ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, May 21, 2012

Melayu sekarang?



Assalamualaikum semua :D




Haritu kan masa time tengah tunggu bas kan (masa time? #OHMYENGLISH!), aku ternampak la ada pasangan ni. Muda lagi weh. Dalam baya-baya adik aku la kot, 12-15 taun camtu la kot, maybe? Dalam keramaian orang menunggu bas ni, aku pun yang tengah penat baru lepas balik kerja ni, duk usha lah baik punya kat pasangan ni.


Homakaih, dia punya romantik kalah orang dah kawen tuuu :O *terjojol mata* Siap berpeluk-peluk sakan lah. Bak kata omputih, huggin'-huggin' laaa~ Aku pon heran jugak laa sebab yang budak perempuan tu dengan alahai, badan sekeping  nya pun, bukan main manja lagi. Feeling-feeling macam kat obersi kot =.=


Ada lah jugak mata-mata lain yang memandang tapi nak buat lagu mana kan. Orang zaman sekarang ni memang jenis takkan masuk campur hal orang lain. Takpun, takut nanti kalau ditegur nanti, lain pulak jadinya. Tengok jela yang mampu.


Dalam hati duk tepikir, kalau depan orang ramai, depa boleh buat lagu ni, belakang orang macam mana lagaknya ek? Subhanallah.




Tu satu cerita, yang kali ni pulak, masa tengah tunggu komuter nak balik ke rumah mak. Tengah tunggu-tunggu, nampak ada segerombolan budak-budak perempuan remaja. Pakaian masing-masing moden belaka. Rambut berkaler bagai dengan fesyen tersendirinya. 


Dorang duk berborak sesama dorang lah tapi bukan main kuat bercakapnya. Sampai boleh dengar semua butir bicara dorang. Kalau jenis cerita yang biasa-biasa takpe jugak. Ini siap bercerita pasal, 'Eh, aku benci betul tengok si polan dengan si polan tu, dah la keja asyik $^&$ jek.' Amboi, siap dengan mencarut-carut bagai lah. Haih. Yang tak tahan nya, semua muka budak-budak Melayu. Siap dengan ada yang bergaya jantannya. Pengkid lah kot, berantai pulak dengan lambang salib. Aku cuma mampu terdiam jela. 


Macam ni ke budak-budak Melayu zaman sekarang? Kenapa diorang ni tak berpikir panjang sebelum nak buat apa-apa? Dengan kes lari daripada rumah lah. Tak suka dikongkong lah. Nak kebebasan lah. Nak bersama dengan boyfriend lah. Keseronokan tu sekejap je. Fikir-fikirlah :)


Macam aku, serius cakap, aku suka duduk dengan family lagi daripada duduk dengan kawan-kawan. Aku tak suka duduk jauh dengan family. Nanti kalau mak atau abah talipon ke mula rasa sebak je. Rindu ;')


Maaf kalau ada terkasar bahasa ye? Sekadar coretan biasa untuk renungan bersama je. Terima kasih sudi baca :)






#Selamat Pengantin Baru kepada blogger-blogger yang menyambut hari bahagia mereka :)








Like dan komen lah kalau suka :)

2 orang dah komen. Awak taknak ? :):

aimi said...

sebak lak bce entry nie =(


bdk2 zaman skrg pelik2 perangai nye

Cik Zety said...

jangan la sebak..huhu, nilah realiti masyarakat kite skrg :(@aimi