahim Sultan, aku dah pon menamatkan pengajian dengan jayanya :) Terima kasih kepada semuaaa yang dah banyak membantu, bersama-sama susah senang sepanjang 3 tahun kat sana. Pengalaman pahit manis semuaa tu takkan mampu dibeli dengan wang ringgit.
Bila tengok montaj masa kat dalam dewan aritu rasa macam sedih je sebab teringat balik memori-memori masa mula-mula masuk poli dulu. Masa time Majlis Suai Kenal semuaa. Time kat asrama, time kat kelas. Lepastu duduk rumah sewa pulak. Semuaaa tu kenangan yang sangat indah. Aku takkan pernah lupakan :)
Selepas setahun tunggu untuk konvokesyen ni, dapat jumpa balik dengan kawan-kawan lama rasa happy sangat. Ada yang dah gemuk, ada yang dah kurus, ada yang makin cantik, ada yang dah nak bertunang lah, kawen lah. Macam-macam tapi semua tu adalah lumrah kehidupan kan?
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kita kena ingat tu. Apepun yang paling penting, aku memang bersyukur sangat dan nak ucapkan terima kasih sangat kat keluarga tersayang yang paling banyak sumbangannya dalam hidup aku ni. Yang tak pernah bosan, yang sentiasa berada kat sisi aku. Sokong aku. Tanpa mereka, aku takkan berada kat tempat yang aku ada sekarang. Hanya family yang akan sentiasa dekat dengan kita.
Dan yang pasti, tanpa keizinan Yang Maha Esa, aku pasti takkan dapat berada kat dewan dan naik pentas tu semalam :) Alhamdulillah aku masih bernafas untuk melihat semua ni dan merasai semuaa ini. Terima kasih Allah SWT.
Kepada semua yang menyambut Hari Konvokesyen di Politeknik Premier Ibrahim Sultan kelmarin, semalam, hari ini dan esok, TAHNIAH!
*Terima kasih kepada mama, abah, dan yang tersayang for the flowers :)
Jom tengok gambar :)
Family yang hadir memberikan sokongan :)
Kesayangan saya yang paling hebat!
Selamat tinggal Politeknik Ibrahim Sultan :)
Terima kasih sayang :)
Kawan yang paling ngok ngek tapi the best hehe :)
Junior sempoi :)
Si kecik pon nak jugak -.-
I love them :)
My lovely HERO <3
Teman seperjuangan :)
Paling suka pic ni >.<
Terima kasih sudi baca :)
Comments
heppy for u zaty..
hope my bf fadil dtg gak i convo dgree nnty..hehehe :)
so sweet korang...n tahniah zaty!!!
ehh ada apend r ! haha