Syukur kepada Allah :)



Assalamualaikum semua :)








Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang mampu terluah oleh aku. Sangat tak sangka. Unexpected. Syukur YA ALLAH ! Sesungguhnya semua rezeki itu hanya daripadaNYA. Hanya kepadanya kita memohon segalanya :)


Sebelum ni kalau ada sesiapa yang perasan aku ada cerita pasal pegi intebiu untuk keja kerajaan. Alhamdulillah, ya aku dah berjaya untuk ditawarkan sebagai pekerja dalam perkhidmatan awam :) Thank you Allah. Thank you mama dan babah. Thank you semua.


Walaupun bukan jawatan tinggi dan ganjaran yang besar tetapi aku tetap bersyukur, sebab bukan mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan pekerja sektor kerajaan. Dan keputusan yang dibuat juga bukan mudah sebab aku sedang bekerja dalam bidang yang aku pelajari selama ini, Rekabentuk Grafik.


Hampir 3 bulan bekerja dan tinggal untuk mendapat confirmation jee, aku mendapat berita gembira ini. Berbelah bagi jugak nak buat keputusan sebab aku dah selesa dengan keadaan dan situasi sekarang cuma ironinya sampai bila?? Sampai bila aku nak duduk dalam keadaan selesa je? Sampai bila nak duduk dalam kotak yang sama? Jadi aku perlu perubahan :)


Selepas berfikir, tolak tambah semua perkara, YE. Aku terima tawaran ini dengan hati terbuka. Lebih lagi bila keluarga menyokong aku. Demi masa depan aku, apa salahnya. Seronok tak seronok belakang cerita yang penting kenalah cuba dulu kan?


Lepasni, merantau la pegi tempat orang pulak. Harap-harap aku boleh sesuaikan diri T.T Yang tersayang pulak, ikutkan aje apa yang terbaik untuk aku. Kesimpulannya, terima kasih atas rezeki ini dan semoga aku mampu menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang ^^




Tapi kenapa ayat aku macam ayat karangan time Form 5 ni? -.-'' Tak kisahla sebab aku pon dah lama tak menaip untuk belog ni. Kesian belog, ada tuan tapi macam takda. Wuuuu~




Terima kasih sudi baca :D




*Takziah kepada housemate tersayang yang kehilangan bondanya yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Al-fatihah.





Comments

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces