ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, April 12, 2012

Petua Legakan Senggugut


Hello korang!

Jumpa lagi. Kali ni aku buat double update sebab harini aku rajin sikit. Biasanya peratus kerajinan aku 30%, tapi harini naik jadi 50%. But still belum jadi 100% lagi kan -.-

Okay, entri kali ni nak bagi petua yang aku terbaca kat satu belog ni. Memang sangat berguna dan macam biasalah aku mesti nak kongsi dengan korang :)

Petua Legakan Senggugut

Kebiasaannya, pompuan mesti akan alami senggugut ni tapi bukan semua. Kira beruntunglah kalau siapa yang tak penah alami senggugut ni kan. Jom tukar nak? Hee. Okay, petua yang aku baca tu, antaranya untuk mengelakkan senggugut. Caranya dengan amek 3 ulas bawang merah, hiris halus-halus, campurkan dalam segelas air panas dan minum air tu. Sebelum minum bacalah bismillah dengan niat supaya senggugut tu tak datang.

Cara yang kedua pulak, amalkan minum air perahan halia selama sebulan dan dua kali sehari. Haa, boleh buang angin sekali tu :P 

Cara yang ketiga dan yang paling mudah adalah, minum air bergas, seperti Coke ataupun Sarsi. Tapi yang ni tak pasti la kesahihannya sebab lain orang, lain ragamnya. Ada yang jenis tak boleh minum air bergas nanti takot perut buat perangai. Tapi terpulang lah sebab ada 2 lagi cara yang boleh diamalkan.

Cara yang terakhir, adalah cara yang kita selalu dengar lah kan. Urut atau tuam perut dengan kain atau air dalam botol yang panas-panas tu. Tak pun amek je seterika pastu letak kain atas perut dan seterika. Tapi nanti kalau tiba-tiba perut jadi leper ke ape aku tak bertanggunjawab hokay~ :P

Tu jelah antara petua yang boleh aku kongsikan dengan korang sebab memang senggugut ni perasaan dia ibarat macam ada orang pulas-pulas usus kita kan? Aku pun kadang-kadang kalau datang senggugut memang baring dan duduk dalam bilik jela gamaknya. Kalaulah lelaki dapat rasa sakitnya senggugut ni apa lah reaksi dorang kan? Mau tergolek-gelantang kot :B

Apapun, kepada kaum lelaki, tolong lah jaga perasaan dan jugak pemakanan kaum pompuan time dorang mengalami datang bulan ni sebab time-time macam ni diorang eh kitorang memang sensitif :P 



Thanks for reading. Baii~



Like dan komen lah kalau suka :)

3 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Shawn Razaleigh said...

ohhhh ok2 :p

nur nadzirah said...

selalu buat panaskan perut je..hehe

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal senggugut… sharing is caring :) - Cara Mengurangkan Sakit Senggugut