ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Tuesday, May 22, 2012

Nikah yang diharamkan.



Assalamualaikum kalian :)


Siapa ada tengok Nona kat TV3 Ahad lepas? Kalau ada sesiapa yang terlepas nak tengok, meh sini aku nak kongsikan sikit antara yang menarik dalam Nona minggu lepas.

Antara topik yang aku nak cerita kat korang dalam entri kali ni adalah tentang NIKAH MUT'AH. Korang tau tak nikah mut'ah tu apa? Pernah dengar tak? Mungkin ada yang pernah dengar dan maybe jugak ada yang tak pernah dengar kan. So, meh sini aku terangkan melalui kefahaman aku lah :)

Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran. Lebih dikenali sebagai Nikah Kontrak. Paham tak?

Okay, untuk pengetahuan korang, nikah mut'ah ni HARAM sama sekali. Macam dalam Nona baru-baru ni, seorang wanita yang mengakui pernah terlibat dalam nikah mut'ah ni menceritakan pengalaman beliau semasa belajar di luar negara iaitu di Mesir.


Wanita ni berkenalan dengan seorang pelajar senior lelaki yang sudah pun berkahwin tetapi isteri lelaki terbabit tinggal di Malaysia. Jadi selepas perkenalan, terbit rasa cinta sesama mereka. Lelaki tu telah mengajak wanita ini untuk bernikah mut'ah dengan nya. Wanita ini pula yang kurang kefahaman agama terjebak dalam pernikahan yang tidak dihalalkan ini. Mereka diibaratkan seperti berzina sebab nikah mut'ah ni tidak memerlukan saksi. Cuma diantara lelaki dan perempuan itu sahaja. Hiduplah mereka ibarat suami dan isteri sepanjang pengajian mereka disana.

Okay, meh sini aku terangkan dengan lebih jelas lagi. Mut'ah ni boleh terjadi dengan cara :
  • Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.
  • Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
  • Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.
  • Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.
  • Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.
  • Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.
  • Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.
  • Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.
  • Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepada lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.
  • Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.
Antara cara nikah mut'ah adalah seperti, "Aku bermut'ah denganmu sepanjang pengajianku dengan maskahwin RM80 tunai". Dan pasangan wanita akan menyambut mut'ah itu dengan menjawab, "Aku terima mut'ah yang tersebut".

So, kawan-kawan, berhati-hatilah dalam setiap pergaulan kerana jika jahil ilmu agama maka terpesonglah kita daripada aqidah. Nikah mut'ah ni kebiasaannya berlaku kerana dorongan nafsu semata-mata yang menghalalkan perbuatan yang haram. 

Nikah mu'tah berbeza dengan nikah khitbah. Jadi kawan-kawan, elakkan daripada perkara yang memudaratkan dan dekatkan diri dengan perkara yang berfaedah. Kalau nak kahwin, buatlah dengan cara yang betul. Am i rite? :D


Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi next entri !






Like dan komen lah kalau suka :)

6 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Lea Isnawi said...

ooo cmtu eh
baru taw

menakutkan je

huhu

aimi said...

thkz shared ary 2 ade mmber tnye.. so dh blh jawab soalan mmber =)

anamizu kaito said...

aah cik ana pon tgk gak nona psl ni..
tkjut gak sbb ade gak yg sggup wat cmtu.. pd hal mmg x logik la kan kawen tanpa rukun nikah..hemm



luv,
cik ana

Mr.B[e]ave[R] said...

ni macam de sikit-sikit ciri syiah je..macam ade dengar gak bende gini...tapi wallahualam..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Terima kasih di atas artikel yang amat menarik dan bermanfaat ini.
Cuma satu yang saya rasa perlu diperbetulkan ialah, syiah yang diperkatakan seperti diatas adalah bukan sebahagian daripada mazhab-mazhab (4) yang ada di dalam agama Islam. While that's not the main point of the article,I just don't want your readers to get the wrong information regarding syiah especially. No disrespect intended.

Thanks for sharing =)

old fren said...

SYI'AH PUNYE TREND..hati2 ler...tgh mnular kt malaysia nie