Its a sweet moment you know?



Assalamualaikum semuaa.




Dah lama tak update rasa kekok pulak nak menulis. Hehe. Okay, lagu belog pun dah bosan aku dengar iaitu lagu Yuna-Terukir Di Bintang. Kini dah digantikan dengan lagu baru yang amat aku gemari :B iaitu lagu Agnes Monica-Rindu.


Ayat macam budak darjah 3 jugak aku ni kadang-kadang -.- Okay, kalini aku cuma nak cerita sikit pasal diri aku yang dah pun memberhentikan diri sendiri kat tempat kerja lama sebab nak bertukar kerja kat Pahang nun.


Kadang-kadang aku selalu terfikir, betul ke keputusan yang aku buat ni? Aku sendiri macam tak yakin dengan keputusan yang aku. Aku serba salah samada betul ke keputusan aku untuk kerja kat Pahang dan berhenti kat tempat kerja lama kat Puchong ni.


Kalau dekat Puchong, aku boleh selalu ulang-alik balik rumah. Jenguk mama, abah, Nurin dengan semua yang ada. Tapi bila aku da kerja kat Pahang nanti, memang susah la nak balik rumah selalu...


Aku memang jenis yang suka duduk dekat dengan rumah tapi bila difikirkan balik, nak cari rezeki tak boleh memilih. Tuhan dah bagi rezeki kita kena terima dengan tangan yang terbuka. Alhamdulillah aku bersyukur sebab rezeki berpihak kat aku.


Last Friday, aku dah pun berhenti kat tempat keja lama. Bos dengan staf semua buat majlis perpisahan ala kadar. Aku rasa sedih jugak sebab staf dengan bos semua baik sangat. Susah nak dapat bos dengan staf macam dorang. Sangat sporting dan baikkkkk :) 







Cuma Dominos je untuk makan-makan. huhu. Kat atas tuu, my besties ofismate :) Selaluuu teman aku borak-borak, layan kepala aku borak pasal tuttt :P dan macam-macam lagi. Gonna mishh yuuu Dayah :)

Nanti kalau saya free, saya datang rumah awak nanti kite pegi shoping-shoping ape sume tau. Dah la nak tengok wayang sama-sama pun tak kesampaian :( But sokay lah..maybe next time? Nanti awak nak kawen jangan lupa jemput kite tau! Huhukk 

Ramai kawan-kawan yang saya dapat kenal time saya keja kat sini. Pahit manis saya kat sini saya akan ingat even tak sampai 3 bulan saya keja kat sini. Saya sayang korang semuaaaa tau!

Okaylah, tetiba mud sedih datang. Hahahaha. Okbai -.-''



*Dayah, thanks tau sudi jadi kawan orang. Sanggup layan kerenah orang, pasni sape nak teman orang gi shoping, gi beli baju kat Thailand, makan sama-sama. Wuuuu T.T







Comments

sarah mohamad said…
Yang penting those pizzas look yummeh! Nyum nyum hehehe

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces