Posts

Showing posts from May, 2012

Menjahit untuk masa depan.

Image
Assalamualaikum ualls~ Malam bila tah kan, ternampak bekas jahit mama kat atas meja mama. Dalam tu ada benang, jarum dengan manik-manik warna warni. Tiba tiba datang satu perasaan yang maha dasyat (ayat kena hiperbola). Okay, apakah perasaan itu? Itulah perasaan rasa-nak-jadi-tukang-jahit dengan secara tiba-tiba. Perasaan membuak-buak itu tak dapat dibendung lantas tangan tiba-tiba je jadi ringan amek bekas jahit tu dan try jahit hehe. Lepastu, saja je survey kat Youtube video tutorial untuk menjahit manik. Wahh, banyak sangat. Tiba tiba jadi terujaaa semacam. Rasa macam DIY baju kawen pulak. Muahahaha. Okay fine. Bila dah tengok video kat Youtube, try lah jahit kat kain kosong. Boleh laaa. First time punya percubaan kan. Not bad lah orang kata. Usaha tangga kejayaan ^^ Paling suka manik jenis yang macam gini :) *Crumble* Sumber : Google Wahh, hati sangat berkenan tengok jahitan-jahitan kat Google. Sangat cantik okay -.-'' Tengok kawan-kawan yang pa

Kiamat semakin dekat apabila. . . .

Image
"Kiamat itu semakin hampir apabila masa dirasakan semakin singkat. Setahun ibarat sebulan, sebulan ibarat seminggu, seminggu ibarat sehari, sehari ibarat sejam, sejam ibarat sesaat" #Kita masih ada masa. Insyaallah.

# Wordless Wednesday 21

Image
# Nak padam tapi sayang -.-''

Rindu itu indah.

Image
Assalamualaikum, Ada macam lady bos tak?   Rindunya. Rindu sangat dekat kawan-kawan kat Puchong. Budak rumah dengan budak ofis. Hehe. Kalau dekat ofis, rindu nak lepak-lepak kat ofis. Borak-borak. Gosip-gosip. Makan-makan depan PC. Makan maggi cup. Buat air milo cicah biskut. Tengok website  Abang Nara  sambil makan buah beli kat kedai bawah. Kadang-kadang sambil minum Chatime. Eh, ni tempat keja ke tempat makan? -.-'' Ye. Kat ofis pun jadi. Kalau dekat rumah pulak. Rindu nak masak-masak ikut giliran. Rindu nak tengok tv ramai-ramai. Nak pergi pasar malam setiap Khamis. Rindu nak makan masakan budak rumah. Rindu nak beli beger kat kedai abang bawah. Beli popcorn akak depan rumah RM 1 pastu siap bawak pegi tengok wayang lagi sebab popcorn dia memang the best dah la banyak pulak tu. Rindu nak makan kentang putar yang cucuk kat lidi tu. Tu pon murah jugak. Kat area rumah ni memang makanan murah-murah. Sila gemokkan diri dengan makanan yang murah lagi sedap ye

Nikah yang diharamkan.

Image
Assalamualaikum kalian :) Siapa ada tengok Nona kat TV3 Ahad lepas? Kalau ada sesiapa yang terlepas nak tengok, meh sini aku nak kongsikan sikit antara yang menarik dalam Nona minggu lepas. Antara topik yang aku nak cerita kat korang dalam entri kali ni adalah tentang NIKAH MUT'AH . Korang tau tak nikah mut'ah tu apa? Pernah dengar tak? Mungkin ada yang pernah dengar dan maybe jugak ada yang tak pernah dengar kan. So, meh sini aku terangkan melalui kefahaman aku lah :) Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan), atau sigheh , adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran. Lebih dikenali sebagai Nikah Kontrak. Paham tak? Okay, untuk pengetahuan korang, nikah mut'ah ni HARAM sama sekali. Macam dalam

Saya comel kan?╭(╯ε╰)╮

Image
Maaf diatas tajuk entri yang agak meloyakan tekak anda :P Sekali sekala nak jugak perasan kan? Hohoho~ Dah lama tak letak gambar diri sendiri-mintak-lempang-lelaju kat sini kan. Almaklumlah, budak pemalas memang macam ni. Nak update belog sendiri pon malas apetah lagi nak masukkan gambar -..- *perlu ke masukkan gambar?* Haruslah letak gambar ingat-muka-kau-cantik-sangat dalam belog ni. Belog sendiri kan? Apadehal~ lalalalala Okay, kite akui kite agak hyperaktif sikit malam ni plus macam gedik over semacam je. Kite rasa macam nak update banyak-banyak malam ni lepastu nanti biar sampai dua tiga minggu camtu takpayah update. Okay tak? Kite rasa mesti takda sapa peduli pun kan sebab kite memang dah lama tak update sampai pembaca kite dah larik dah pun. Eh jap, kite ada pembaca ke? -.-'' Kite sebenarnya memang nak update hari-hari tapi kite ni nyanyuk  suka lupa lah. Tambah pulak kite ni pemalas sangat sebab nak tunggu loading ape sume tuh buat kite jadi t

Melayu sekarang?

Image
Assalamualaikum semua :D Haritu kan masa time tengah tunggu bas kan (masa time? #OHMYENGLISH! ), aku ternampak la ada pasangan ni. Muda lagi weh. Dalam baya-baya adik aku la kot, 12-15 taun camtu la kot, maybe? Dalam keramaian orang menunggu bas ni, aku pun yang tengah penat baru lepas balik kerja ni, duk usha lah baik punya kat pasangan ni. Homakaih, dia punya romantik kalah orang dah kawen tuuu :O *terjojol mata* Siap berpeluk-peluk sakan lah. Bak kata omputih, huggin'-huggin' laaa~ Aku pon heran jugak laa sebab yang budak perempuan tu dengan alahai, badan sekeping  nya pun, bukan main manja lagi. Feeling-feeling macam kat obersi kot =.= Ada lah jugak mata-mata lain yang memandang tapi nak buat lagu mana kan. Orang zaman sekarang ni memang jenis takkan masuk campur hal orang lain. Takpun, takut nanti kalau ditegur nanti, lain pulak jadinya. Tengok jela yang mampu. Dalam hati duk tepikir, kalau depan orang ramai, depa boleh buat lagu ni, belakang orang macam mana lag

Pengantin Malang

Image
Assalamualaikumm semua sahabat :) Kali ni aku nak kongsikan sikit kisah yang aku dapat daripada email aku baru-baru ni. Huhu. Macam kesian pun ada, macam pelik pun ada jugak. So, korang boleh la baca dan renungkan bersama :) Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu berita yang agak kelakar dan sedih,berita ini telah dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 18 Disember 2005 yang lalu. ========================================== DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN  Oleh Yulpisman Asli  KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu.  Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang.  ... Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 i

Its a sweet moment you know?

Image
Assalamualaikum semuaa. Dah lama tak update rasa kekok pulak nak menulis. Hehe. Okay, lagu belog pun dah bosan aku dengar iaitu lagu Yuna-Terukir Di Bintang. Kini dah digantikan dengan lagu baru yang amat aku gemari :B iaitu lagu Agnes Monica-Rindu. Ayat macam budak darjah 3 jugak aku ni kadang-kadang -.- Okay, kalini aku cuma nak cerita sikit pasal diri aku yang dah pun memberhentikan diri sendiri kat tempat kerja lama sebab nak bertukar kerja kat Pahang nun. Kadang-kadang aku selalu terfikir, betul ke keputusan yang aku buat ni? Aku sendiri macam tak yakin dengan keputusan yang aku. Aku serba salah samada betul ke keputusan aku untuk kerja kat Pahang dan berhenti kat tempat kerja lama kat Puchong ni. Kalau dekat Puchong, aku boleh selalu ulang-alik balik rumah. Jenguk mama, abah, Nurin dengan semua yang ada. Tapi bila aku da kerja kat Pahang nanti, memang susah la nak balik rumah selalu... Aku memang jenis yang suka duduk dekat dengan rumah tapi bila difikirkan balik, nak